Sunday, March 24, 2013

Re: RG2011... Nik Aziz: Mereka belum puas 'cincang' Anwar

 

masalah sekarang "tahi" tu dah keluar dr umno dan join pakatan..seperti kata pujangga seekor kerbau membawa lumpur habis semuanya terpalit..kerbau tu kerbau besar pulak yg menjaga kawanan...maka seluruh kawanan tu dah kena lumpur tu...perumpamaan saja (u ulang i saman....hikhik).. patutkah kita didik anak kita membenci sesama islama mcm nik abduh kata bapa dia dah didik dia selama 30 tahun utk membenci umno..kenapa tak didik benci DAPig? Kalau anuar betul2 nak buat islam kenapa dia tak join Pas dulu tp siap buat parti baru? Dulu pepecahan melayu islam hanya 2 iaitu PAS n UMNO, skrg sbb mamat gila kuasa tu dah jadi 3 bila Parti Kroni anuaR wujud. Maka bertepuk tghlah bangsa2 lain melihat perpecahan ini.....

2013/3/19 xstream <pejal71@gmail.com>
 

bro "kalau" dan "kalau" ini cara salah dalam menaakul kejadian...jangan ingat ada versi lain dalam kehidupan kita..Allah tetapkan kejadian ada hikmahnya..dan hikmah itulah yg perlu diperhati dan dibincang..bukan "kalau"..itu cuba menidakkan takdir..kita tidak menentang peribadi..kita menentang UMNO..UMNO itu ada masalah..TGNA dari dulu dan PAS dari dulu pun menentang UMNO yang mengamalkan politik suku dan agama suku...semasa DSAI dalam UMNO beliau masuk sebab nak bersihkan UMNO...tapi tahi dalam tong tidak akan bersih sekiranya kita masuk tong dan cuci dari dalam..DSAI dah sedar anda bila lagi??

2013/3/19 Hilmi_Budiman <hillmayms@gmail.com>
 

cuba kalau anuar tak kena pecat dr umno...masih puaskah nik aziz dan PAS mencerca dia? smpai front page haramkah kata mengundi anuar adalah menempah bala (tak percaya rujuk balik haramkah lama)

2013/3/17 roslan mohd <mohroslan@gmail.com>
 


3:35PM Mac 17 2013  

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata gambar kontroversi mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim yang giat diedarkan di kalangan blog penyokong Umno merupakan cubaan untuk menyerang peribadi dan mengaibkan ketua pembangkang itu.

"Mereka belum puas cincang Anwar. Kita orang politik ini sepatutnya kena lawan hujah bukan peribadi," katanya seperti dilaporkan Sinar Harian hari ini.

Akhbar yang sama turut menampilkan ulasan Ketua Wanita PKR Selangor, Haniza Talha yang menyifatkan gambar itu sebagai taktik yang diketahui umum kerana kerap digunakan menjelang pilihan raya.

"Ia sudah jadi tidak relevan lagi. Biar mereka (individu tidak bertanggung jawab) buat selalu (perkara begini). Kelak rakyat sendiri akan jemu dan menolak mereka.

"Tindakan mereka itu ibarat sudah musnahkan masa depan politik sendiri," kata ADUN Taman Medan itu seperti dipetik Sinar Harian.

Sementara itu ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim dalam laporan sama berkata beliau sudah menjangka serangan terhadap Anwar itu akan dilakukan pihak tidak bertanggung jawab menjelang pilihan raya umum ke-13.

"Ini kerana, beliau (Anwar) yang kita Pakatan tonjolkan sebagai ketua umum dan bakal perdana menteri jika Pakatan berjaya membentuk kerajaan dalam PRU akan datang.

"Sejak 15 tahun lalu, beliau sudah jadi sasaran utama parti politik, penulis blog dan NGO yang tidak memihak kepada Pakatan untuk menyerang beliau antaranya isu Liwat I dan Liwat II, kemudian dikait dengan video seks bersama seorang wanita," katanya.

Anwar semalam menafikan tuduhan bahawa beliau merupakan pelaku dalam gambar yang diolah sebagai video tersebut.

"Ini fitnah jijik Umno menjelang pilihan raya," katanya.

 





--
Xstream-BOP


__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (4)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment