Sunday, October 6, 2013

RG2011... Sinar Harian Global di TH 071013

 

Pangkalan udara AS dibedil

Oleh:

Tarikh: October 7, 2013

KABUL - AFGHANISTAN. Sekurang-kurangnya empat askar Amerika Syarikat (AS) terbunuh dalam serangan bom di selatan Afghanistan.

Dipetik laporan Press TV, Jurucakap Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa (ISAF ) dalam satu kenyataan melaporkan, beberapa roket menggegarkan Pangkalan Udara Bagram iaitu pangkalan tentera terbesar tentera AS di negara itu yang terletak di wilayah Parwan.

"Letupan itu dipercayai menggunakan roket kawalan jauh," katanya.

Menurutnya, kesemua tentera maut adalah warga AS yang ketika itu sedang meningkatkan kawalan keselamatan di selatan Kabul.

"Kumpulan Taliban Hezb-e- Islami diketuai Gulbuddin Hekmatyar mendakwa bertanggungjawab terhadap serangan tersebut," katanya.

Bandar Bangram kini menjadi sasaran Taliban memandangkan kawasan terbabit menempatkan ribuan kuarters tentera dan kontraktor awam.  

 

 

 

Banjir besar Thailand ragut 34 nyawa setakat ini

Oleh:

Tarikh: October 6, 2013

BANGKOK - THAILAND. Angka kematian akibat banjir besar yang melanda Thailand mencecah 34 orang dan bilangan mangsa yang terjejas ialah 3.09 juta daripada 932,342 keluarga.
   

Menurut Jabatan Pencegahan Bencana dan Mitigasi, 38 daripada 77 wilayah di negara itu terjejas akibat banjir yang turut merosakkan tanaman di kawasan pertanian seluas 504,320 hektar.
   
Jabatan itu menyatakan sebanyak 225 sekolah, 399 kuil dan 57 pejabat kerajaan turut terjejas.
    
Sementara itu, cuaca seolah-olah menunjukkan lebih banyak kawasan akan dilanda banjir selepas Jabatan Meteorologi Thailand meramalkan hujan lebat di beberapa wilayah.
   
Jabatan itu turut memberi amaran berkaitan tekanan rendah yang aktif di bahagian atas Teluk Siam berhampiran Prachuap Kiri Khan.
   
Angin monsun barat daya yang bertiup kencang di Laut Andaman dan Teluk Siam dijangka membawa hujan lebat mulai 6 hingga 8 Okt serta menjejaskan sembilan wilayah iaitu Rayong, Chanthaburi, Trat (bahagian timur), Phetchaburi, Prachuap Khiri Khan (selatan atas), Chumphon, Ranong, Phangnga dan Phuket (selatan). - Bernama

Kakitangan pertahanan AS diarah kembali bekerja

Oleh:

Tarikh: October 6, 2013

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Hampir 400,000 kakitangan bahagian pertahanan Amerika Syarikat (AS) diarahkan kembali bekerja, minggu depan.

Setiausaha Pertahanan, Chuck Hagel berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan interpretasi Pay Our Military Act.

Pay Our Military Act diluluskan oleh Kongress sebelum agensi kerajaan diarah tutup.

Perbalahan bajet antara Republican dan Demokrat telah memaksa penutupan perkhidmatan Persekutuan selama lima hari.

Tetapi kini undi meluluskan gaji tunggakan untuk 800,000 pekerja Persekutuan yang dihantar pulang tanpa gaji.

Dewan Rakyat semalam meluluskan 407-0, undang-undang untuk membayar gaji kakitangan awam selepas arahan penutupan berakhir.

Namun, masih lagi tiada apa-apa tanda perbincangan berhubung bajet Persekutuan.

Republican yang mengawal Dewan Rakyat menolak untuk meluluskan bajet dan hanya akan melakukannya jika dana sistem kesihatan Presiden, Barack Obama ditangguhkan atau dihentikan.

Wanita ditembak mati, keluarga tuntut penjelasan

Oleh:

Tarikh: October 6, 2013

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Penyiasat Amerika Syarikat (AS) cuba menentukan motif seorang wanita merempuh sekatan Rumah Putih dengan kereta yang dipandunya, sebelum berlakunya adegan kejar-mengejar antara wanita itu dengan polis yang berakhir dengan kematiannya.

Para penggubal dasar di Rumah Putih dan pelancong yang berada berdekatan tempat kejadian bertempiaran cuba mencari tempat perlindungan apabila polis melancarkan tembakan untuk menghentikan perbuatan wanita itu, yang memandu kereta berwarna hitam bersama seorang kanak-kanak berusia setahun.

Ketua polis Washington, Cathy Lanier, memberitahu wartawan bahawa suspek wanita itu telah disahkan meninggal dunia, tetapi enggan mendedahkan mengenai motifnya kerana siasatan sedang dijalankan.

"Kanak-kanak itu berusia kira-kira setahun dan dalam keadaan yang baik," kata Lanier.

Katanya, pegawai telah melepaskan tembakan di dua lokasi ketika cuba menghentikan kenderaan wanita itu.

Satu kenyataan polis berkata, kereta itu mempunyai plat lesen yang menunjukkan ia dari Connecticut, namun tidak mendedahkan identiti pemandunya.

Dua stesen televisyen, CBS dan ABC serta akhbar Washington Post mengenal pasti suspek wanita itu sebagai Miriam Carey, dari Stamford.

Satu laporan ABC berkata wanita itu berusia 34 tahun.

Wanita itu dikatakan mengalami kemurungan selepas melahirkan anak perempuannya.

"Dia mengalami kemurungan postpartum selepas melahirkan bayinya pada Ogos tahun lalu," kata ibu wanita itu, Idella Carey, seperti yang dilaporkan oleh ABC.

"Beberapa bulan kemudian dia jatuh sakit. Dia kemurungan... Dia dirawat di hospital," kata ibunya.

Klip video yang disiarkan oleh stesen-stesen penyiaran berkenaan menunjukkan wanita itu melakukan pusingan U dan terus memecut, sebelum merempuh satu lagi sekatan diikuti lebih banyak bunyi tembakan.

Keluarga wanita itu menuntut penjelasan daripada pihak berkuasa yang menembak wanita itu sehingga mati.

Planet asing kaya sumber air ditemui

Oleh:

Tarikh: October 6, 2013

TOKYO - JEPUN -  Sebuah planet berukuran enam kali ganda lebih besar dari saiz bumi didakwa kaya dengan sumber air dan mempunyai bentuk plasma air yang pelik.

Saintis Jepun menemui planet digelar Gliese 1214 b itu menggunakan kamera khas dilengkapi penapis biru.

"Walaupun ia kaya dengan sumber air, planet itu tidak sesuai didiami hidupan kerana suhu permukaannya mencecah 280 darjah Celsius.

"Suhu dan tekanan tinggi planet Gliese 1214 b menyebabkan molekul air agak berbeza daripada yang terdapat di bumi dan ia juga tidak mempunyai lautan," jelas Ketua projek MEarth, Dr Norio Narita.

Memetik laporan DailyMail, difahamkan, planet asing itu terletak kira-kira 40 tahun cahaya dari sistem solar. 

Mentega kacang kurangkan risiko barah

Oleh:

Tarikh: October 6, 2013

PENGAMBILAN mentega kacang dua kali seminggu mampu mengurangkan risiko barah payu dara.

Kajian Fakulti Perubatan Universiti Washington di St Louis dan Fakulti Perubatan Harvard menemui kaitan kukuh terutamanya kepada remaja perempuan yang makan kacang ketika berumur antara sembilan dan 15 tahun.

"Selain itu, penemuan itu menunjukkan mentega kacang boleh mengurangkan risiko barah di kalangan wanita berumur 30 tahun," menurut Pengarah Bersekutu Pencegahan dan Kawalan Barah di Pusat Barah Siteman Hospital Barnes-Jewish, Dr Graham Colditz.

Difahamkan, keputusan itu diperoleh berdasarkan kajian dijalankan ke atas 9,039  wanita berumur 18 hingga 30 tahun di Amerika Syarikat secara dua peringkat antara 1996 dan 2010.

Menurut Daily Mail, ia jelas menunjukkan pengambilan mentega kacang dua kali seminggu sebenarnya dapat mengurangkan risiko menghidap  barah payu dara sehingga 39 peratus berbanding  individu yang tidak pernah memakannya.

Perisik Saudi dalang serangan kimia?

Oleh:

Tarikh: October 6, 2013

MOSCOW - RUSIA - Sumber diplomatik Rusia mendakwa, serangan gas beracun dekat pinggir Damsyik sebenarnya didalangi ejen perisikan Arab Saudi.

Agensi berita Interfax melaporkan, maklumat itu diperoleh daripada beberapa sumber boleh dipercayai, tetapi tidak disahkan.

Menurut laporan itu lagi, serangan terbabit dilakukan sebuah kumpulan perisik Saudi yang memasuki negara bergolak itu melalui Jordan dan disokong gerakan penentang rejim Presiden Bashar al-Assad, Liwa al-Islam.

Rabu lalu, Menteri Luar Rusia Sergei Lavrov turut mendedahkan, bukti menunjukkan kumpulan militan asing di Syria menggunakan senjata kimia.

"Mereka seperti sengaja mencetuskan provokasi kerana beberapa komponen senjata kimia itu juga dihantar ke Iraq," katanya dipetik Press TV

Pada 21 Ogos lalu, lebih 1,300 penduduk dilaporkan terkorban dalam serangan gas sarin di timur Ghouta.

Susulan insiden itu, kumpulan penentang Bashar yang disokong militan asing dan tentera rejim saling menuding jari antara satu sama lain sebagai dalang yang bertanggungjawab melancarkan serangan menggemparkan tersebut.

Jurugambar tersohor AS meninggal dunia

Oleh:

Tarikh: October 6, 2013

AMERIKA SYARIKAT - Jurugambar akhbar di Amerika Syarikat, Bill Eppridge yang merakam gambar selepas pembunuhan Robert Kennedy, meninggal dunia pada usia 75 tahun.

Dipetik dari BBC, Eppridge meninggal dunia di hospital di Connecticut akibat jangkitan darah.

Gambar Kennedy terbaring di lantai Hotel Ambassador di Los Angeles disifatkan salah satu gambar berita terbaik.

Beliau bekerja dengan Life Magazine ketika kejadian tembak itu berlaku pada tahun 1968.

Selepas keluar dari agensi Life, Eppridge bekerja dengan majalah lain termasuk Time dan Sports Illustrated.

Pro Mursi gesa berhimpun

Oleh:

Tarikh: October 6, 2013

KAHERAH - MESIR - Ratusan penyokong Presiden Mesir yang digulingkan Mohamed Mursi menggesa seluruh rakyat negara itu berhimpun di Dataran Tahrir hari ini.

Perhimpunan itu bertujuan memperingati hari ulang tahun perang Arab-Israel ke-40, sehari selepas empat penyokong pro Mursi maut selepas solat Jumaat, kelmarin.

Jurucakap kumpulan anti-rampasan kuasa berkata, mereka akan berhimpun di dataran yang dikawal ketat tentera  itu bagi memperingati ulang tahun perang yang tercetus pada 1973.

"Kami mengulangi pendirian akan tetap berhimpun  di seluruh negara selagi rampasan kuasa ini tidak ditamatkan. Mursi perlu kembali memerintah. Tentera tidak boleh menang tanpa sokongan rakyat. Kami sedia menamatkan protes sekiranya Mursi dibebaskan," katanya dipetik  Al Jazeera

Difahamkan, Dataran Tahrir ketika ini dikawal ketat pasukan keselamatan yang lengkap dengan gas pemedih mata.

Sejak kelmarin, tembakan amaran dilepaskan beberapa kali apabila penyokong Mursi mula mara untuk memasuki ke dataran itu.

Perhimpunan itu membawa mesej 'tiada protes keganasan' dan 'Kaherah, ibu negara revolusi'.  

Perang Oktober amat bermakna buat rantau Arab apabila Mesir mencapai kemenangan menakluki semula Semenanjung Sinar dari Israel selepas menandatangani perjanjian damai 1979.

 

 

 

----------------------------

Penerangan ini (termasuk lampiran apa sahaja) cuma untuk siapa sahaja yang dimaksudkan. Penerangan ini mungkin mengandung bahan-bahan rahsia dan / atau maklumat perniagaan rahsia kepunyaan Mattel. Kalau anda bukan penerima yang dimaksudkan, anda tidak seharusnya menduplikat, mengirim atau menggunakan maklumat ini untuk maksud apa sahaja, dan anda harus segera menghapuskannya dan memberitahu adanya kepada pengirim.

 

This message (including any attachments) is only for the use of the person(s) for whom it is intended. It may contain Mattel confidential and/or trade secret information. If you are not the intended recipient, you should not copy, distribute or use this information for any purpose, and you should delete this message and inform the sender immediately.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment