Tuesday, August 5, 2014

RG2011... Fw: PASANGAN "BRUTAL" YANG MEMBUNUH SEORANG REMAJA

 



SEPASANG KEKASIH BRUTAL DITAHAN REMAN 7 HARI BANTU SIASAT KES BUNUH JUMPA MAYAT TERTIARAP DALAM LUBANG.

omakkau.blogspot
 
Sepasang kekasih ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang pekerja Kompleks Sukan Nilai, Amir Fazli Suhaimi Fadzil, 18, yang ditemui mati di dalam sebuah lubang di tapak pembinaan Batu 6, Jalan Labu, di sini, kelmarin.

Pasangan berusia 21 dan 19 tahun itu ditahan reman bermula semalam selepas dibawa ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam, bagi mendapatkan perintah reman ke atas mereka.

Menurut sumber polis, suspek lelaki berusia 21 tahun yang juga kakitangan Majlis Perbandaran Seremban (MPS) ditahan bersama kekasihnya itu di Ampangan, di sini, kira-kira 6 petang kelmarin.

"Kedua-dua suspek bersama tiga yang masih bebas disyaki menyebabkan kematian Amir Fazli dengan menghimpit mangsa menggunakan motosikal sebelum mangsa terjatuh dan dipukul hingga mati di lokasi kejadian.

"Tiga lagi suspek yang terlibat menghilangkan diri dan kini menjadi buruan polis," katanya di sini, semalam.

Sumber polis berkata, siasatan awal polis mendapati punca kejadian disebabkan mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125Z itu telah membunyikan enjin motosikal kepada suspek di sebuah persimpangan lampu isyarat di Senawang, di sini.

"Berang dengan tindakan itu, suspek telah mengejar mangsa hingga ke Jalan Labu. Akibatnya, mangsa terjatuh dari motosikal dan dipercayai dipukul hingga mati," katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Semalam, Sinar Harian melaporkan mangsa ditemui orang awam yang berada di lokasi kejadian kira-kira jam 8.20 pagi.

Ketika ditemui, mangsa hanya berseluar dan tidak berbaju serta terdapat kecederaan di bahagian kaki, lebam di bahagian mata dan berdarah di hidung.

Dompet milik mangsa tidak ditemui dan sebuah motosikal jenis Yamah 125Z dipercayai ditunggang mangsa ditemui kira-kira 40 meter dari lokasi mayat mangsa dijumpai.
 

HEBOH DIKATAKAN INILAH WAJAH PASANGAN "BRUTAL" YANG DITANGKAP POLIS KERANA DISYAKI MEMBUNUH SEORANG REMAJA YANG MAYATNYA DIJUMPAI TERTIARAP DALAM LUBANG.

omakkau.blogspot
 
Seremban: Polis sudah menahan sepasang kekasih berusia 21 tahun dan 19 tahun disyaki terbabit pembunuhan seorang kakitangan Kompleks Sukan Nilai, Amir Fazli Suhaimi, 18, yang ditemui tertiarap di sebuah lubang di tapak pembinaan Batu 3, Jalan Labu di sini, semalam.

Sumber polis berkata, pihaknya menahan suspek lelaki berusia 21 tahun yang juga kakitangan Majlis Perbandaran Seremban (MPS) bersama kekasihnya berusia 19 tahun di Ampangan di sini, kira-kira jam 6 petang semalam.

Katanya, kedua dua suspek bersama tiga yang masih bebas disyaki menyebabkan kematian Amir Fazli yang dihimpit menggunakan motosikal sebelum mangsa terjatuh dan dipercayai dipukul hingga terbunuh di lokasi kejadian.

Katanya, pihaknya akan memohon reman kedua dua suspek jam 2 petang ini di Mahkamah Seremban selain memburu tiga lagi suspek yang masih menghilangkan diri.

"Siasatan awal mendapati punca kejadian disebabkan mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125Z membunyikan enjin motosikal kepada suspek di sebuah persimpangan lampu isyarat di Senawang sebelum dia dikejar hingga ke Jalan Labu.

"Akhirnya mangsa terjatuh daripada motosikal dan dipercayai dipukul hingga terbunuh," katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
 

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)

Yahoo Groups
New feature! Create Photo Albums in Groups Effortlessly
Now, whenever you share photos with your group, a new album is automatically created in the Group. It's so simple! Try it now!

" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment