Thursday, August 14, 2014

Re: RG2011... Fw: Tips Didik Anak Cara Rasulullah...Ternyata, Cukup Relevan! [6 Attachments]

 

As salam. Saya sekadar ingin meminta pandangan semua tentang beberapa perkara berikut:
 
1. Sudah ada beberapa pakar psikologi kanak-kanak terkenal dunia yang pernah mengeluarkan kenyataan berupa kehairanan kenapa semakin banyak kaedah positif yang diberikan kepada masyarakat, semakin negatif sikap anak2 yang dilahirkan?

2. Kini semakin ramai ibubapa yang rajin mempraktikkan kaedah-kaedah pembentukan anak-anak yang betul. Namun, didapati semakin ramai anak-anak ini mempunyai ciri-ciri seperti pentingkan diri, demand layanan sempurna daripada orang2 di sekelilingnya, hampir menyamakan taraf dirinya dengan orang yang lebih dewasa termasuk ibubapanya sendiri (ramai ibubapa itu tidak sedar mereka dilayan begitu), tidak (kurang) kuat semangat menghadapi tekanan luar, terlalu bergantung kepada orang lain apabila mengadapi masalah, tidak tahu menyelesaikan masalah sendiri (walaupun simple), terlalu sensitif, kurang menghormati orang lain, kurang memikirkan kepentingan orang lain, dan banyak lagi.
 
3. Saya teringat kata-kata seorang kakak ni. Walaupun dia bukanlah pakar kanak-kanak dan hanyalah orang biasa2 seperti kita semua, tetapi pesanan dia sangat meyakinkan saya.
 
Anak-anak yang dididik dengan lemah lembut, tidak semestinya menjadi lemah lembut.
Anak-anak yang dididik dengan kasar dan kejam juga tidak semestinya menjadi kasar dan kejam.
Islam itu indah. Islam itu juga sederhana. Islam itu menyeluruh.
Lembut pada masanya, tegas juga ada masanya.
Manusia sering melampaui batas - sama ada terlalu lembut atau terlalu kasar.
Kita perlu tahu had sempadan untuk semua itu agar kita tidak melampaui batas.
Jika had sempadan itu terlalu rendah, jiwanya akan jadi lemah.
Jika had sempadan itu terlalu tinggi, jiwanya akan sakit.
Setiap anak itu ada had sempadan tersendiri yang perlu difahami setiap ibubapa.
 
4. Konsep Generasi X, Y dan Z yang digunakan masyarakat kita sekarang seolah-olah menghalalkan nilai buruk yang telah menjadi dominan.
 
5. Saya pernah terdengar dari satu sumber (saya tak ingat dari mana) ada mengatakan bahawa banyak kesilapan anak-anak zaman sekarang bukanlah datangnya dari persekitaran luar, rakan-rakan sebaya dan teknologi semata-mata. Ketiga-tiga faktor ini hanyalah menambahterukkan lagi keadaan sahaja. Faktor utama adalah dari ibubapa itu sendiri.
 
Sudah lama RESPEKS tidak berbincang tentang pelbagai isu secara serius. Saya rindukan suasana itu. Walaupun banyak fakta2 yang mungkin salah/ salah faham berlaku dalam kebanyakan perbincangan itu, tetapi ia juga berguna untuk mengasah minda dan kefahaman kita. Cuma, saya berharap setiap orang dapat berlapang dada dan tidak memaksa orang lain menerima pandangannya. Jangan juga menghalang pandangan orang lain kecuali ia akan menjejaskan Islam.
 
Ada juga yang begitu mudah melabelkan pertentangan pandangan pelbagai pihak sebagai 'perbalahan' yang perlu dihentikan. Sebenarnya, perlu juga kita mengetahui pelbagai hujah agar kita lebih memahami sesuatu tanpa berat sebelah atau prejudis. Selagi ia tidak melibatkan tindakan fizikal, cacian, makian, hinaan, berlapang dada lah.
 


On Friday, August 15, 2014 8:13 AM, "'-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg [respeks_group]" <respeks_group@yahoogroups.com> wrote:


 


Tips Didik Anak Cara Rasulullah...Ternyata, Cukup Relevan!

bloglist-malaysia.blogspot
paapaada2.blogspot
Posted by a U t A m a N
 
Era moden ini, didik anak cara Rasulullah selalu dilupakan. Zaman gajet yang serba canggih ini memerlukan ibu bapa yang bijak dalam mendidik anak-anak. Berbalik kepada ajaran Islam, kita perlu didik anak cara Rasulullah SAW. Kita tidak mahu nilai-nilai murni yang sepatutnya kita tanamkan dalam diri mereka, dibajai dan disirami unsur-unsur yang boleh melemahkan serta menghasilkan tanaman yang tidak berkualiti. Maka ramai kini ibu bapa prihatin yang tercari-cari teknik terbaik mendidik anak-anak.
Di barat, teknik keibubapaan yang sedang popular adalah Keibubapaan Positif atau Positive Parenting.
Apakah yang dimaksudkan dengan Positive Parenting?
Dr Laura Markham, seorang pakar keibubapaan barat mengatakan bahawa:
Positive Parenting – sometimes called positive discipline, gentle guidance that keeps our kids on the right path, offered in a positive way that resists any temptation to be punitive. Studies shows that's what helps kids learn consideration and responsibility and makes for happier kids and parents.
Positive Parenting memberi makna ibu bapa mengendali dan mendidik anak itu dengan cara yang paling baik. Tidak melibatkan pukulan, jeritan, penghinaan dan pelbagai tindakan negatif yang boleh melemahkan anak dan menjadikan anak lebih cenderung untuk mempunyai masalah.
Dalam Islam, teknik mahupun cara mendidik anak-anak telah lama ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Kita tidak perlu pergi jauh untuk mengetahui cara yang paling baik untuk mendidik anak. Islam sendiri telah menyediakan contoh terbaik dalam pendidikan anak-anak. Dr Abdullah Nasih Ulwan, yang lebih dikenali sebagai bapa pendidikan Islam ada menggariskan tentang cara-cara mendidik anak-anak dari sebelum berkahwin lagi mengikut panduan yang telah ditunjukkan Nabi Muhammad s.a.w.
Dapatkah kita membayangkan anak-anak yang kita tarbiyyah itu membesar dengan begitu baik sekali. Mereka menghormati orang tua, mengerjakan solat, puasa, cemerlang di dalam akademik dan sebagainya. Bukankah itu suatu ketenteraman buat kita sebagai ibubapa? Kita akan sentiasa merasa tenang dan bahagia.
 Namun cuba kita bayangkan, jika anak-anak itu menjadi seorang pemberontak di rumah dan di sekolah, melawan, berlumba di jalanan, berpeleseran dan berfoya-foya. Tentu kita akan rasa tertekan serta gelisah. Jadi, bagaimana kita berperanan dengan sebaiknya bagi memastikan anak-anak yang Allah amanahkan ini menjadi saksi dan pembela di akhirat nanti?
 a) Mendidik melalui contoh tauladan yang baik.
 Antara cara mendidik yang sangat berkesan adalah dengan memberi dan menunjukkan contoh tauladan yang baik kepada anak-anak. Contoh-contoh tauladan yang baik banyak melengkapkan anak-anak dengan akhlaq yang baik dan membentuk rohani serta sosialnya.
 Contoh tauladan yang baik di rumah adalah yang paling hampir dengan anak-anak. Jika contoh yang dilihat dan dipamerkan adalah tauladan yang baik, maka akhlaq yang bakal dipamerkan oleh anak juga adalah akhlaq yang baik. Namun jika contoh yang ditunjukkan di rumah adalah contoh buruk dan tidak elok untuk pembangunan akhlaq anak-anak maka tidak hairanlah jika di luar rumah, mereka mempamerkan akhlaq sebegitu juga.
Rasulullah sebagai contoh yang utama
Pernahkah kita menceritakan tentang hebat serta cantiknya akhlaq Rasulullah s.a.w kepada anak-anak?
Ingatkah kita tentang cerita Rasulullah s.a.w dan Saidina Abu Bakar ketika mereka bersembunyi di Thur? Cerita hebat tentang baiknya akhlaq Rasulullah dan  sahabat baginda boleh dijadikan contoh buat anak-anak. Begitu juga kisah akhlaq Rasulullah s.a.w ketika berhadapan dengan seorang wanita yang selalu mengganggu baginda. Duduk dan berceritalah dengan anak-anak.
Allah telah berfirman:
" Sesungguhnya bagi diri kamu dari Rasulullah itu contoh tauladan yang baik. " (Al-Ahzab:21)
Berapa ramaikah di kalangan kita dan anak-anak yang menjadikan Rasulullah s.a.w sebagai contoh tauladan? Tidak menghairankan jika hari ini kita mendengar anak-anak menjadikan artis dan superhero televisyen sebagai idola mereka. Kita sebagai ibubapalah yang sepatutnya membentuk pendirian mereka agar tahu memilih siapakah yang wajar dijadikan contoh tauladan.
 
Mendidik dengan cara pemerhatian dan pengawasan
Sudah menjadi tanggungjawab ibu dan bapa untuk sentiasa mengawasi dan memerhatikan anak-anak mereka. Lihatlah apa yang terjadi keapada anak-anak yang dibiarkan begitu sahaja tanpa pengawasan dan pemerhatian. Mereka akan berkawan dengan sesiapa sahaja dan berpeleseran. Maka timbullah mat rempit, bohsia bohjan, dadah, rokok dan sebagainya.
Allah berfirman:
" Suruhlah ahlimu (keluargamu) supaya bersembahyang, dan bersabarlah atas mengerjakannya. " (Taha:132)
Apakah yang ingin kita perhatikan?
  1. Memerhatikan solat anak-anak
  2. Memerhatikan pembelajaran anak-anak terutamanya dalam mempelajari al-Qur'an
  3. Memerhatikan pergaulan anak-anak
  4. Memerhatikan tahap kesihatan anak-anak

Diceritakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w amat berlemah lembut dengan anak-anak kecil dan menyantuni mereka dengan cara yang paling baik. Baginda selalu bergurau dan bermain dengan anak-anak kecil terutama cucu-cucu baginda iaitu Hassan dan Hussin.
Ia disebut di dalam riwayat yang masyhur, Rasulullah pernah lama sekali berada di dalam sujudnya. Maka salag seorang sahabat baginda bertanya, " Wahai Rasulullah, sesungguhnya anda lama sekali sujud, hingga kami mengira ada sesuatu kejadian atau anda sedang menerima wahyu.
Nabi Muhammad s.a.w menjawab, " Tidak ada apa-apa. Tetaplah aku ditunggangi oleh cucuku, maka aku tidak mahu tergesa-gesa sampai dia puas. " Ada pun anak yang dimaksudkan ialah Hassan atau Hussin.
Persoalannya, apakah yang terbaik untuk kita lakukan jika anak membuat sesuatu kesalahan? Apakah Islam hanya membenarkan berlemah lembut dan sama sekali tidak membenarkan pukulan atau denda terhadap anak?
Di dalam pendidikan anak-anak yang telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w, peringkat berikut telah ditunjukkan oleh baginda Rasulullah s.a.w:
  1. Kesalahan anak hendaklah ditangani dengan sikap berlemah lembut dan penuh belas kasihan. Imam Al-Bukhari telah meriwayatkan di dalam Al-Adab Al-Mufrad, sebuah hadith berbunyi:
" Hendaklah anda bersifat lemah lembut, dan jangan sekali-kali bersikap keras dan jahat."
  1. Kesalahan anak ditangani dengan mengambil kira sikap atau pun tabiat anak tersebut. Setiap anak mempunyai sikap yang berlainan. Mereka mempunyai karektor tertentu dan berbeza di antara satu dengan yang lain.
Ada sesetengah ulama' pendidikan Islam, seperti Ibnu Sina, Al-Abdari dan Ibnu Khaldun mengatakan bahawa tidak diharuskan untuk menjatuhkan hukuman kepada anak-anak kecuali pada saat yang benar-benar perlu. Mereka juga berpendapat bahawa tidak boleh memukul kecuali sesudah diingatkan dan diancam atau meminta orang lain untuk mengingatkan tentang kesalahan tersebut.
  1. Kesalahan anak hendaklah ditangani secara berperingkat. Hukuman tidak semudah itu dijatuhkan. Seorang ibu dan bapa punya tanggungjawab yang besar untuk mendidik anak-anak. Mereka mestilah dibekalkan dengan contoh tauladan yang baik di dalam persekitarannya terlebih dahulu. Jika peringkat ini tidak dapat disediakan oleh ibu dan bapa, maka tidak boleh anak itu dihukum dengan hukuman yang berat.
Abu Daud dan Al-Hakim telah meriwayatkan daripada Umar bin Syu'aib daripada ayahnya, daripada datuknya, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
"Suruh anak-anak kamu mengerjakan sembahyang, ketika umurnya tujuh tahun, dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang, apabila telah mencapai umur sepuluh tahun dan pisahkanlah mereka dari tempat tidur."
Di dalam hadith di atas, memang jelas menunjukkan bahawa Islam tidak melarang untuk memukul namun untuk sampai ke peringkat itu anak perlu melalui peringkat pemahaman dan mengenali contoh yang baik. Memukul adalah cara terakhir di mana ibu bapa sudah berputus asa dalam memperingatkan dan memberi nasihat.
Semoga kita diberikan kekuatan dalam mentarbiyyah anak-anak kerana merekalah pewaris Al-Qur'an yang bukan sahaja membaca tetapi mengamalkan isi kandungannya.



__._,_.___
View attachments on the web

Posted by: abiat07 <abiat07@yahoo.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (2)

Check out the automatic photo album with 6 photo(s) from this topic.
8.jpg 3a.jpg 7.jpg 1.gif 5a.jpg

" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment