Friday, August 15, 2014

Re: RG2011... Fw: Khalid pecat semua exco DAP dan PKR.. [1 Attachment]

 


 
Hairan sungguh mengapa PKR bersungguh -sungguh nak kan Khalid Ibrahim letak jawatan dengan mengantikan Wan Aziziah.Mengapa setelah selangor diistiharkan negeri terkaya baru nak ambil alih.

From: "3 3@pendekarblogger.com [respeks_group]" <respeks_group@yahoogroups.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Thursday, 14 August 2014, 19:26
Subject: Re: RG2011... Fw: Khalid pecat semua exco DAP dan PKR..

 
ape dah jadi daa..

maluuu murid..malu guru!


2014-08-12 9:24 GMT-07:00 '-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg [respeks_group] <respeks_group@yahoogroups.com>:
 


Khalid pecat semua exco DAP dan PKR.. Penasihat Ekonomi tak nak pecat ke?

bloglist-malaysia.blogspot.
darisungaiderhaka.blogspot
Posted by Anak Sungai Derhaka
 

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan bahawa beliau telah memecat kesemua exco DAP dan PKR berkuat kuasa serta merta mulai hari ini.

Menurut beliau, exco-exco dari DAP dan PKR telah menandatangani satu surat undi tidak percaya terhadap beliau dan juga membuat satu blok.

"Tujuan mereka menandatangai dan membuat blog itu adalah untuk mengurangkan kecekapan exco," katanya sewaktu ditemui media di lobi SUK, hari ini.

Katanya, oleh itu, beliau telah meminta dan menulis surat kepada tuanku supaya memohon exco ini tidak meneruskan kerjanya sebagai exco di negeri Selangor.

"Walaubagaimanapun, saya belum menulis surat kepada Rodziah, kerana beliau berada di luar negeri," katanya.

Dalam pada masa yang sama, beliau turut menafikan desas desus bahawa beliau akan menyertai PAS.

"Tidak, dakwaan saya sertai PAS tidak benar," katanya.

Selain itu Khalid turut menjelaskan bahawa perihal Tuanku tidak berkenan untuk Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengadap baginda itu haruslah ditanya kepada pihak istana lapor Free Malaysia Today

Berikut adalah Senarai exco dipecat

DATUK TENG CHANG KHIM
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian & Penyelidikan 
RODZIAH ISMAIL
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan Dan Hal Ehwal Wanita 
EAN YONG HIAN WAH
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan, Pembangunan Kampung Baharu, Pemutihan Kilang Haram 
ELIZABETH WONG KEAT PING
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna Dan Alam Sekitar 
DAROYAH ALWI
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi & Inovasi

GANABATIRAU VERAMAN
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang, Kemiskinan Dan Kerajaan Prihatin
Hmmm... nak kata apa?.. kuasa sekarang ditangan dia.. Penasihat Ekonomi Selangor yang dibayar elaun RM1 tu bila dia nak pecat agaknya?
 
Comments
Hamesrodrigez · 
....some respite though,, the sacking must be endorse by the Sultan to take effect.
 
Anwardahtunjukbelang · 
anwar kan dah resign dari penasihat ekonomi selangor....so mcm mne nak pecat.bravo tski, bravo!!!
 
 
 

Exco KEADILAN, DAP kekal jawatan, tapi hadkan kuasa Khalid

bloglist-malaysia.blogspot.
Posted by Keadilan Daily
(Oleh Amirul Azhan)
KUALA LUMPUR 12 OGOS: Enam Exco daripada KEADILAN dan DAP menyokong penuh pelantikan Menteri Besar baharu daripada Pakatan Rakyat dalam masa terdekat.
Semua mereka akan tetap menjalankan tugas mengikut mandat yang ditetapkan oleh parti sementara perkara ini diselesaikan secara baik.
"Kedudukan dan fungsi Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hanya dalam kapasiti peralihan, sementara menunggu pelantikan MB baru.
"Sebarang keputusan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) perlu diundi supaya fungsi Khalid dapat dihadkan kepada kapasiti peralihan," kata mereka dalam kenyataan bersama.
Tiga daripada Exco terlibat adalah dari KEADILAN iaitu Rodziah Ismail (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita), Wong Keat Ping (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar) dan Dr Daroyah Alwi (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi & Inovasi).
Manakala tiga yang lain daripada DAP pula adalah Datuk Teng Chang Khim (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian & Penyelidikan), Ean Yong Hian Wah (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan, Pembangunan Kampung Baharu, Pemutihan Kilang Haram) dan Ganabatirau Veraman (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang, Kemiskinan Dan Kerajaan Prihatin).
Menurut mereka, untuk mengelakkan sebarang perbincangan mengenai kedudukan parti masing-masing, sebarang perjumpaan dengan Khalid dielakkan kecuali di mesyuarat mingguan MMKN.
Mereka juga menghormati perkenan DYMM Tuanku Sultan Selangor untuk Khalid meneruskan tugas sebagai MB dalam situasi sekarang.
Tambah kenyataan itu, KEADILAN dan DAP akan menggunakan kaedah yang sejajar dengan Undang-undang Tubuh Negeri dan enakmen yang berkenaan bagi mengembalikan semula pemerintahan Kerajaan Selangor kepada Pakatan Rakyat sepertimana yang dipilih oleh rakyat.
"Kami akan tetap meneruskan tugas sehinggalah seorang MB baru daripada Pakatan dilantik bagi menggantikan Khalid," ujar mereka lagi.
 



__._,_.___
View attachments on the web

Posted by: lailiy bannu <lailiy_bannu@yahoo.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (3)

Check out the automatic photo album with 1 photo(s) from this topic.
barisan-exco-bersama-mb.jpg

" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment