Mayat Pelumba Haram Dibiar Atas Jalan
CHINA – Mayat seorang lelaki, Tao Lung yang terkorban ketika berlumba di jalan raya, telah dibiarkan di atas jalan tanpa ditutup oleh polis, sebagai ingatan kepada orang lain agar tidak melakukan perbuatan sama.
Mayat berkenaan dibiarkan begitu sahaja tanpa ditutup dan menjadi tontonan orang ramai di situ termasuk kanak-kanak.
Hanya selepas polis menyelesaikan siasatan, barulah mereka menarik kenderaan yang remuk itu sebelum memasukkan mayat Lung ke dalam van.
Lung, 28, meninggal dunia selepas tercampak daripada kereta jaguar F bernilai kira-kira RM400,000 yang dipandunya.
Kenderaan itu telah merempuh pokok ketika cuba memotong sebuah kereta lain.
Selepas tercampak keluar, dia telah dilanggar oleh sebuah kereta yang turut terlibat dalam perlumbaan berkenaan.
Kenderaan terbabit memecut melebihi 150 mph di kawasan kediaman.
Menurut penduduk di situ, mereka sudah bosan dengan kegiatan lumba kereta dan telah membuat laporan kepada polis dengan amaran pasti akan berlaku juga kemalangan di situ.
"Namun polis enggan mengatasi masalah ini kerana mereka yang terlibat adalah orang kaya,'' kata salah seorang penduduk.
China mencatatkan kematian kira-kira 220,000 orang setiap tahun akibat kemalangan jalan raya dan jumlah tersebut menyumbang kepada satu pertiga daripada jumlah mereka yang terkorban akibat nahas jalan raya di seluruh dunia.
Lumba kereta di jalan-jalan utama di China kini menjadi satu trend terutama di kalangan golongan belia.
Kebanyakan yang terlibat hanya mahukan penghormatan dan prestij, berbanding wang ringgit.
Malah terdapat kelab-kelab yang menganjurkan pertandingan itu dengan melibatkan hanya kereta mewah sahaja.
__._,_.___
| Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.
__,_._,___

No comments:
Post a Comment