Seorang pemimpin UMNO Sabah bergerlar Dato' di adukan telah menendang dan mengacukan pistol kepada seorang warga emas, kelmarin (Ahad 3/11/2013)
Kejadian tersebut dilaporkan terjadi hanya disebabkan seorang warga emas meminta dengan cara baik agar sebuah kereta BMW di alihkan kerana ia menggangu dan menghalang lalu lintas ... Baca berita selanjutnya:
Gambar: Tuan punya kereta yg juga pemimpin UMNO Sabah bergelar Dato'
Polis Sabah telah menyoal siasat seorang Dato' yang terlibatkan dalam menyerang seorang lelaki warga emas berumur 62 tahun di kawasan komersial Lido, Kota Kinabalu Sabah, awal Ahad lalu.
Dato' , yang juga merupakan pemimpin persatuan masyarakat asli ( Umno KDM Malaysia) di Sabah kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis selepas disoal siasat, apabila dia hadir sendiri di ibu pejabat polis Karamunsing tidak lama kemudian.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata semalam pihak polis pada hari Isnin telah menerima laporan daripada mangsa seorang warga emas yang di dakwa beliau dipukul dan ditendang oleh seorang Datuk dan juga melambaikan pistol ke arah lelaki itu sebelum dia dihalau oleh lelaki berkenaan.
"Kami telah menyoal siasat Datuk berkenaan dan kini beliau di bebaskan dengan jaminan polis manakala senjata, pistol, juga telah dirampas, " katanya.
Hamza berkata, mereka akan meneruskan kes itu walaupun mangsa telah menarik balik laporan polis pada sebelah petangnya.
"Kita akan merujuk kes ini kepada Peguam Kanan Persekutuan (SFC ) kerana ini bukan perkara kecil, " katanya, siasatan akan tetap di teruskan sehingga menunggu arahan rasmi dari Peguam Kanan Persekutuan (SFC) sama ada untuk meneruskan kes itu atau tidak.
Ia difahami bahawa Datuk telah bertindak secara agresif terhadap warga emas itu selepas dia diberitahu untuk menggerakkan kereta BMW beliau yang diletakkan di tengah-tengah jalan dan menghalang lalu lintas sebelum kejadian jam 7 pagi hari Ahad lalu
Dikatakan bahawa orang tua itu telah kembali ke keretanya apabila Datuk mula memarahi dia tetapi terkejut Datuk mengikutinya ke kereta, membuka pintu dan mula menendang dan menumbuk dia.
Mangsa mendakwa bahawa Datuk kemudian melambai pistol kepadanya sebelum bertanya 'adakah anda tahu siapa saya ?'
Mangsa mengalami kecederaan ringan kepada hidung dan lebam dibahagian tangan dan kaki dalam kejadian tersebut.
…………………………
# huiyooo.. jadi gangster tak kena tempat, pehtu emo lak tu!
| Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

No comments:
Post a Comment