Tuesday, August 5, 2014

RG2011... Fw: LELAKI CEDERA PARAH DAN PELURU MASIH MELEKAT DI KEPALA

 



SEORANG LELAKI CEDERA PARAH DAN PELURU MASIH MELEKAT DI KEPALA KENA TEMBAKAN RAMBANG DARI PISTOL ANGIN.

omakkau.blogspot
 
Seorang lelaki cedera parah di bahagian kepala selepas kereta dinaikinya ditembak secara rambang oleh sekumpulan lelaki yang tidak dikenali.

Pemandu, Qumeyza Iqbal Arif Sulaiman, 28, berkata beliau mendengar bunyi kuat dan menyangka ia adalah dentuman mercun yang dibakar berhampiran kenderaannya.

Pihak polis mendapati suspek menggunakan pistol angin sebagai senjata dalam kejadian tembakan rambang.

"Sejurus mendengar letupan di bahagian kiri belakang kereta, abang ipar saya, Mohd Syukur Shafie, 31, tidak sedarkan diri ekoran terkena peluru sesat daripada tembakan terbabit, di bahagian kiri kepala," katanya.

Menurut laporan Berita Harian, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Roslan Radzi ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dengan siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 Akta Senjata.

Katanya, pihak polis mendapati suspek menggunakan pistol angin sebagai senjata dalam kejadian tembakan rambang itu, dan pihaknya sudah melakukan tangkapan terhadap tiga individu lelaki untuk siasatan lanjut.

"Hasil daripada siasatan awal, tembakan itu dilepaskan oleh suspek tanpa sebarang motif dan hanya terdorong daripada perasaan suka-suka dan tidak bermotifkan dendam.

Dalam kejadian itu, Syukur dibawa ke Hospital Banting sebelum dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk rawatan lanjut.

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)

Yahoo Groups
New feature! Create Photo Albums in Groups Effortlessly
Now, whenever you share photos with your group, a new album is automatically created in the Group. It's so simple! Try it now!

" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment