Tuesday, October 1, 2013

RG2011... Hargai sesuatu sewaktu ada, agar tidak kecewa bilamana tiada.

 

Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official)

 

Wahai anakkku,

Jangan kamu terlalu kecewa dengan kehidupanmu di dunia, kerana kamu hanya singgah sebentar di sini. Kekecewaanmu mungkin kerana nafsumu terlalu besar berbanding dirimu yang sebenar, atau engkau  terlalu banyak melihat kekuranganmu dari kelebihanmu. Engkau tidak sedar dirimu siapa di sisi Tuhanmu. Kamu hanya hamba Allah, tidak lebih dari itu. Maka hadapi kehidupan sementara ini dengan penuh yakin.

 

Wahai anakku,

Ambil kesempatan untuk segera melakukan kebaikan setiap kali kamu mempunyai peluang melakukannya, kerana peluang yang baik tidak selalu akan datang.  Kalaupun ia muncul, belum tentu waktu itu kamu berkemampuan untuk melakukan kebaikan itu.

 

Wahai anakku,

Aku seringkali mendengar keluhan mereka yang terlantar sakit di katil hospital, merayu, berdoa dan berharap untuk segera sembuh bagi mentaati perintah Allah, namun bilamana Allah kembalikan kesihatannya, mereka terus melupai janjinya di kala mereka sakit. Kerana itu wahai anakku, ambillah kesempatan untuk beramal ibadah di saat tenaga  kamu masih kuat, usiamu masih muda dan keinginanmu masih ampuh.

 

Wahai anakku,

Hargai sesuatu sewaktu ada, agar tidak kecewa bilamana tiada.

 

Senyum.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment