Sunday, July 6, 2014

RG2011... Fw: Datuk Sharifah Aini Kembali Ke Rahmatullah

 



SUBHANALLAH!!! ... SUASANA YANG MENUSUK KALBU .. ANAK BIDUANITA NEGARA ALLAHYARHAMAH DATUK SHARIFAH AINI SENDIRI MENGIMAMKAN SOLAT JENAZAH IBUNYA DAN TURUT MENGIRINGI JENAZAH SEHINGGA KE LIANG LAHAT.
 
telokbakong.blogspot
wak-labu.blogspot



Aliff Omar mengimamkan solat jenazah ibunya, biduanita negara Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar, di Masjid AT Taqwa, Taman Tun, KL.

Aliff Omar, turut mengiringi jenazah ibu tersayang sehingga ke liang lahat di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, sekitar 12.10 tengah hari

Amat beruntung dan bertuah nasib Kak Pah dapat anak yang soleh .. Sejuk perut Allahyarhamah mengandungkannya.

Dari Allah kita datang, kepada Dia juga kita kembali. Al Fatihah.

 

Al-Fatihah!!! Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini Kembali Ke Rahmatullah Di Pusat Perubatan Pakar Damansara..


KUALA LUMPUR: Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini atau lebih mesra dengan panggilan Kak Pah meninggal dunia awal pagi Sabtu di Pusat Perubatan Pakar Damansara.

Allahyarham yang berusia 61 tahun menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 1.26 pagi akibat jangkitan pada paru-paru.

Jenazah akan dibawa ke Masjid At Taqwa Taman Tun Dr Ismail pada selepas solat Subuh dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara sebelum solat Zohor.

Allahyarham meninggalkan seorang anak, Aliff Omar.

Allahyarham telah dimasukkan ke unit rawatan rapi di Pusat Perubatan Pakar Damansara pada Selasa.

Biduanita itu dikesan menghidap fibrosis paru-paru dua tahun lalu.

Kak Pah dimasukkan ke hospital oleh anaknya, Aliff Omar susulan kesukaran bernafas awal pagi Isnin.

Sharifah Aini anak pasangan Syed Jaafar Syed Sahil dan Sharifah Noor Syed Ahmad Al-Attas yang dilahirkan di Nee Soon, Singapura pada 2 Julai 1953.

Titik tolak Kak Pah menjadi artis adalah selepas menjuarai pertandingan Bintang RTS 1968 di Singapura dengan lagu Tiga Malam. Beliau kemudian disunting menjadi artis rakaman EMI dan terus bertahan dengan label itu selama 38 tahun.

Pernah merakamkan 93 buah album termasuk 7 album Inggeris, antara lagu popularnya termasuk Seri Dewi Malam, Hapuslah Air Matamu, Bunga Tanjung dan Kau Tinggi Di Awan Biru.

Penyanyi itu juga pernah berkolaborasi dengan beberapa penyanyi terkenal antaranya Latif Ibrahim, Broery Marantika dan Sudirman Haji Arshad.

Selain menyanyi, beliau juga merupakan pelakon filem Sumber Ilhamku, Bintang Pujaan, Diva Popular dan kemunculan terakhirnya dalam filem Penanggal pada tahun lalu.

Hasilnya, nama Kak Pah terukir dalam The Malaysia Book of Records sebagai penyanyi paling lama dengan sesebuah syarikat rakaman dan memiliki 135 album.

Sharifah Aini menerima gelaran Biduanita Negara pada tahun 2006.

Biarpun begitu, Kak Pah sempat menitipkan pesanan dan salam kasih sayangnya buat semua peminat-peminatnya khususnya mereka yang sering berinteraksi dengannya menerusi laman sosial rasmi, Facebooknya.
Pesanan Kak Pah memang cukup sayu hingga mampu menitiskan air mata bagi sesiapa yang membacanya. Ikuti pesanan Kak Pah ini untuk mengetahuinya sendiri.
Inilah pesanan Kak Pah:
"Setiap dari kita tidak tahu bila kita akan dijemput olehNYA…Jika ditakdirkan ALLAH, sampai masanya untuk saya pulang ke RahmatuLLAH, jika ditakdirkan ujian yang ALLAH berikan ini berakhir dengan saya keluar sebagai jenazah…dengan hati yang damai, saya tenang dan REDHA dengan apa yang telah ditetapkan. Doakan saya berakhir dalam KHUSNUL KHOTIMAH. Sesuatu yang saya ingin anda, keluarga FB saya tahu ialah…saya TERAMAT SAYAAAAAAAAAAAAAAANGKAN ANDA SEMUA…saya sangat menghargai segala kasih sayang, ingatan, doa dan budi baik yang telah anda curahkan kepada saya selama ini. Doakanlah kesejahteraan saya, sedekahkanlah Al-Fatihah, ingatlah saya dalam setiap DOA anda. In Shaa ALLAH, kita semua akan menjadi keluarga semula di JANNAH!
Satu pesanan saya, seandainya saya sudah tiada…gunakanlah FB ini kearah kebaikkan…untuk menjaga Silaturrahim…untuk saling menasihati…bukan untuk mengumpat…menabur fitnah…dan segala perbuatan yang sia-sia dan mendatangkan dosa. Kasihanilah diri anda sendiri.
Begitu pantas masa berlalu…45 tahun saya bergelar anak seni…….terlalu banyak kenangan, terlalu banyak pengalaman…pahit dan manis…begitu ramai yang telah membesar dengan lagu-lagu saya… namun yang pasti, perjalanan panjang penuh berwarni-warni yang telah saya lalui ini tidak akan terjadi tanpa kehadiran anda, peminat-peminat yang sentiasa memberi sokongan tidak pernah berbelah-bagi selama keberadaan saya dalam dunia seni. Anda adalah pembakar semangat, pendorong untuk saya untuk terus bertahan. Tanpa anda siapalah saya. Ketahuilah, sedari mula saya melangkahkan kaki dalam dunia seni sehingga ke hari ini, niat saya tidak pernah berubah, ikhlas untuk menggunakan anugerah suara yang telah dikurniakan ALLAH ini dengan sebaik mungkin. Always remember that I sing with LOVE! Walau apapun yang berlaku, saya ingin anda tahu yang saya teramat hargai kehadiran, kasih sayang dan sokongan anda selama ini. Segala kebaikkan anda tidak akan pernah luput dari ingatan, dan akan saya bawa hingga ke akhir hayat.
Doakan kesejahteraan saya dunia dan akhirat sebagaimana saya sentiasa mendoakan kebaikkan dan kesejahteraan buat semua keluarga dan peminat-peminat saya di sini. In Shaa Allah, jika dipanjangkan usia dan diizinkankan Allah, kita akan berjumpa lagi.
Salam Santun Erat Silaturahim Wa Ukhuwah Fillah & Salam Teramat Sayang Untuk Adik-Adik Kak Pah dan Semua Anak-Anak Ummie Sharifah yang dikasihi di FB ini."
 

Takziah Keluarga Sharifah Aini! Ini Sikit Maklumat Dari I/Hasyim..

telokbakong.blogspot
ibnuhasyim.com


Biduanita Negara Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar lebih mesra dipanggil Kak Pah.
 
KEMASKINI
KUALA LUMPUR: IBNU Hasyim mengucap takziah kepada Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar meninggal dunia awal pagi tadi di Pusat Perubatan Pakar Damansara.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada pukul 1.26 pagi akbat jangkitan pada paru-paru. Biduanita yang berusia 61 tahun itu dimasukkan ke unit rawatan rapi pada Selasa lalu akibat kesukaran bernafas awal pagi Isnin.

Allahyarhan yang lebih dikenali sebagai Kak Pah telah dikesan menghidap fibrosis paru-paru sejak dua tahun lalu. Jenazah allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Al-Taqwa Taman Tun Dr Ismail dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas Zohor.

Pada tahun 2006, atas sumbangan beliau kepada industri hiburan tanah air, allahyarham telah dikurniakan gelaran sebagai Biduanita Negara.

Sharifah Aini merupakan anak pasangan Syed Jaafar Syed Sahil dan Sharifah Noor Syed Ahmad Al-Attas yang dilahirkan di Nee Soon, Singapura pada 2 Julai 1953.

"Takziah kepada keluarga Allahyarhan Syarifah Aini. Ini sedikit maklumat yang saya rasa berkewajipan menyampaikan ke keluarga Allahyarhan Syarifah Aini. Sila lihat.. " kata editor Weblog ini, Hj Mohd Hasyim.

S/Aini, Keluarga Dekat Pisah Jauh, Ingin Bertemu.

Syed Zakaria

KL 22 Ogos 2012: Untuk perhatian Datuk Sharifah Aini biduanita terkenal tanah air (gambar atas/sebelah), ada seorang lelaki berumur agak lebih setahun dari beliau datang dari luar negara mengaku 'keluarga terdekat' ingin bertemu beliau.

Dia kini sudah puluhan hari berada di Kuala Lumpur khusus datang untuk bertemu, tetapi masih belum ada ruang dan tidak tahu bagaimana dapat bertemu.

Demikian makluman dari Tgk Mansur Din, Pengerusi NGO Persatuan Kebajikan Bangsa Aceh Malaysia se waktu ditemui di kedai makan 'Aceh Meutuah, Jalan Raja Alang dekat Chow Kit sebentar tadi..

"Saya minta tolong kepada Blog Ibnu Hasym supaya umumkan, dan berharap akan dapat respon dari Datuk Syarifah atau keluarganya.  Banyak lagi rahsia-rahsia kekeluargaan yang dia ingin sampaikan kepada Datuk Syarifah." Jelas Tgk Mansur Din, selaku pengerusi NGO yang bertaggung jawab masalah kebajikan orang-orang Aceh di Malaysia..

Blog Ibnu Hasyim sempat bertemu dengan lelaki itu.  Namanya: Syed Zakaria bin Syed Idris datang dari Perlak Aceh Timur. Blog Ibnu Hasyim mengharapkan media-media lain tolong panjangkan.
Dari kanan Ibnu Hasyim, Syed Zakaria & Tgk Mansur Din semasa di kedai makan 'Aceh Meutuah, Jalan Raja Alang dekat Chow Kit sebentar tadi..

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Tgk Mansur Din  014 2243408
Syed Zakaria sendiri 010 510 2584 (M) 
082368430690 (Indo)

Menurut Syaed Zakaria, "Kami (Syed Zakaria dan Syarifah Aini) pernah bertemu pada tahun 1990an, tetapi saling tidak kenal mengenal.. Saya cukup kesal dan sedih, kerana hubungan kekeluargaan yang sudah lama terpisah.. Mungkin dengan cara ini sekarang saya harap dapat bertemu kembali.." katanya dengan nada sedih, kerana terpisah sejak puluhan tahun lalu. (IH)
 

Ibu rebah sebaik Sharifah Aini disemadikan

kachipemas.blogspot
batuvskayu.blogspot
 
 

Ibu kepada Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini, Sharifah Noor Syed Ahmad Al-Attas tidak dapat menahan kesedihan apabila jenazah anaknya itu dikebumikan hari ini.

Sharifah Noor, 80, rebah ke tanah sebaik jenazah Allahyarhamah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, tengahari tadi.

Beliau kemudiannya dipapah oleh anggota keluarga dan dibawa ke satu khemah yang disediakan di kawasan tanah perkuburan tersebut untuk berehat buat.

Anak keduanya yang merupakan biduanita tersohor itu meninggal dunia awal pagi ini akibat jangkitan paru-paru.

Sementara itu, adik kepada Sharifah Aini, Sharifah Rahmah ketika ditemui Malaysiakini berkata, beliau terkejut dengan pemergian kakanya tengah malam tadi.

Katanya, beliau sudahpun pulang ke Johor Bahru pada malam tadi kerana diberitahu oleh doktor bahawa keadaan kakaknya itu kembali stabil.

Tambahnya, beliau bergegas semula ke Kuala Lumpur apabila dimaklumkan bahawa Sharifah Aini dalam keadaan kritikal awal pagi ini.

Selain anggota keluarganya, upacara pengebumian itu turut dihadiri penggiat dan karyawan seni yang sezaman dengan Allahyarhamah.

Antaranya, penyanyi, Nassier Wahab yang berkata, pemergian Allahyarhamah juga satu kehilangan bagi Malaysia.

"Dia (Sharifah Aini) penghibur evergreen. Kita kehilangan seorang lagi biduanita selepas Saloma," katanya dengan nada sayu kepada Malaysiakini.

Katanya, beliau bagaimanapun berasa bertuah kerana dapat menatap wajah Sharifah Aini sebelum jenazahnya dikafankan di Unit Rawatan Rapi Pusat Perubatan Pakar Damansara pagi ini.

Seorang lagi rakan kepada Allahyarhamah, Hail Amir pula terkilan kerana tidak dibenarkan melawat Sharifah oleh doktor di hospital – susulan jangkitan yang dihidapi Allahyarhamah.

Katanya, rakaman lagu duet 'Bisikian Hati di Pagi Raya' bersama Sharifah Aini akan kekal menjadi kenangan manis buatnya
 

"Sepatutnya Saya yang Pergi Dulu" - Ibu Sharifah Aini

greenboc.blogspot


Sepatutnya saya yang pergi dulunya...bukan dia...sebab saya lebih banyak lagi penyakit berbanding dia," kata Sharifah Noor atau Umi dalam getar suara yang cukup sebak saat bercerita tentang pemergian Bidunita Negara, Datuk Sharifah Aini.

Bonda kepada Datuk Sharifah Aini ini berkata demikian tatkala meluahkan perasaannya kepada pengacara Apa Kata Malaysia hlive!, Datuk Aznil Hj Nawawi yang ketika itu sempat meluangkan masa untuk menziarahi jenazah Allahyarhamah selepas beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Pakar Damansara, kira-kira jam 1.26 pagi tadi.

Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini yang mesra disapa sebagai Kak Pah atau Kak Ani di kalangan rakan-rakan seperjuangan atau peminatnya itu meninggal dunia setelah berada di dalam keadaan yang cukup kritikal akibat jangkitan pada paru-paru.

Umi yang berkerusi roda serta ditemani suaminya (bapa tiri Kak Pah) dalam keadaan yang masih hiba turut memberitahu bahawa dia terkilan kerana pulang lebih awal setelah keadaan Kak Pah mula pulih sebelum dimasukkan sekali lagi ke pussat pakar perubatan tersebut.



"Saya terkilan... sebab balik dulu. Tak sangka jadi begini. Sedihlah....," katanya dengan air mata yang berjuraian keluar sambil disaksikan oleh Datuk Aznil Hj Nawawi atau Pak Nil yang turut tak dapat menahan rasa sedihnya. Beberapa kali juga Pak Nil juga menenangkan Umi dan meminta wanita tua tersebut supaya bersabar.

Umi terdiam seketika mendengar kata-kata Pak Nil itu tetapi kemudian menyambung kembali kata-katanya.

"Sebetulnya sebelum pulang saya beritahu pada yang saya mahu pulang. Saya juga beritahu dia: "Umi sayang Ani...Dia anggukkan kepala.

"Saya sangka anggukannya itu bermaksud dia okey. Tapi, saya tidak sangka pula yang berlaku adalah sebaliknya dan saya kembali bergegas untuk melihat dia tapi dia sudah tiada.

"Mungkin dia mengangguk sebab tidak mahu susahkan saya. Sedihlah...memang sedih sangat" kata Umi sambil menggeleng-gelengkan kepala dan air matanya kembali bergenang di kelopak matanya dan kemudian terus mengalir turun ke pipi.

Pak Nil terus menenangkan Umi....

Sumber: MURAI
 
 
 
 
----- Original Message -----
 
Sent: Tuesday, July 01, 2014 11:37 PM
Subject: Fw: Sharifah Aini Masuk ICU..

Sharifah Aini Masuk ICU.. Doakan Yang Terbaik Untuk Beliau..

bloglist-malaysia.blogspot


Datuk Sharifah Aini atau Kak Pah telah dimasukkan ke unit rawatan rapi di Pusat Perubatan Pakar Damansara. Biduanita itu yang akan genap 61 tahun esok dikesan menghidap fibrosis paru-paru dua tahun lalu.

Menurut pakar yang merawatnya, Datuk Dr Zainudin Md Zain, fibrosis paru paru mengakibatkan paru paru mengeras dan berparut.

Kak Pah dimasukkan ke hospital oleh anaknya, Aliff Omar susulan kesukaran bernafas awal pagi Isnin. Menurut Dr Zainuddin keadaan beliau stabil dan hanya menerima lawatan ahli keluarga terdekat.

Sumber: Astro Awani

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment