Sunday, October 27, 2013

RG2011... Fw: Lagi Mau Pangkah Be N Ker..?

 



 

Jangan bimbang, keselamatan rakyat kian terjamin!

telokbakong.blogspot.
garamlada.blogspot.
 
Peristiwa amuk di Taman Melati dan kejadian ngeri pengawal keselamatan 'haram' bank tembak kakitangan bank hingga terkorban terus menambah siri-siri kejadian jenayah yang menggerunkan dalam negara. 

Kedua-dua peristiwa itu dilaporkan sebagai kejadian yang berlaku secara tiba-tiba dalam keadaan yang tidak mampu diduga oleh sesiapa pun. 

Keadaan ini menyebabkan seluruh rakyat yang mengikuti perkembangan yang berlaku, kebingungan dan tertanya-tanya, 'apa dah jadi dengan negara ini?', 'selamatkah kita ni?','bagaimana keselamatan anak-anak aku sewaktu beraktiviti di luar rumah - akan selamatkah mereka?'. 

Semua itu menjadi persoalan yang menyenakkan kepala rakyat terbanyak dalam meneruskan aktiviti hidup mereka seharian kerana semua kejadian jenayah kini, boleh berlaku tanpa ada sebarang riak dan tiba-tiba. Hinggakan mungkin ramai orang kini, merasa rimas dan cuak dengan orang yang berada di sebelah atau berdekatan mereka! Apa tidak cuaknya, apa sahaja boleh berlaku tanpa diduga dalam era 1Malaysia sekarang!

Isunya sekarang, selamatkah kita sebagai rakyat Malaysia jika kita berada di khalayak ramai atau di tempat-tempat umum? Bahaya jenayah yang mampu meragut nyawa bukan sahaja merisaukan kita di jalanan sibuk, lorong-lorong belakang, lorong-lorong gelap, dalam semak belukar malah amat memeranjatkan di tempat yang kita kira sepatutnya begitu selamat bagi nyawa manusia!

Kerajaan Umno/Bn terus sibuk dengan pembangunan material yang dirancang, namun aspek pembangunan jiwa dan kemanusiaan nampaknya terus terabai musnah. Nilai mulia kian terhakis, pegangan agama apatah lagi.

Bajet 2014 terus menjulang GST, menabur umpan politik sepanjang masa. Namun manusia dalam 1Malaysia kian ramai berjiwa lara, mampu meletup di mana-mana dan bila-bila tanpa diduga. 

Yang menjadi mangsa, juga tetap rakyat jelata - kian gerun dengan ancaman keselamatan kerana jenayah yang berakhir dengan pembunuhan boleh berlaku di mana-mana. 

Beginilah setakat ini negara kita Malaysia! Gah dibibir pemimpin, namun menggerunkan jiwa dan hati rakyat jelata! Sedang Raja, kerajaan dan rakyat  negara Brunei terus gigih berusaha mendapat rahmat dan barakoh Allah Yang Maha Berkuasa, melaksanakan undang-undang syariah dengan gagah dan gigih - Baldatun Thoiyibatun Warabbun Ghafur! Negara kita???

 

Lagi Mau Pangkah BN Ker..Ingatkan Orang Pakatan Saja Yang Merungut ,Orang Umnu Pun Marah Jugak..

malaysiaberih.blogspot
telokbakong.blogspot.
 

NAHHHH.....AMBIL KAU...RAKYAT DAH BENCI....HAAAAAIITTT

Msinc-Heran...kena cukai pun deme suke..rege barang naik pun deme suke..ape yang deme tak suke..???.Belanjawan 2014 juga telah mengurangkan cukai pendapatan terhadap individu dan cukai cukai tertentu  koporat .Ini menunjukkan kerajaan BN yang sedia ada sekarang telah menurunkan cukai kepada orang kaya dan mengenakan cukai kepada semua rakyat melalui pengenalan GST.Ini bermakna rakyat miskin akan mengalami penurunan didalam belanja boleh guna mereka.Manakala orang kaya tidak terjejas kerana sedikit cukai yang dikenakan kepada mereka dapat diserap oleh pendapatan yang tinggi.Adakah semua ahli atau penyokong UMNU ini kaya kaya belaka???..

Di dalam masyarakat kampung dapat dilihat bahawa keluarga yang mempunyai pendapatan yang rendah akan cenderung menyokong Umnu kerana mereka berharap parti ini akan menyirami mereka dengan taburan emas dan belian..tetapi didalam dilam ..hakikatnya mereka telah menyembelih kamu hidup..hidup..masih belum terlambat untuk buat perubahan.Adakah Bota mempunyai keberanian untuk buat perubahan..tepuk dada..tanya selera.
 
 

Tiga Isu Sebenarnya

telokbakong.blogspot.
cipantapirtenuk.blogspot
 
Bhai/DeeDee sekalian....

Hahahaha.... Panas tepon gua hari nih... Ramai sangat yang tepon... Bekas bos gua masa gua berkhidmat ngan Agensi ader tepon tanya khabar dan bagi kata-kata semangat... Kengkawan kat Agensi pon ramai yang tepon... Kengkawan gua kat Jabatan "E" Bukit Aman pon ader call ... Borak-borak...  Semuanya pasai satu perkara jer... Pasai kepoh yang dah gua buat.... Hahaha...

Malah Bekas bos gua tue ader nasihatkan kat gua yang perkara nih melibatkan VVIP... Jadi agak bahaya skit kat gua... Risiko kena "tembak" agak tinggi... Tambah plak ngan geng "Yamaha LC warna merah hitam" yang banyak tembak orang sana sini... Lagi pon bukankah gua dah serahkan senjata milik Agensi awal September ari tue...

Aper-aper pon... Terima kasihlah atas nasihat dan keprihatinan lu orang sumer... Gua cukup terharu... Selepas 15 tahun gua terlibat dalam Agensi dan bertugas dimerata ceruk dunia... Sama ader secara terang mahupon secara samaran... dengan misi terakhir gua di Cagayan De Oro (Selatan Filipina) masa kemuncak Ops Alpha Two-Zero pada bulan Februari baru nih... Banyak benda yang gua dapat belajar... 

Dan itu semua amat bersesuaian dengan aper yang sedang gua hadapi la nih.... Hahahaha.. Terbaek...

Okeh... Berbalik kiter kepada perkara yang sedang panas la nih... Sebenarnya cuma ader tiga isu jer... Memang ader tiga isu sebenarnya... 

1. Khianat
2. Salahguna Kuasa
3. Rasuah

Kenapa gua beritau camnie... Sebab dalam mencari penyelesaian... Kiter kena cari "root cause"... Punca kepada masalah.... Bapak segala punca tue aderlah jatuh kepada Projek IC di Sabah circa 80'an dan 90'an ... Inilah sebenarnya yang memberikan risiko yang paling besar kepada kiter semua skrang nih...

Sebelum pihak tertentu nak sembang deras ngan gua pasai konon gua dah buat salah besar... Sila rujuk kepada punca masalah nih dulu...

By the way... Tiada satu pon artikel dan penulisan gua yang menghina dan mengaibkan mangsa... Malah saspek pon gua tak hina dan aibkan... Artikel gua lebih kepada mencari punya masalah.. "Root Cause".... Ianya lebih berkisar tentang ke"cuai"an pihak yang berwajib...

Ader paham ka?

P/S: Kenapa tiada komen mahupun permohonan maaf dari pihak Kawalan Prima Sdn Bhd jika benar syarikat mereka yang terlibat dalam insiden di Ambank USJ... Fikir-fikirkan lah....
 
 Anonymous said...

yang benar tetap benar kepalsuan akhirnya mendatangkan kemudaratan jugak akhirnya.bila amanah sudah punah apalagi nak diharapkan.

Ya Allah lindungi kami ahli keluarga kami dari akibat tindakan manusia yang melakukan dosa.Aamiiin.

 
 

Ada Dua Kemungkinan

telokbakong.blogspot.
cipantapirtenuk.blogspot
 
Bhai/DeeDee sekalian...

Begitu banyak persoalan yang timbul dalam kes rompak dan bunuh di Ambank USJ baru-baru ni... Terlalu banyak cover-up yang dilakukan... Sampaikan rakyat jadi pening... Tak tau mana satu nak percaya...

1. KDN tuduh syarikat keselamatan cuai dan tidak buat siasatan latar belakang.

2. Kad Pengenalan suspek pula palsu... Tapi JPN senyap membisu... Iris Technology Sdn Bhd pon diam jer... Walhal syarikat ini yang bekalkan MyKAD.

3. JPN.pun dibawah KDN... Jadi isu ini balik kepada KDN. Menteri KDN iaitu Zahid Hamidi buat-buat pekak dan bisu tak keluarkan apa-apa statement.

4. KDN takmo kasitau dan dedahkan nama syarikat kawalan keselamatan yang terlibat... Biler blogger dedahkan Syarikat Securiforce Sdn Bhd yang terlibat... Langsung takder apa-apa input daripada pengurusan Securiforce Sdn Bhd secara rasmi...

4. Securiforce Sdn Bhd plak tuding kawalan Prima Sdn Bhd kononnya yang terlibat... Tapi takder satu pon statement rasmi dari Kawalan Prima Sdn Bhd.

5. Takder wakil dari mana-mana syarikat kawalan keselamatan nih hadir dan menunjukkan simpati waris mangsa. 

6. Kenyataan media "kononnya" dari Securiforce Sdn Bhd hanya dibuat oleh blogger dan tidak melalui mana-mana media cetak dan elektronik yang sepatutnya.

7. Ambank sendiri tidak pasti sama ada mahu meneruskan kontrak kawalan keselamatan syarikat terbabit atau tidak.

8. Industri Insuran dan Takaful juga lengang tanpa ada cerita-cerita dan kekecohan macan biasa bila ader kes besar yang melibatkan tuntutan dan pampasan.

9. Adakah nilaI RM450 ribu itu nilai sebenar atau nilai yang di"bloated"kan sekadar untuk memenuhi tuntutan Insuran & Takaful.

10. Paling best skali... Semacam ader "gag order" terhadap media... Sampaikan takder satu media pon berani nak risik dan dedahkan nama syarikat keselamatan yang terlibat. Mungkin disebabkan ader ugutan saman kot...

Jadi... Berasaskan semua point diatas... Ader beberapa poiny lagi yang malas gua nak sebutkan kat sini (sebab banyak sangat orang yang bengap tabley nak berfikir dengan rasional).... Disini gua nak dedahkan lagi dua senario kemungkinan

Pertama - Suspek adelah sebenarnya agen rahsia dari negara luar yang beroperasi di Malaysia dimana semua maklumat peribadinya serta dokumen perjalanan dan dokumen peribadinya telah dengan sengaja dibina dan difabrikasikan. Tapi... Gua kureng yakin sangat dengan kemungkinan nih pasai biasanyer special-ops operative takkan menonjolkan diri mereka ...

Kedua - Suspek aderlah pembunuh upahan @ bekas pembunuh upahan yang dalam masa yang sama mengambil upah untuk kawalan keselamatan.. Sebab itu dokumen peribadi dan perjalanannya semua palsu. Ini memudahkannya untuk menyelinap keluar selepas tugasannya selesai... Bagi kemungkinan yang ini pada gua ianya agak relevan skit... 

Ntahlah...

Oh yer... Sekadar info kepada lu orang... Masa gua bertugas dalam Ops Alpha Two-Zero yang bertempat di Cagayan De Oro sekitar Februari 2013... Gua masuk ke Filipina dengan dokumen perjalanan diri Indonesia... Dengan SPLP ... Dengan Paspor.. Gua blending di sana tanpa masalah... Bila Imigresen Filipina semak masa kat Airport... Semuanya valid dan clear.... Takder masalah... Walhal semua dokumen tue dibekalkan oleh Agensi.... Hahaha...

Samer macam masa gua di Slovenia dulu sekitar tahun 90'an..... Masuk guna ID Thailand..... Hahaha.... Semua dibekalkan....

UPDATE: 

Ada berita warga asing tidak dikenali didapati mati dibunuh di Shah Alam tadi. Mungkinkah dia suspek kes rompak dan bunuh di Ambank USJ?

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment