Friday, March 1, 2013

Re: Fw: RG2011... Hairan saya terhadap Rohingya

 

Salam alaik,

Apabila sesiapa datang mohon pertolongan, kita perlu beradab :
=> jika enggan menolong, jangan mengeluarkan kata-kata kesat padanya
=> jika ingin membantu, berilah seberapa yang mampu

Allah suruh menggunakan akal untuk menilai keadaan baik dan buruk. Untuk akal menilai, ia memerlukan ilmu dan maklumat dari usaha kita sendiri. Di dalam Al-Quran, perkataan yang paling banyak disebut ialah ILMU, selain daripada sebutan nama Allah.

Pernilaian terbaik ialah dengan ilmu, di mana tanpanya penilaiain itu lemah. Tujuan menilai pula bukan suka-suka tetapi untuk mengambil PELAJARAN supaya dapat mencegah perkara buruk dari berlaku kepada diri kita dan menarik perkara baik kepada diri kita.

Sebagai contoh di jalanraya. Jika kita lihat ada di kalangan kita yang membawa kenderaan terlalu laju. Kita tak tahu apa sebabnya tapi kita boleh mengagak mungkin kerana EMERGENCY, mungkin kerana TERLAMBAT atau mungkin kerana TABIAT atau mungkin kerana GILA. Keempat-empat ini walaupun mempunyai sebab berlainan TETAPI risikonya tetap sama, yakni MEREKA PENYEBAB UTAMA KEMALANGAN JALANRAYA yang menyusahkan diri sendiri dan juga orang lain. Rupanya tetap sama, iaitu GOPOH, walau apapun alasan dan sangkaan.

Dalam hal Rohingya, persoalannya bukan berburuk sangka atau berbaik sangka. Bukan juga kerana miskin dihina atau kaya dipuji. Samada ia ujian mahupun bala, bukan soal pokok. Persoalan pokok ialah MENGAPA keadaan kaum Rohingya menjadi sebegitu. 

Persoalan yang sama juga bagi kaum di Kashmir, Bosnia, Chechnya, Afghanistan, Uighur Xinjiang dan Palestine. Mengapa begitu teruk keadaan dan mengapa terlalu berpanjangan

Bukankah doa merupakan senjata paling kuat Umat Islam? Bukankah doa orang yang dizalimi itu maqbul? 

Sedangkan dalam Surah Alam Nashrah nyata terpampang menyebutkan bahawa Allah akan memberi kesenangan selepas datangnya kesusahan sebanyak 2 kali khas buat orang beriman yang bersabar dan bersyukur.

Pasti ada pelajaran untuk mereka dan untuk kita semua. Apa dia?

---------------------------------------------------------------------------------

{ Pencegahan Penagihanhttp://www.pengasih.org

{ Doa-doa Pendekhttp://www.MalaysiaKu.com

---------------------------------------------------------------------------------


From: fhadillah ahmadhamil <fhadillah@yahoo.com.my>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Tuesday, February 26, 2013 4:51 PM
Subject: Re: Fw: RG2011... Hairan saya terhadap Rohingya

 
di alam barzah kita akan ditanya tentang tanggungjawab kita sebagai orang islam..

adakah kita membantu sesama islam...

bantulah mereka, dugaan atau bala yang mereka terima sangat hebat!!

semoga Allah memberi rahmat kepada kita semua...


--- On Mon, 25/2/13, Naim Boroi <naimhansem@yahoo.com> wrote:

From: Naim Boroi <naimhansem@yahoo.com>
Subject: Fw: RG2011... Hairan saya terhadap Rohingya
To: "Respeks" <respeks_group@yahoogroups.com>
Date: Monday, 25 February, 2013, 10:59 AM

 



pikir positif.....jgnlah dihina/cerca

mungkin kain baju dorang kotor tuh yg dorang biarkan warga malaysia solat dulu.....mungkin lps tuh baru dorang solat.....mungkin dorang menghormati dan tak nak ganggu kita solat....

adat merantau sedar diri hidup menumpang.....patot penduduk sekitar bantu le sesama Islam.....lebih baik dia lepak surau/masjid dari dorang mintak kat gereja/kuil

tapi sebaliknya kita selalu tersalah tafsir dan buruk sangka.....

yg jadi gengster tuh mungkin dorang atau mungkin disebab warna kulit sama lalu kita pon menuduh itu rohingya.....

Hina besi kerana karat, hina manusia kerana miskin




----- Forwarded Message -----
From: Mann Trex <manntrexe@yahoo.com>
To: Forum SIM <sahabatinteraktif@yahoogroups.com>; Re Spe Ks2008 <respeks_group@yahoogroups.com>; Forum Dunia Muslim <Dunia-Muslim@yahoogroups.com>; Forum Kelakar <Kelakar@yahoogroups.com>; Forum My Masjid <mymasjid@yahoogroups.com>; Forum Hidayah Net <hidayahnet@yahoogroups.com>; ForumMelayuCyber <melayucyber@yahoogroups.com>; Forum Mangkuk Hayun <MANGKUKHAYUN@yahoogroups.com>; Forum SAUJANA <saujanaku@yahoogroups.com>; "insaniyy@yahoo.com.my" <insaniyy@yahoo.com.my>; Mat Rock <matrock_e1@yahoo.com>; SHAM BAIDURI <shambaiduri@yahoo.com>; ForumMalaysiarama Moderator <malaysiarama@yahoogroups.com>; ForumHarakahdaily Moderator <harakahdaily@yahoogroups.com>; ForumRelexjap Moderator <Relexjap@yahoogroups.com>; ForumPakbelang Moderator <pakbelang@yahoogroups.com>; ForumMalaysianchat Moderator <malaysianchat@yahoogroups.co.uk>; ForumMalaysiancommunity Moderator <malaysiancommunity@yahoogroups.com>; Forumlifestyle-malaysia Moderator <lifestyle-malaysia@yahoogroups.com>; ForumJommlepakk Moderator <jommlepakk@yahoogroups.com>; ForumMalaysia-bisnisonline Moderator <malaysia-bisnisonline@yahoogroups.com>; ForumDakwah Moderator <dakwah@yahoogroups.com>; ForumIdealis_mahasiswa Moderator <idealis_mahasiswa@yahoogroups.com>; ForumMyniaga Moderator <myniaga@yahoogroups.com>; Forum Mahligai <mahligai@yahoogroups.com>
Sent: Saturday, February 23, 2013 6:03 PM
Subject: RG2011... Hairan saya terhadap Rohingya

 
Salam alaik,

Link yang saya sertakan ini memberitakan mengenai perjalanan 112 orang Rohingya dari Burma ke Malaysia dengan menaiki boat. Tetapi sebelum mereka dapat sampai ke sempadan laut Malaysia, boat mereka telah ditahan oleh Navy Thailand. Di situ, engine boat mereka telah dirampas dan ditolak semula ke laut. 

http://www.guardian.co.uk/world/2013/feb/22/burmese-asylum-seekers-die-25-days-at-sea

Setelah itu mereka terombang-ambing di laut selama 25 hari. Semasa itu 97 orang telah mati, dan 25 orang lagi masih hidup ketika diselamatkan oleh Navy Sri Lanka.

Negara Bangladesh tak mahu mereka. Negara Burma tak akui mereka sebagai rakyat. Malahan kaum Rohingya di Rakhine dibunuh beramai-ramai. Yang biasa kaum Rohingya tuju ialah Malaysia.

Saya rasa kebanyakan daripada kita telah berpengalaman dan telah berinteraksi dengan kaum Rohingya. Paling ketara ialah peminta-peminta sedekah di kawasan pejalan kaki dan pasar malam di Penang, JB dan Kuala Lumpur. Laki mereka yang berjanggut-janggut pula melepak di Masjid sambil kunyah sireh. Yang paling ramai berada di Pasar Borong Selayang. Di situ ada yang menjadi samseng, ada menjadi penjual sayur ( yakni sayur yang telah dibuang oleh penjual sayur tempatan dan dibeli pula oleh pengusaha gerai makanan yang mahu murah-murah ) dan ada yang menjadi pengedar dadah jenis heroin, pil kuda dan ganja.

Saya pernah ke daerah Narathiwat dan Pattani di Thailand. Pelarian Rohingya ramai melepak di Masjid-masjid pada msa tu. Bila azan sahaja, mereka keluar dari masjid beramai-ramai. Habis saja orang solat jemaah, mereka kembali datang melepak di veranda masjid. Mereka ini rasanya sedang menanti peluang untuk memasuki Malaysia secara haram.

Sudah tentu ada yang baik-baik dan terpelajar di kalangan mereka, selain daripada yang suka memilih kerjaya-kerjaya gelap.

Persoalannya, mengapa majoriti daripada mereka terus hidup dalam keadaan yang terhina?

Mungkinkah ada beberapa amalan di dalam budaya mereka yang menarik bala?

Ada sesiapa dapat memberi pencerahan kepada saya?
 
---------------------------------------------------------------------------------

{ Pencegahan Penagihanhttp://www.pengasih.org

{ Doa-doa Pendek } http://malaysiaku.com

---------------------------------------------------------------------------------




__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (4)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment