Thursday, October 17, 2013

RG2011... NASIHAT :)

 

Nasihat | Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man

 

Ramai antara kita yang pernah memberi nasihat kepada kawan-kawan ketika kesusahan, menenangkan hati mereka dan sedekahkan mereka senyuman.

 

Namun, apabila kita ditimpa kesusahan, kita yang tukang memberi nasihat ini gagal menasihatkan diri kita, dan biasanya memerlukan pihak ketiga untuk menyampaikan nasihat yang sama balik kepada kita.

 

Jika anda adalah salah seorang di atas, ini bermaksud kebanyakan nasihat yang datang daripada anda, hanyalah dari mulut dan tidak dipraktikkan dalam kehidupan. Jiwa anda masih tidak selari dengan jasad kurniaan Allah, dan minda masih tidak dapat membezakan realiti dengan bisikan syaitan.

 

Jangan jadi orang yang pandai menasihat tetapi diri sendiri tidak pernah mengikuti nasihat itui... itu adalah mirip ciri-ciri munafik.

 

Ingatlah pada Allah, sentiasa pastikan minda berada di 'masa kini', sekiranya ia melayang, cari sesuatu kerja berfaedah untuk dilakukan. Dan Senyum di mana-mana sahaja anda berada.

 

Pandanglah cermin dan senyum pada diri sekali-sekala ketika minda melayang, insha-Allah minda akan kembali ke masa kini.

 

Senyum

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment