KENYATAAN MEDIA 2.10.13
Malaysia perlukan rasionalisasi perbelanjaan dan himpunan desak tindakan diambil berdasarkan laporan KAN
Ketirisan yang dilaporkan setiap tahun di Laporan Ketua Audit Negara menunjukkan Malaysia memerlukan rasionalisasi perbelanjaan di dalam semua jabatan kerajaan terlebih dahulu sebelum menghukum rakyat dengan rasionalisasi subsidinya.
Tidak adil buat kerajaan yang hanya tahu suruh rakyat membayar lebih 20 sen seliter untuk minyak yang menjadi keperluan hariannya untuk mencari rezeki tatkala agensi-agensi kerajaan terus meneruskan kerja borosnya membeli perkakasan yang jauh lebih tinggi daripada harga pasaran.
Bayangkan jam dinding yang berharga RM100 dibeli pada harga RM3,810 oleh Radio Televisyen Malaysia menggunakan duit rakyat. Cukup kecil hati rakyat jikalau duit yang dijimatkan daripada pengurangan subsidi minyak digunakan untuk pembelian-pembelian seperti ini yang cukup menjengkelkan.
Pada Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan yang berkata laporan KAN menunjukkan ketelusan pentadbiran negara, PAS berharap beliau dapat menggunakan kepintaran beliau yang diwar-warkan beliau sendiri untuk melihat bahawa ketirisan ini menandakan sistem perolehan kerajaan telah rosak dijangkiti barah rasuah sehingga akarnya.
Di sini perlunya kerajaan BN untuk melakukan rasionalisasi perbelanjaan sebagai kemoterapi merawat barah ini sebelum memerah otak mereka menekan rakyat untuk menampung perbelanjaan.
Persoalan yang berlegar di fikiran rakyat ialah kenapa tiada sebarang tindakan apabila setiap kali laporan audit dibentang. Ke mana perginya transformasi yang dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri yang sepatutnya membendung barah ini?
Ternyata laungan transformasi beliau hanya slogan kosong. Kita yakin selagi kerajaan BN menerajui negara, penyalahgunaan kuasa dan pengurusan sumber kewangan negara akan berterusan.
Media-media boleh terus mengorek ketirisan-ketirisan yang telah berlaku, tapi sekiranya rakyat Malaysia terus mengambil sikap hangat-hangat tahi ayam dalam soal ketirisan ini, kerajaan BN akan terus bersikap acuh tidak acuh pada laporan KAN.
Sudah sampai masanya diadakan himpunan seperti BERSIH, tapi kali ini untuk menuntut penyiasatan dan tindakan diambil pada mereka yang didapati bersalah dan bertanggungjawab berdasarkan laporan KAN.
Tekanan untuk perkara ini diberi perhatian perlu datang daripada rakyat. Tekanan harus diteruskan sehingga kerajaan BN mengaku bahawa kerajaan mereka boros.
Jika tidak, budaya ketirisan ini akan berterusan dan rakyat akan disuruh terus membayar lebih untuk menampung kos kehidupannya untuk membolehkan kerajaan BN terus berboros dalam perbelanjaannya.
Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat
2 Oktober 2013
| Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment