Friday, November 22, 2013

RG2011... Fw: "Rambo" Azam Terus Gesa Sultan Pahang Undur !

 



Panas: "Rambo" Azam Terus Gesa Sultan Pahang Undur !

telokbakong.blogspot.
pahangdaily.blogspot.
 

Walaupun ditahan dan berdepan dengan tindakan agresif unit simpanan persekutuan (FRU) seorang aktivis bola sepak bertekad meneruskan usaha mendesak kepimpinan presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dirombak seluruhnya. Alfadli Awaludin berkata, pemain dan jurulatih Datuk K Rajagopal tidak patut dipersalahkan seratus peratus atas kemerosotan berterusan mutu permainan.
 
NONE"Ia skrip lama yang terus berulang. K Rajagopal ialah jurulatih ke-21 negara. "Dua puluh (jurulatih) sebelum ini telah diganti, hanya seorang saja yang kekal ada dalam setiap episod kekalahan (iaitu presiden FAM)," kata beliau kepada Malaysiakini. Sultan Ahmad Shah menerajui persatuan FAM sejak 1984. Dalam tempoh itu, 21 jurulatih dan enam setiausaha beliau telah bertukar.
 
Alfadli antara dua yang ditahan di Stadium Shah Alam selepas cuba melahirkan perasaan tidak puas hati dengan kekalahan skuad negara 1-0 di tangan Qatar pada Selasa malam, dengan masuk ke kawasan orang kenamaan (VIP). Pentabdir laman "Presiden FAM sila letak jawatan" itu berkata, beliau dan rakan-rakan sedang berbincang untuk mengambil langkah seterusnya dalam usaha mengembalikan era kecemerlangan bola sepak negara seperti era 70-an dan 80-an. Laman Facebook kelolaanya itu kini sudah digemari oleh lebih 56,000 ahli yang turut menuntut supaya presiden FAM iaiatu Sultan Ahmad Shah meletakkan jawatannya. #sumber

comments:

apa hal said...

Suarakan pendapat pun boleh kena tahan polis ke?????Kau ingat ini negara mak bapak kau ke.....Apa????Raja tak boleh ditegor ke....wakil tuhan ke???...macam raja jepun. Satu lagi...FRU kalau berani bukak baju kita lawan pakai tangan la....jangan berlindung disebalik perisai.

harubiru said...

Apabila berlaku sesuatu kepincangan di dalam pentadbiran sukan yang melibatkan raja2, apakah kita selaku rakyat @ peminat sukan tidak boleh mengkritik presiden sesuatu pertubuhan sukan? Di manakah letaknya hak kita. Kita memberi pandangan dan mengkritik presiden sesuatu pertubuhan sukan yang rakyat semua mahukan kemajuan. Apakah semua peminat sukan terpaksa menerima sahaja sesuatu pretasi pasukan sukan tersebut? Tolong buka minda.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment