Friday, July 4, 2014

RG2011... Fw: cerita malam tadi sebelum solat Isya!

 



Buat semua pembaca - cerita malam tadi sebelum solat Isya!

telokbakong.blogspot.
manjongmari.blogspot.
 

Alhamdulillah, hari ini dah enam hari kita berpuasa, rasanya masa begitu pantas berlalu... 

Malam tadi sebelum nak solat isya, jurucakap surau (tak pasti setiausaha/pengerusi) mengambil peluang nak sampaikan maklumat kepada jemaah surau, maklumat pertama mengenai pertukara imam solat tarawaih, itu perkara biasa, kemudian beliau juga memaklumkan bayaran zakat fitrah dah boleh mula bayar malam keesokan, apabila amil yang dilantik dapat resit dari pejabat agama.

Nilai harga beras buat zakat fitrah di negeri rakyat perak pada tahun ini iala RM7.00... yang aku rasa terkejut juga la sikit, bila jurucakap tu umum, kalau ada sesiapa yang berada wang berlebihan dan nak buat wakat kepada Majlis Agama islam Perak boleh juga dilakukan melalui amil....

Tudia,,, semakin terserlah,, aku masih ingat waktu aku kecik-kecik dulu, di penghujung tahun  6 puluhan, tradisi membayar firah lain dari sekarang, kerana arwah bapa aku salah seorang yang menerima fitrah,, disediakan beras dengan sukatan 1 gantang banghad, kemudian datanglah pembayar fitrah,, mereka pun mengakad,, Pak Lang, nak beli beras segantang,, dihulornya duit,, tak ingat berapa banyak, kemudia beras dan duit bertukar tangan,, dari sini bermulalah bayar fitrahnya, satu demi satu,,, 

Itu cerita zaman dulu, anak-anak muda sekarang memang tak tahu, apa yang aku nak cerita,,  bukan kerana tradisi beli beras kemudian huloq tarik, huloq tari dah tak ada lagi, tetapi nampak tak, sikit demi sedikit, hak kebebeasan kita nak beramal sudah ditarik oleh pihak berkuasa,,, 

Semua amalan yang beroleh sedikit keuntungan pada pihak kedua yang ada nilai diatas dunia akan diambil alih oleh pihak berkuasa dengan atas nama agama... 

Mula-mula zakat fitrah, kini nak berwakaf pun mereka juga nak,,, malah ada pula menteri berbangsa melayu, berketurunan elit, keluar arahan kalau ada pihak yang bersedekah kepada peminta sedekah akan didakwa,, ni apa cerita ni semua...

Cukuplah... bagaimana biro kerasi nak dapat sumbangan dari Majlis agama/baitulmal... memang memeritkan... kenapa bila nak kutip zakat, sang amil sanggup usung meja lipat dan kerusi bawa duduk merata tempat, malah ada ditepi long busuk pun sanggup,, sebabnya nak kutip duit,,,

kenapa tak sanggup turun padang cari fakir miskin buat siasatan betul atau tidak dan kemudiannya beri bantuan...tak perlulah fakir miskin terhegeh-terhegeh naik teksi datang ke pejabat baitulmai minta bantuan,, bila dah datang tersalah isi borang reject kena isi lain,, kekadang boss tak ada nak sain borang,, kena tunggu, kalau tak ada 2-3 hari kena datang lain,, kenapa begitu susah sangat, bab nak duit bila pembayar zakat datang, boss tak ada boleh pula terima..?..

Penutupnya sempena dengan dibulan yang penuh barakah, hari pula hari ini jumaat, aku dengan menyusun sepuloh jari mohon pada pembaca, kalau hangpa rasa ada rezeki berlebihan, bantulah sama ke atas pembinaan Komplek Taalim,, (lihat Banner Diatas), Sedekah amal jariah hangpa dah tentu tak dipersia-siakan, semuanya untuk ke jalan Allah, untuk pengetahuan bangunan sekolah, rumah penyelia asrama (warden) dah pun siap, cuma ada beberapa facilities lain yang terbengkalai dan memerlukan bantuan dari orang ramai..

 

comments:

  1. Anonymous

    amil2 sanggup ungsung meja lipat n duduk tepi longkang kutip zakat fitrah sebab mereka dapat komisen pd setiap kutipan.. amil kan sebahagian daripada asnaf yg berhak dapat zakat.. tu kira komisen lah

  2. Anonymous

    hang x puas hati.. ape ni. mai la datang baitulmal manjung jumpa en azwari. atau en hafizi- pegawai baitulamal manjung. jumpa terang2 mengadu masalah korang. anak nak masuk universiti. nak minta bantuan. jumpa puan habibi. masalah fakir miskin. sampan, bot. jumpa puan zuraida. kalau x puas hati, jumpa depan2. no telefon maip manjung: 05-6886957. cakap pakai fakta. jangan suka menfitnah.

    1. kenapa yang melalut.. ada ke aku tulis baitulamal manjung, aku tulis cerita diatas apa yang aku baca dan berlaku dalam Malaysia... kenapa ya.. ada rasa pedas juga ...

    2.  
  3. Anonymous

    manjung mari. kalau hang rajin nak buat amal. datang pejabat maip ambil beras fidyah. cakap kat en hafiz. nak ambil beras fidyah untuk orang susah. kalau hang nak ambil selori. dia bagi. tak tipu sebab aku dah mintak banyak kali.

  4. batu pelangi

    Semasa bujang dulu aku rasa duit fitrah yang aku hulukan kepada kakak yang dukung anak kecil
    diseberang jalan masjid kuantan adalah zakat yang benar2 sampai kepada yang HAK!

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment