Kalau nk buat kerja buat betul-betul baru namanya beramanah.
setakat kejar pengawal keselamatan je buat apa? sedangkan ramai pendatang asing yg menggunakan ic palsu bekerja dlm pelbagai sektor sama ada swsta mahupun kerajaan (mungkin) . elok diarahkan semua majikan menghantar pekerja mereka untuk disemak ic masing2..jika ada yg ingkar dan didapati masih menggajikan pendatang ber-ic palsu patot mereka dipenjara/ dikenakan sebatan dan denda yg berat. Pendatang yg bekerja perlu ada permit yg sah itu sahaja.kalau semua telus..baru boleh kata Malaysia aman. Sekarang ni , nak ckp Malaysia aman damai? rasa nk tergelak..baru je menteri kata aman...tup tup...masa tu juga ada rakyat mati kena tembak di sana sini....tak ke memalukan?? itupun kalau ada rasa malu lah.....
On Friday, November 1, 2013 2:46 PM, Pendekar Blogger <pendekarbloggerz@gmail.com> wrote:
Polis akan periksa semua pengawal keselamatan
8:55PM Okt 31 2013 |
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melakukan semakan ke atas semua pengawal keselamatan dan memeriksa lesen senjatapi mereka sebagai langkah jangka pendek untuk membendung pemalsuan identiti.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pemeriksaan itu akan dilakukan segera.
Beliau berkata PDRM juga telah merangka pelan jangka panjang dalam meluluskan pemberian lesen senjatapi kepada pengawal keselamatan termasuk mengetatkan beberapa syarat untuk memperbaharui lesen.
"Kami akan ambil bermacam-macam lagi langkah sebelum mengeluarkan lesen senjata api kepada pengawal keselamatan. Kami akan teliti dan perketatkan setiap syarat untuk elak kejadian sama berulang (pengawal keselamatan menembak mati pegawai bank minggu lepas)," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa melawat seorang anggota polis di Hospital Kuala Lumpur yang ditimpa kemalangan ketika mengejar penjenayah malam tadi.
Khalid menyarankan kepada syarikat mahupun pemilik premis yang menjalankan operasi berisiko agar mengambil khidmat polis bantuan bagi mengawal keselamatan premis mereka.
"Saya tawarkan kepada mana-mana syarikat dan premis yang besar agar mendapatkan khidmat polis bantuan. Sebelum ini banyak syarikat yang telah mengambil khidmat polis bantuan," katanya.
Beliau turut menasihati syarikat keselamatan yang ingin mengambil pengawal keselamatan bekerja agar menyemak latarbelakang mereka dengan teliti termasuk rekod jenayah dan dokumen peribadi bagi mengelak tiada individu yang diragui identiti mereka diambil bekerja.
Mengulas mengenai usaha polis untuk menangkap suspek utama kes rompak dan bunuh pegawai Ambank itu, Khalid berkata pihaknya telah meminta bantuan Interpol bagi mengesan suspek.
Katanya PDRM telah menyerahkan butir peribadi suspek kepada Interpol bagi memudahkan usaha mengesan suspek sekiranya suspek telah meninggalkan negara ini.
Dalam kejadian di USJ Sentral, Subang Jaya pada pukul 6.20 petang 23 Oktober lepas. Norazita Abu Talib, 37, maut ditembak di kepala dari jarak dekat oleh pengawal keselamatan tempat beliau bekerja.
Khalid juga berkata polis sedang menjalankan gerakan memburu dalang utama kes pembunuhan pengasas Kumpulan Perbankan Arab-Malaysian (Ambank) Hussain Ahmad Najadi yang dipercayai bersembunyi di negara China.
"Hasil maklumat risikan, kami percaya suspek bersembunyi di China dan PDRM telah meminta bantuan Interpol bagi mengesan suspek," katanya.
Hussain, 75, maut manakala seorang wanita yang bersamanya cedera akibat ditembak dari jarak dekat di kawasan parkir kereta berhampiran Tokong Kuan Yin di Lorong Ceylon di ibunegara pada 29 Julai.
Ekoran kejadian itu pada 22 September lepas, suspek utama kes itu ditahan bersama-sama dua rakannya dalam serbuan pada jam 12.30 tengah malam di sebuah rumah di Taiping, Perak dan pada 3 Oktober lepas dia dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas tuduhan membunuh.
- Bernama

__._,_.___
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (2) |
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment