Wednesday, July 9, 2014

RG2011... Fw: JANGAN MUDAH TERPEDAYA PENYAMAR PANGGILAN

 



EDISI PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT .... JANGAN MUDAH TERPEDAYA PENYAMAR PANGGILAN DARI BUKIT AMAN DAN BANK NEGARA.

omakkau.blogspot.
 
Ia adalah satu jenayah serius yang menyebabkan rakyat Malaysia kehilangan puluhan juta ringgit setiap tahun.

Penipu kini memperdaya sesiapa sahaja rakyat Malaysia tanpa disangka-sangka dengan secara berani menyamar sebagai pegawai Bukit Aman dan Bank Negara dalam skim penipuan mereka.

Penipuan ini menjadi salah satu penipuan teknologi yang menyalahgunakan Voice over Internet Protocol (VoIP) - satu sistem untuk membuat panggilan suara melalui Internet - dengan meniru ID pemanggil sebenar.

Mereka membuat panggilan yang mana nombor yang tertera di skrin telefon kelihatan dari talian Bukit Aman atau Bank Negara, atau mana-mana agensi lain.

Sekurang-kurangnya 2,000 orang telah ditipu dengan cara ini sejak 2012, mengakibatkan jumlah kerugian lebih dari RM60 juta.

Dalam beberapa kes, kesemua wang simpanan mangsa lesap.

Penyangak terbabit akan membuat panggilan atau menghantar e-mel kepada mangsa yang berpotensi, memberi amaran kononnya akaun bank mereka telah dicerobohi.

Kemudian, mereka menasihati mereka untuk memindahkan wang mereka ke satu lagi akaun lain yang kononnya selamat.

Apabila mangsa memindahkan wang ke dalam akaun mereka yang melakukan penipuan, ia akan dikeluarkan dan kaki tipu terbabit menghilangkan diri.

Akaun ini biasanya dibuka menggunakan identiti palsu.

Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Polis Diraja Malaysia, Datuk Seri Mortadza Nazarene berkata sindiket ini juga menggunakan taktik 'menakutkan-nakutkan' untuk menipu mangsa mereka.

Salah satu taktik ialah dengan memberitahu mangsa bahawa mereka membuat panggilan dari Bukit Aman dan memberitahu akaun bakal mangsa telah digunakan untuk aktiviti jenayah.

Taktik lain termasuklah memberitahu mangsa bahawa mereka telah memenangi hadiah tetapi perlu membayar 'yuran' tertentu untuk menuntut hadiah tersebut.

"Nombor-nombor yang digunakan oleh penipu ini banyak dan pelbagai. Mereka mempunyai buku panduan untuk melakukan penipuan seperti ini," kata Mortadza.

Beliau berkata kes-kes seperti ini menunjukkan walaupun pihak polis, bank dan lain-lain pihak sering memberi amaran, orang ramai masih terjerat dengan penipuan tersebut.

Mortadza berkata, orang ramai perlu membuat semakan dengan Bukit Aman, Bank Negara atau bank-bank mereka sebelum memindahkan wang.

Beliau juga memberi amaran mengenai penipuan 'phishing' di mana mangsa ditipu dengan mengklik pautan internet yang dihantar kepada mereka melalui e-mel.

"Ini boleh membawa mereka ke laman web yang mencuri maklumat peribadi, seperti nombor akaun bank dan kata laluan, atau muat turun perisian berbahaya yang membolehkan penipu mengambil alih komputer mangsa.

"Satu helah biasa adalah dengan menghantar kepada mangsa laman olok-olok yang kelihatan sama seperti laman web rasmi bank yang sering digunakan mangsa, yang mengarahkan mangsa menaip butiran akaun dan kata laluan," katanya.
 
 
 
----- Original Message -----
 
Sent: Wednesday, July 02, 2014 11:56 PM
Subject: Fw: AMARAN! Jangan Jawab Nombor Telefon Ini

AMARAN! Jangan Jawab Nombor Telefon Ini - 03- 2178 8888 !!!


ORANG ramai diminta untuk tidak menjawab panggilan daripada nombor 03-2178 8888.
Pemanggil yang memperkenalkan dirinya sebagai staf Ambank akan memberitahu bahawa anda mempunyai baki kredit kad yang belum dibayar dan diminta membuat bayaran dengan segera.
MCMC sedang menyiasat kes ini.

Sila laporkan kepada kami di aduanskmm@cmc.gov.my, jika anda menerima panggilan tersebut.

*Apa itu spoofing?

Pemanggil cuba menipu dengan meniru (spoof) nombor telefon sesebuah syarikat yang sebenar.
Mereka mahu mencuri maklumat sensitif seperti nombor akaun bank, kad kredit atau butiran log masuk ke laman perbankan dengan menyamar sebagai staf daripada bank atau syarikat kad kredit anda.

Sumber : Lepak Media.

Jap2..

Takde kaedah ke nak check siapa dalang kepada penipuan2 ini? Tahu la depa canggih dalam menipu tapi takan la SKMM tak boleh nak detect skill penipuan dorang? SKMM boleh check pemilik2 FB yang menulis pasal pemimpin la pasal raja la apa bagai la takan tak boleh nak detect mereka2 yang menipu. Ye tak?

Aku rasa bukan ini je satu no yang menipu. BANYAK.

Dan bukan melalui panggilan telefon aje yang dorang gunakan untuk menipu. SMS pun banyak. BERSEPAH2. Sampai tolak kredit orang dibuatnya.

Apa dah takde cara ke untuk menghentikan sebaran SMS2 yang tolak duit orang?
Aku pelik la.
Samada penjenayah terer sangat dalam menipu ataupun SKMM memang malas buat kerja. Dengar citer punyalah canggih perisikkan negara sampaikan boleh hacking perbualan dalam telefon seseorang. So, takan kes macam neh tak reti2 nak selesaikan? Takan tatau nak locate penjenayah?
~~ soscili

Lue fikirlah sendiri.

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment