Saturday, March 23, 2013

RG2011... Rais Yatim dan 10 minit.

 

 Rais Yatim dan 10 minit.

Gatal kepala aku.

Bukan buat2 gatal. Tapi memang gatal pun. Tergaru2 aku bila dengar Rais Yatim cakap begini..

Semua parti politik akan diberikan peluang untuk membentangkan manifesto di tv.. ..

Yeahhhhhhhhhhhhhhh rais yatim terrrbaaaa...

Ia akan dirakamkan terlebih dahulu..

Hahh?

Rakaman.. ? Nak edit ke ?

Peluang sekaligus kepada semua parti yang bertanding BN dan PR..

Errrr jap..

Bukan ke hari2 selama ini BN memang berkempen di tv?

10 minit akan diberikan kepada wakil mereka..

SALAM JARI KAKI BUAT LUE.

Tapi PR tiada ROS.. bukan la parti berdaftar..

GO TO HELL RAIS YATIM.

Jadi kita akan bincang bagaimana.. mereka akan letakkan wakil masing2.. syarat2 lanjut akan dikemukakan selepas ini.. blablabla

PERGI MAMPOS.

Semalam aku layan RTM. Siyes. Tetiba aku rasa aku nak naikkan RATING RTM semalam so aku layan ah RTM. Padahal aku nak tengok apa si Rais Yatim tue membebel pasal mahasiswa yang dok beroccupy di RTM.

Tunggu punya tunggu, takde ah lama mana pun tetiba rais yatim keluar membebel perkara di atas. Macam neh punya syarat ko letak seolah2 ko tak ikhlas langsung. 10 minit? Bentang manifesto? 10 minit nak cover yang ringkas2 boleh lah.

PR tawarkan pendidikan percuma.

Nanti orang tak faham. Apa yang percuma nya? Macam bodoh je aku tengok tawaran PR neh.

PR tawarkan pengurangan cukai kenderaan.

Kurangkan cukai kereta? Tak bankrupt ke negara? Satu lagi idea bodoh dari PR.

Takan nak citer bab tajuk je? Kena la juga buat perincian dan penerangan serba sedikit macam mana nak laksanakan hal tersebut. 

Kenapa aku petik komen2 negatif je? Pasal komen2 positif = penyokong pr = orang yang dah terdedah dengan info. Dorang reti nak semak, cari, kaji, baca dan analisis ma.

Sudah tentulah pembentangan manifesto di RTM adalah untuk mereka2 yang bukan sokong PR. Ini la target kita. Apa barang nak kempen kat orang yang dah sah2 undi PR. Kenala kempen kat orang yang belum mahu sokong dan undi PR ma.

Dengan masa 10 minit, untuk buat ringkasan semua pelan dan cadangan tidak cukup. Pasal RTM dan semua media perdana hari2 mainkan cerita2 tak benar tentang manifesto PR.

Bagi la sejam paling kurang pun.

Itupun rakaman. Silap2 rakam punya rakam dia tak siar. Itu lagi sohai bhai. Macam isu TGHH hari tue.

Then dia cakap peluang sama rata untuk BN dan PR. Kesohaian apa ini? 

Hari2 BN memang berkempen di tv pun. Tak payah nak bentang manifesto bagai. Dah memang muka2 korang je tercongok depan tv pongpangpongpang..

Aku pun dah naik jemu. Cuba sesekali masuk muka aku plak pongpang2 depan tv tue ke. Muka sesiapa ah. Dok pongpang2 kutuk kerajaan bn ke. Lagi best apa. Menarik gak nak tengok berita.

Dan paling tak boleh blah itu pun ada syarat2 susulan lagi tu. Jangan2 ada sesetengah pemimpin PR tak dibenarkan muncul di tv. Mana nak tahu kan. RAIS YATIM neh kan menteri tah hapa2. Tak aneh dia akan luluskan syarat yang tah hapa2 juga.

Bagaimanapun, kalau sungguh la 10 minit neh masa yang PR dapat, mohon korang gunakan sedikit strategi dalam memanfaatkan tawaran ini. Macam yang rais yatim kata.. dia pun tak sanggup nak menyebut nama [pakatan rakyat] .. haktuih punya rais yatim.. macam la perkataan tue perkataan mencarut.. 

Jadi korang pecahkan je coalition korang. Dari 10 minit grab la beberapa minit tambahan. Muncul as different parties beb. PKR bawa beberapa point. PAS bawa beberapa point. DAP bawa beberapa point. PSM bawa beberapa point. Yang dari sabah dan sarawak pun bawa beberapa point. 

Korang bukan under ROS ma.

So boleh la muncul mewakili parti masing2.

Lebih dari 10 minit tu. Pecahkan tajuk ikut kepentingan dan keutamaan parti masing2. Gunakan ini untuk kempen habis-habisan di tv.

Kalau rais yatim mungkir janji kita boleh ejek dia ramai2. Janji tak ditepati. Hak tuih. Oke? Bai.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment