Tuesday, October 1, 2013

RG2011... Tahniah Krjn-Satu lagi Idea Bijak

 

Cadangan Kadar Parkir Kereta di KL RM40 Sejam

September 30, 2013

 

Harga meletakkan kereta bandaraya Kuala Lumpur patut dinaikkan sehingga RM40 sejam dengan tujuan mengurangkan kesesakan lalulintas di dalam bandar, demikian cadangan seorang Ahli Jawatankuasa Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Khairiah Mohd Talha.

Menurut laporan laman web btimes.com.my hari ini, beliau berkata harga parkir sepatutnya dinaikkan untuk menggalakkan orang ramai meninggalkan kenderaan mereka di rumah dan menggunakan sistem pengangkutan awam untuk pergi ke tempat kerja.

Menurutnya, sistem itu terbukti berjaya di beberapa negara lain yang melaksanakannya.

Beliau mengambil contoh Australia dan Singapura yang mengenakan caj masing-masing RM120 DAN RM100 sejam dan Amerika Syarikat dengan caj RM130 sejam berjaya mengurangkan kesesakan trafik.

Menurut beliau kadar harga letak kereta yang tinggi juga akan mengurangkan kadar pengeluaran karbon di dalam bandar untuk mewujudkan suasana udara yang lebih bersih.

Beliau membuat cadangan itu pada satu Persidangan Lebuh Raya di Johor baru-baru ini.

Khairiah berkata selain itu satu pelan strategik berkaitan pengangkutan perlu diperkenalkan terlebih dahulu sebelum mengenakan caj berkenaan.

“Pelan strategik itu perlu memberi fokus kepada kepentingan orang ramai dan bukan entiti perniagaan,” katanya.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kini sedang mengkaji keperluan kawasan letak kereta di Kuala Lumpur khasnya kawasan yang mempunyai akses kepada sistem pengangkutan awam.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata kajian turut melibatkan keperluan mengurangkan kawasan letak kereta jika bilangan sistem pengangkutan awam meningkat.

Ketika ini, populasi warga Kuala Lumpur ialah 6 juta orang dan ia bakal bertambah kepada 10 juta orang menjelang tahun 2020.

p/s: aku sokong idea ni bro krjn oii..kalau boleh laksanakan cepat sikit..marilah kita sama2 sokong idea2 saperti ini dimasa akan datang,sokong tak perlu laung laung..cukup dgn kita undi bn setiap 5 tahun sekali.

 

 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment