Berdasarkan ujian awal WHO, wabak Ebola yang berlaku di Guinea adalah dari jenis Zaire. Bagaimanapun, sehingga kini ia belum disahkan. Pada Khamis lalu, Mali menjadi negara jiran Guninea terbaharu mengumumkan kes disyaki virus tersebut. Tiga mangsa warga tempatan bekerja di sempadan antara Mali dan Guinea diasingkan dan sampel ujian dihantar ke Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC).
Menurut CDC, virus Ebola menyebabkan demam berdarah (VHF), merujuk kepada sekumpulan virus yang memberi kesan kepada sistem organ
dalam badan dan sering menyebabkan pendarahan. Nama virus ini diambil dari Sungai Ebola di Republik Demokratik Congo (dahulunya Zaire) di mana salah satu wabak berlaku pada 1976.
Terdapat juga kes tunggal di Ivory Coast. Jenis ini ditemui apabila seorang penyelidik yang mengkaji cimpanzi liar jatuh sakit pada 1994 selepas melakukan bedah siasat ke atas salah seekor haiwan tersebut. Jenis terakhir ialah Reston, diambil namanya dari sebuah negeri di Virginia. Ia dikenal pasti melalui monyet yang diimport dari Filipina. Walaupun terdapat kes manusia dijangkiti virus Ebola jenis ini, tetapi tiada kematian dicatatkan.
Sebuah organisasi, Medecins Sans Frontieres (MSF) menyifatkan, Ebola sebagai salah satu penyakit paling bahaya di dunia yang merebak dalam darah dan menutup sistem imun serta menyebabkan demam panas, sakit kepala dan sakit otot. "Ia adalah virus berjangkit yang boleh membunuh sehingga 90 peratus dan tiada vaksin bagi merawatnya," menurutnya. Daripada lima jenis Ebola, jenis Zaire adalah yang pertama dikenal pasti dan dianggap paling bahaya.
Tanda-tanda awal virus Ebola adalah demam mengejut, lemah tubuh badan, sakit otot, sakit kepala dan tekak. Gejala tersebut boleh muncul antara dua hingga 21 hari selepas dijangkiti. WHO berkata, gejala awal bagaimanapun tidak spesifik dan berkemungkinan disalah anggap dengan tanda penyakit seperti malaria, demam kepialu atau meningtis.
Sesetengah pesakit dijangkiti juga boleh mendapat ruam, merah mata, tersedu, sakit dada, menghadapi kesukaran bernafas dan menelan. Antara tanda awal lain termasuk muntah, cirit birit, fungsi buah pinggang dan hati terjejas serta kadang kala menyebabkan pendarahan dalaman dan luaran. Ebola hanya boleh disahkan melalui lima ujian makmal yang berbeza.
Tiada rawatan khusus untuk Ebola. Menurut MSF, pesakit yang dijangkiti virus ini akan diasingkan dan kemudiannya dibantu pekerja kesihatan. "Ini termasuk menghidratkan pesakit, mengekalkan status oksigen, tekanan darah dan merawat mereka untuk sebarang jenis jangkitan yang merumitkan," menurutnya. Terdapat juga kes pekerja penjagaan kesihatan yang turut dijangkiti virus daripada pesakit, justeru itu WHO telah pun mengeluarkan panduan bagi menangani kes tersebut sama ada ia kes yang telah disahkan atau baru disyaki. Bagi penjaga kesihatan, mereka perlu memakai baju dan sarung tangan tidak telap berserta topeng perubatan untuk mengelakkan percikan cecair terkena hidung, mulut dan mata.
Ebola biasanya berlaku di kampong - kampung terpencil di tengah dan barat Afrika, berhampiran kawasan hutan hujan Tropika. Negara paling kerap terjejas adalah di bahagian timur iaitu Republik Demokratik Congo, Uganda dan Sudan. Wabak ini juga dianggap luar biasa kerana ia berpusat di Guinea namun tidak pernah terjejas dan merebak ke kawasan bandar.
memakai sarung tangan dan peralatan perlindungan seperti topeng dan membasuh tangan dengan kerap. Amaran juga diberi terhadap pemakan daging seperti daging monyet, kelawar atau beruk yang dijangkiti. Kelawar buah khususnya dianggap sebagai makanan istimewa bagi masyarakat tempatan di Guinea di mana wabak itu bermula.
Menteri Kesihatan Liberia telah menasihatkan orang ramai untuk berhenti melakukan hubungan intim disamping nasihat sedia ada untuk tidak berjabat tangan atau bercium. Pekerja di beberapa pasar raya di sekitar ibu negara Liberia juga telah mula memakai sarung tangan sebagai langkah berjaga - jaga. Difahamkan, Senegal telah menutup sempadan tanahnya dengan Guinea.
Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post | • | Reply to sender | • | Reply to group | • | Start a New Topic | • | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment