Sunday, March 24, 2013

RG2011... Anwar dalang pendedahan video Global Witness kata Taib Mahmud?

 

by Anak Sungai Derhaka


Seperti biasa yang diamalkan oleh pemimimpin UMNO/BN dan juga macai-macainya.. apa saja kesalahan yang berlaku dalam negara ini disebabkan oleh kegagalan pentadbiran mereka, semuanya diletakkan di bahu Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim..

Oleh itu Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak yang telah menggondolkan banyak hutan balak di Sarawak turut menyalahkan Anwar Ibrahim berikutan tersebarnya video yang membuktikan bahawa beliau menyalah gunakan kuasa oleh Global Witness baru-baru ini.

Ketika berucap merasmikan dewan serbaguna baharu Kampung Lintang, Petra Jaya berharga RM1 juta di Kuching sebentar tadi, Taib berkata rakyat yang cintakan negara tidak akan memburukkan negara sendiri, namun sebaliknya berlaku kepada pemimpin pembangkang itu.

Tan Sri Abdul Taib Mahmud menyalahkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu video dikeluarkan NGO antarabangsa Global Witness, yang mengaitkan ketua menteri Sarawak itu dan keluarganya dengan rasuah lesen pembalakan.

Taib dalam laporan Berita Minggu hari ini mendakwa Anwar dengan licik menggunakan hubungan dengan NGO antarabangsa bagi memburukkan kerajaan Sarawak di peringkat antarabangsa.

"Macam-macam isu ditimbulkan, isu berkenaan hutan Sarawak dikatakan semuanya gondol, tidak ada yang tinggal. Tetapi kita semua tahu ini semua tidak betul, apa sahaja BN buat tidak betul, beliau (Anwar) sahaja betul," katanya seperti dipetik dalam laporan itu.

Laporan itu juga menyebut, Taib meluangkan masa selama 25 minit ketika berucap kepada kira-kira 1,000 penduduk Kampung lintang di Petra Jaya, Sarawak, bagi mempertahankan dirinya yang didakwa menjadi mangsa fitnah video itu.

Menurutnya, Anwar sepatutnya mempertahankan Sarawak daripada "propaganda bohong" pada peringkat antarabangsa jika mahu berjuang bersama rakyat Sarawak.

"Saya nasihatkan Datuk Seri Anwar mengetahui apa yang benar berlaku di negeri ini dan beliau sepatutnya mempertahankan negeri ini yang dilanda banyak propaganda bohong pada peringkat antarabangsa berkenaan hutan. Jika beliau berbuat demikian baru kita percaya dia mahu berjuang untuk rakyat negeri ini," katanya ~ Malaysiakini

Popout: http://youtu.be/_1RRNggnM6A

 

Popout: http://youtu.be/NXC8mQdS0rA

 

 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment