Friday, July 4, 2014

Re: RG2011... ‘Kawan pun bagitahu saya press polis terus pukul’

 

Kad media yang sah hanya dikeluarkan oleh Jabatan
Penerangan sahaja
Sent from Yahoo Mail on Android



From: roslan mohd <mohroslan@gmail.com>;
To: <>;
Subject: RG2011... 'Kawan pun bagitahu saya press polis terus pukul'
Sent: Thu, Jul 26, 2012 1:54:28 PM

 

KUALA LUMPUR- Seorang petugas media hari ini berpandangan polis melanggar Seksyen 24 Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 ketika bertugas di Perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

Wartawan akhbar The Sun, Radzi Razak bersetuju ketika wakil pemerhati daripada Bersih pada sidang pendengaran awam mengenai dakwaan pelanggaran semasa dan selepas perhimpunan Bersih 3.0 di Ibu Pejabat Suhakam hari ini membacakan kandungan sekyen 24 dan meminta pandangan beliau.

Seksyen 24 memperuntukkan mana-mana wakil media boleh mempunyai akses yang munasabah kepada tempat perhimpunan dan menggunakan apa-apa kelengkapan untuk membuat laporan tentang perhimpunan itu.

"Adakah anda rasa seksyen 24 Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 ini telah dilanggar?" soal pemerhati dan disusuli jawapan 'ya' oleh Radzi.

Pada hari tersebut, Radzi, 27, dipukul oleh tujuh anggota polis ketika berada di persimpangan Jalan Raja Laut dan Jalan Tuanku Abdul Razak pada perhimpunan tersebut.

Menurutnya, sebelum beliau dipukul, beliau nampak dua anggota polis bercakap sesuatu kepada sekumpulan anggota yang berkumpul berhampiran Dataran Merdeka sebelum mereka berpecah dan memukul peserta yang berada di kawasan sekitar.

"Sekumpulan polis menuju ke arah saya dan menendang kepala saya sehingga jatuh terlentang. Saya jerit 'press' dan kawan-kawan saya pun bagitahu saya press. Polis terus pukul dan kemudian berlalu tanpa kata apa-apa," kata beliau yang merupakan saksi ke-17.

Beliau berkata demikian di hadapan panel siasatan yang dipengerusikan Naib Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Datuk Lake Tee dan dibantu Pesuruhjaya Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dan Detta Samen.


'Saya rasa tak selamat selepas ditangkap polis'

KUALA LUMPUR- Seorang petugas media memberitahu Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini bahawa beliau hanya berasa tidak selamat di perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu selepas ditangkap dan dikasari polis.

Wartawan Malaysiakini, Koh Jun Lin yang membuat liputan pada perhimpunan tersebut sebaliknya berkata, sebelum polis melepaskan gas pemedih mata dan menangkap beliau, beliau berasa selamat dan teruja bertugas pada perhimpunan tersebut.

"Selepas saya ditangkap, saya berasa tidak selamat berada di situ sedangkan sebelum itu perhimpunan itu aman dan meriah seperti karnival. Saya pun gembira bertugas," kata beliau pada sidang pendengaran awam mengenai dakwaan pelanggaran semasa dan selepas perhimpunan Bersih 3.0 di Ibu Pejabat Suhakam hari ini.

Koh ditangkap polis ketika mengambil gambar di Jalan Raja Laut. Polis ambil kad media dan kamera saya. Saya dibawa ke Pulapol walaupun saya bagitahu saya wartawan.

"Di Royal Club, saya dapat kembali kamera saya tapi kad memori polis rampas. Saya dibawa ke Pulapol dan dibebaskan selepas kira-kira 7.45 malam.

"Polis juga mengakui melakukan kesilapan menangkap saya," katanya.

Tambah Koh lagi, beliau tidak menyangka akan dikasari polis kerana beranggapan akan berada dalam keadaan selamat apabila membawa kad media.

"Sebelum ini wartawan senior ada memberitahu saya, saya tidak akan selamat jika membawa kad media ketika bertugas. Tapi sebaliknya yang berlaku," katanya.

Beliau berkata demikian ketika memberi keterangan di hadapan panel siasatan yang dipengerusikan Naib Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Datuk Lake Tee dan dibantu Pesuruhjaya Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dan Detta Samen.


__._,_.___

Posted by: "abahafif@yahoo.com.my" <abahafif@yahoo.com.my>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (2)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment