Puak Pribumi Ini Dilayan Seperti Haiwan Dalam Zoo..
Media British melaporkan puak pribumi di Kepulauan Andaman di India telah dilayan seperti haiwan di dalam zoo untuk dipertontonkan kepada pelancong. Mereka perlumenari dan menyanyi kepada pelancong sebelum diberikan makanan.
Pihak pemerhati mendedahkan sebuah klip video tidak bertarikh yang memaparkanwanita Jarawa di Kepulauan Andaman dilayan seperti haiwan. Masalah lebih buruk apabila pihak polis tempatan disogok supaya tidak mengambil sebarang tindakan kepada para pelancong. Pada asalnya, pihak polis bertanggungjawab menghalang aktiviti tidak bermoral ini. Salah satunya dengan tidak membenarkan pelancong mengambil gambar puak pribumi kerana mereka mudah dipergunakan apabila pelancong menawarkan makanan kepada mereka.
Tewas dengan sogokan lingkungan 15,000 Rupee (lebih kurang RM 900) tidak termasuk sogokan kepada pemandu pelancong, mereka kemudian mengarahkan kaum wanita ini menari dan menyanyi untuk menghiburkan pelancong. Kebanyakan merekatidak berpakaian dan berbogel sekeringnya. Sebagai balasan, para pelancong akan melontar makanan seperti pisang dan biskut.
Gambar-gambar ini menarik perhatian organisasi perlindungan hak asasi manusia dan beberapa orang ahli politik. Mereka sangat mengutuk perlakuan sebegini. V. Kishore Chandra Deo yang bertanggungjawab bagi hal ehwal pribumi memberitahu kepadaPress Trust of India bahawa perkara ini telah disiasat.
Walau bagaimanapun, Justin A, seorang ahli antropologi yang bekerja di Kepulauan Andaman mempersoalkan waktu semasa rakaman video diambil. Justin berkata, penduduk di sini mungkin akan dibelenggu perkara yang sama seperti dipaksa menghiburkan pelancong untuk mendapatkan makanan sebelum tsunami melanda Lautan Hindi pada tahun 2004. Tambahnya lagi, ramai penduduk tidak berpakaiansejak 6 atau 7 tahun yang lalu tetapi mereka mula berpakaian di tempat awam sekarang.
Tetapi, pihak pemerhati mempertahankan masalah ini. Wartawan akhbar telah menyaksikan pelancong melontar pisang dan biskut kepada puak pribumi umpama berada di pameran "zoo" manusia. Dan peniaga tempatan juga memberitahu wartawan bahawa sesiapa sahaja boleh menikmati "hiburan" sebegini jika merasuah polis dengan jumlah wang tertentu.
Kedudukan Kepulauan Andaman atau Andaman Islands di dalam peta boleh dilihat dalam gambar di bawah.
Tak jauh mana sangat dengan Malaysia. |
__._,_.___
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment