Sunday, March 24, 2013

RG2011... Fw: Jangan Salah Pilih Pemimpin - Ust Azhar Idrus

 



Jangan Salah Pilih Pemimpin - Ust Azhar Idrus


Kota Bahru: Rakyat negeri ini dinasihatkan pilih pemimpin yang tepat untuk mendidik masyarakat dan menjadi pemangkin kepada pembentukan sahsiah jati diri yang berguna.

Penceramah tersohor, Ustaz Azhar Idrus berkata, pemilihan pemimpin yang tepat adalah sangat diperlukan dalam menentukan masa depan anak muda terutamanya di Kelantan.

"Kita perlu pilih hok molek (yang elok). Kalau memandu bas, kena guna pemandu yang tidak mabuk supaya perjalanan selamat sampai, kalau pakai pemandu yang mabuk, walaupun 40 penumpang itu sedang berzikir, berzanji, berselawat, perjalanan tetap tidak selamat sebab semuanya bergantung pada pemandu," katanya.

Ustaz Azhar berkata demikian pada Program Haflah Ilmu Anak Muda Kelate yang diadakan di Stadium Sultan Muhammad ke IV malam kelmarin. Moderator jemputan, Ustaz Syed Norhisyam Tuan Padang mengelola majlis tersebut yang berlangsung hampir empat jam dengan dihadiri lebih 50,000 rakyat negeri ini.

Turut memeriahkan majlis, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang hadir untuk solat maghrib berjemaah; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO, Datuk Abdul Fattah Mahmood, dan Timbalannya, Ustaz Latiff Abdul Rahman serta beberapa ahli exco kerajaan negeri yang lain.

Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Mohd.

Nassuruddin Daud turut menyampaikan kuliah maghrib sebelum majlis bermula.

Kata Ustaz Azhar Idrus, seseorang pemimpin akan menentukan sesebuah masyarakat, bukan orang lain, sama juga dengan masalah remaja sekarang, kalau di rumah, semuanya tanggungjawab ibu bapa, tetapi apabila selangkah mereka keluar dari rumah, semuanya adalah tanggungjawab kerajaan.

Perkara tersebut turut disokong Ustaz Haslin Bollywood yang berpendapat anak muda sekarang perlu memilih jalan yang betul untuk memastikan ilmu dunia dan akhirat dapat diseimbangkan.

"Kita mesti seimbangkan perkara tersebut, sebab itu saya menggunakan inisiatif memberi ilmu sambil berhibur sebab saya tahu anak muda memang tidak boleh lari dari hiburan.

"Apa yang penting, kita mesti seimbangkan perkara ini, dengan hiburan pelbagai perkara kita boleh lakukan, jangan hanya anggap hiburan itu sebagai satu perkara yang tidak elok, anak muda memang suka berhibur, maka carilah ilmu walau dalam apa cara sekalipun," katanya.

Kedua-dua panel tersebut juga turut berpendapat ibu bapa merupakan tunjang utama pembentukan anak-anak muda terutamanya pada zaman serba moden ini.

Dalam majlis yang sama, hadirin turut disajikan dengan tayangan video penderitaan rakyat syria dan Pelancaran Tabung Syria, Palestin dan Tabung Wira Lahad Datu serta pelancaran radio Wau.fm sebelum bual bicara dimulakan. -SH
 

comments:

Anonymous said...

Alhamdullillah !

Amuraria said...

alhamdulillah,Allahu Akhbar ! ABU jangan lupa kasi tukar semua penyamun & penyangak !

Anonymous said...

Kena tengok juga isteri pemimpin tu, jangan hanya takut kepada cicak tetapi yang penting takutkan Allah swt.

 

 

Undi UMNO masuk neraka - Ustaz Azhar Idrus

telokbakong.blogspot.
botaonline.blogspot.

UNDI MEMPUNYAI NILAI BESAR DALAM ISLAM

 

Seseorang mungkin menyangka bahawa apalah adanya kaitan antara undian yang diberikan kepada seseorang dalam pilihanraya dengan kedudukannya di hari akhirat.Pilihanraya urusan politik sedangkan agama urusan di masjid.Ini lah pemikiran sekular yang meresapi sebahagian umat Islam yang tidak di ajar tentang Islam yang tulen.

 

Sabda Nabi s.a.w.:
Maksudnya:
Adakalanya seorang hamba Allah mengucapkan sesuatu kalimah yang mendatangkan kemurkaan Allah padahal dia tidak terfikir,maka kerananya dia jatuh ke neraka jahannam
(Riwayat al-Bukhari)

 

Sabda baginda juga:
Maksudnya:
Adakalanya seorang hamba Allah mengucapkan satu kalimah yang menyebabkan dia tergelincir ke dalam neraka yang jaraknya dalamnya antara timur dan barat
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Sabda baginda juga:
Maksudnya:
Adakalanya seseorang kamu berucap dengan sesuatu kalimat yang di redhai Allah,padahal dia tidak menyangka ianya akan sampai ketahap sedemikian lalu dengannya Allah mencatatkan keredhaan untuknya sehingga hari dia bertemu Allah.Adakalanya seseorang kamu pula berucapdengan sesuatu kalimat yang dimurkai Allah,padahal dia tidak menyangka ianya akan sampai tahap sedemikian lalu dengannya Allah mencatatkan kemurkaan untuknya sehingga hari dia bertemu Allah.
(Riwayat Malik dalam al-Muwatta' dan al-Tirmizi,katanya hasan sahih)


Sufyan bin 'Uyainah menyebut: " Hadith ini bermaksud kalimah dihadapan pemerintah,kalimat yang pertama(yang diredhai Allah)ialah yang menghalang kezalimannya.Kalimat yang kedua(yang dimurkaiNya) ialah yang mendorongnya melakukan kezaliman"[7]


Sesungguhnya undi memainkan peranan yang sama dengan sepatah kalimat bahkan undi lebih besar dari sepatah kalimat yang membolehkan seseorang pemimpin meneruskan atau dihentikan kezalimannya.Dengan itu undi yang dilakukan oleh seseorang dalam negara demokrasi ini diperhitungkan Allah pada hari akhirat kelak.Hendaklah seseorang muslim membuat perhitungan yang betul dalam hal ini.

Video dan ringkasan dari : http://www.youtube.com/watch?v=DfW-P6ZROHs

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment