Sunday, July 6, 2014

Re: RG2011... Fw: Ke Mahkamah Kerana Belasah Isteri [3 Attachments]

 

Alhamdulillah....keadilan bagi isteri teranaya adalah kewajipan bagi semua insan dan ummat Islam  yang perihatin....inshaallah
 
Suriati Othman


From: "'-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg [respeks_group]" <respeks_group@yahoogroups.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Saturday, July 5, 2014 1:05 AM
Subject: RG2011... Fw: Ke Mahkamah Kerana Belasah Isteri

 

 

Awie Diheret Ke Mahkamah Kerana Belasah Isteri

greenboc.blogspot.
Posted by greenboc

Awie Mengaku Tidak Bersalah Belasah Isteri

AMPANG: Vokalis kumpulan Wings iaitu Awie mengaku tidak bersalah atas tuduhan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap isterinya, Rozana Misbun, 36, pada 2 Jun lalu.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 46, minta dibicarakan.

Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman menetapkan 11 Ogos depan untuk sebutan semula.

Mahkamah turut mengarahkan Awie membayar ikat jamin RM9,000 dengan dua orang penjamin.

Awie hadir ke Mahkamah Majistret Ampang di sini di temani sekumpulan rakan-rakannya.

Awie diwakili dua peguam iaitu Hazman Harun dan Aimizaizul Amran.

Manakala pertuduhan dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya, Suhaimi Ibrahim.

Mengikut pertuduhan kes, Awie didakwa sengaja mendatangkan kecederaan parah terhadap Rozana pada 2 Jun lalu kira-kira pukul 1.30 petang di alamat No. 9 Jalan UB 5B, Taman Ukay Bestari, Ukay Perdana Hulu Kelang di sini.

Imej Rozana yang dikatakan lebam akibat dipukul suami sendiri tersebar di Internet.

Jika sabit kesalahan penyanyi itu boleh dihukum di bawah Seksyen 325 Kanun Kesekaaan.

Perkarangan mahkamah dipenuhi dengan wartawan dan jurugambar seawal pukul 9 pagi dan penyanyi itu hanya muncul sejam kemudian.

Awie turut ditemani oleh anggota Wings seperti Joe dan Eddy serta beberapa rakannya yang lain.

Sementara itu, Awie ketika ditemui enggan mengulas lanjut mengenai kejadian dan menyerahkan kepada peguamnya.

Jelas Awie dia enggan memberikan kenyataan bercanggah yang akan menggangu kes berkenaan di mahkamah.

"Maafkan saya kerana tidak boleh mengulas mengenai kes ini kerana tidak mahu menggangu proses mahkamah dan menyerahkan semua kepada peguam saya," katanya.

Tambah Awie, biarpun kes berkenaan mendapat perhatian ramai namun ia tidak menggangu perjalanan seninya.

Sebelum ini, gambar yang didakwa sebagai Rozana yang menunjukkan wanita tersebut lebam dan cedera di wajah akibat dipukul tersebar luas sehingga menyebabkan pihak polis memanggil Awie untuk membantu siasatan.

Awie dan Rozana dilaporkan berkahwin secara rahsia di Selatan Thailand pada 2005.

Terdahulu Awie pernah berkahwin dengan penyanyi Arni Nazira pada Disember 1998 sebelum bercerai pada Oktober 2006.

ULASAN GB

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan.

Siapa yang tak kenal Awie? Pemilik kelab malam yang menjual arak di Ipoh. Siapa tak kenal Awie? Penyanyi rock yang pernah memakai rantai salib?


Siapa tak kenal Awie? Khabarnya dia seorang Ayahanda PEKIDA. Siapa tak kenal Awie? Penyokong tegar UMNO BN.


2x 5 macam papagomo juak. Isteri sendiri pun dibelasah semacam.... Memang betullah air setan itu hanya untuk setan-setan belaka.

Sekarang jawab, Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang membawa hukum penjara 7 tahun dan denda.

Amuraria said...
orang kuat umngok ! ABU !
Anonymous said...
Mamat akan lepas punya, tengok lah apa baju yang dia pakai!
Anonymous said...
Awee ini samseng sebab dia dah jadi Tok ayah geng duble saven yg bernaung dibawah PAKIDA. Patutnya Awee ni disumbat kedalam penjara je bukan sekali buat perangai samseng dah berkali kali sebab geng PAKIDA boleh lah save dalam UMNO ramai pakida termasuk Najib dan Zahid.
Anonymous said...
Jantan ni berani pukul perempuan aje
Anonymous said...
Mmg lelaki durjana pukul wanita yg tak berdaya. Patutnya hukuman 20 tahun penjara dan 20 kali sebatan
zena arab said...
Ramai lagi betina diluar sana yg tergila2 dgn awie, Perempuan yg baik Allah jodohkan dgn lelaki yg baik, bagitulah sebaliknya. Fikir2kan lah.
batu pelangi said...
Buat malu pertubuhan aje! Siapa lah
yang bangang ambil dia ni jadi
ayahanda? Ayahanda piang kot atau
beli punya ayahanda.
Anonymous said...
Tengok la APA baju dia pakai.


__._,_.___
View attachments on the web

Posted by: surayati othman <datinsuraya@yahoo.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (2)

Check out the automatic photo album with 3 photo(s) from this topic.
awie2.jpg awie.jpg milo1.jpg

" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment