Lambang perjuangan Vietnam
ANTARA foto yang memaparkan keperitan rakyat Vietnam.
MUZIUM Peninggalan Perang yang terletak di tengah ibu kota di 28 Vo Van Tan, Ho Chi Minh City, Vietnam atau dahulunya dikenali sebagai Saigon, adalah sebuah tarikan pelancongan yang tidak harus dilepaskan ketika mengunjungi negara tersebut.
Menyediakan pelbagai pameran bersejarah ketika Perang Dunia Kedua saat Amerika Syarikat (AS) mula menguasai selatan Vietnam di era 1950-an, ia turut melambangkan pengorbanan dan kekuatan rakyatnya.
Antara yang perlu disaksikan ialah pameran imej kesan radiasi racun Agen Oren yang terpaksa ditanggung rakyat Vietnam selepas tentera AS membebaskan senjata kimia rahsia mereka pada tahun 1960-an.
Muzium yang dibuka pada tahun 1975 itu berjaya menarik pengunjung sehingga mencecah lebih 15 juta orang dengan purata 500,000 pengunjung setahun dari setiap pelosok dunia.
Walaupun terdapat dalam kalangan pelancong menyifatkan muzium tersebut sebagai propaganda kerajaan Vietnam terhadap AS, namun majoriti pelancong asing yang melawat muzium berkenaan adalah dari negara-negara Barat, khususnya AS.
Bekas bangunan Pusat Maklumat AS yang diubah suai kepada muzium oleh pemerintah kerajaan Vietnam itu menyediakan lebih 20,000 dokumen sejarah termasuk artifak, imej perang asli daripada jurufoto Perang Dunia Kedua, dokumen persuratan serta serpihan dan bangkai alatan perang AS.
MUZIUM Peninggalan Perang Vietnam menjadi tarikan purata 500,000 pengunjung setahun.
Bangkai pesawat
Ternyata muzium juga dilihat sebagai satu lambang kebanggaan Vietnam yang jitu kerana kejayaan mereka memaksa AS yang pada ketika itu dianggap sebagai satu kuasa besar dunia telah tewas ditentang tentera Vietnam.
Saat melangkah ke pintu masuk muzium, pengunjung dapat menyaksikan deretan bangkai pesawat pejuang, bot, kereta perisai, alatan ketenteraan termasuk kelongsong peluru dan bom tentera AS.
Terbahagi kepada tiga tingkat mewakili fasa-fasa perubahan bermula zaman perang, zaman pemulihan dan diikuti harapan rakyat, ia umpama sebuah filem realiti perang dijanjikan sorotan sejarah yang tidak membosankan.
Tingkat pertama muzium dipenuhi dengan imej harapan kanak-kanak Vietnam dan rakyat sebagai bukti Vietnam mahu menjadi sebuah negara Asia yang membangun ke arah kehidupan yang lebih baik.
Saat memasuki ruangan bilik pameran di tingkat dua, pengunjung akan disajikan pameran dramatik seperti keadaan mayat yang mengerikan termasuk spesimen bayi awet yang cacat kesan daripada radiasi serangan Agen Oren.
Beralih ke bilik pameran di tingkat tiga, ia dipenuhi imej rakyat yang terkesan akibat peperangan seperti kekejaman tentera terhadap rakyat tempatan.
Namun, tarikan utama pengunjung ke muzium itu ialah semua imej dikumpul daripada jurufoto serata dunia yang majoritinya terbabit dalam industri kewartawanan.
Kunjungan itu pastinya memberi kepuasan, khususnya bagi peminat-peminat sejarah. Harga tiket yang ditawarkan juga berpatutan iaitu 15,000 Vietnam Dong (VND) atau kurang daripada RM3 seorang.
----------------------------
Penerangan ini (termasuk lampiran apa sahaja) cuma untuk siapa sahaja yang dimaksudkan. Penerangan ini mungkin mengandung bahan-bahan rahsia dan / atau maklumat perniagaan rahsia kepunyaan Mattel. Kalau anda bukan penerima yang dimaksudkan, anda tidak seharusnya menduplikat, mengirim atau menggunakan maklumat ini untuk maksud apa sahaja, dan anda harus segera menghapuskannya dan memberitahu adanya kepada pengirim.
This message (including any attachments) is only for the use of the person(s) for whom it is intended. It may contain Mattel confidential and/or trade secret information. If you are not the intended recipient, you should not copy, distribute or use this information for any purpose, and you should delete this message and inform the sender immediately.
| Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


No comments:
Post a Comment