Tuesday, June 25, 2013

RG2011... PASAR LOKEN IPOH :PASAR KARAT

 



Posted by thatsofarah on 26 Apr 2013 / 2 Comments
 



Pasar Loken_11

Antara pasar karat wajib dilawati di Malaysia adalah pasar Loke Kin, lebih dikenali sebagai Pasar Loken di tengah-tengah bandaraya Ipoh. Buat yang masih tidak mengetahui maksud pasar karat ni, pasar karat adalah pasar pagi yang menjual pelbagai barangan terutamanya barang-barang antik lagi klasik. Sebelum ke Pasar Loken ni, saya dah ke Pasar Karat Rope Walk Penang. So dah ada gambaran lah apa sebenarnya Pasar Karat ni. Hasrat memang dah lama saya simpan nak pergi Pasar Loken, cumanya bila balik dari Kulim ke KL dan KL ke Kulim, selalunya perjalanannya malam.

Pasar Loken ni pula hanya buka pada setiap hari Ahad di Jalan Horley. Bermula dari pukul 7pagi ke 1ptg. So sila rancang perjalanan anda. Kenapa Pasar Loken? Mesti ramai yang tertanya-tanya. Ipoh Loken atau Pasar Loken pada asalnya terletak di Jalan Lam Loo King. Jadi disingkatkan nama kepada Loken.

Pagi fam trip yang terakhir tu, kami ada briefing tentang room inspection di Kinta Riverfront Hotel and Suite pada pukul 10pg. Mengikut kata Hj Shamsul (otai gayatravel), Pasar Loken hanyalah 5 minit perjalanan dari Kinta Riverfront Hotel and Suite. Kesempatan yang ada tu diambil untuk ke Pasar Loken.

Pencarian pun bermula. Kami ke reception dulu bertanya arah. Dah la masa suntuk, kalau sombong tak nak tanya takut tak sampai je Pasar Loken. Mula-mula kami jalan, lalu kawasan orang jual-jual baju baru dan juga bundle. Dah rasa macam kena game.

MEE RENDANG TOK DI PASAR LOKEN, IPOH

Dalam 10minit kemudian, kami singgah beli lemang dan rendang tok sebab saya yang kuat makan ni teringin mengalahkan orang mengidam nak makan rendang tok. Since dah janji dengan pakcik lemang nak promote, rendang tok dia memang the best in town lah. Orang singgah sentiasa dekat stall dia nak beli rendang tok.

Mee Rendang Tok

Mee Rendang Tok_2

Mee Rendang Tok_3

(Packing macam AgroMas ni sesuai sangat kalau nak bawa pergi backpacking ke negara-negara yang susah nak cari makanan halal)

Mee Rendang Tok
K221, Kampung Pasir Putih,
 31650 Ipoh Perak. 
Tel En. Azmi : 016- 519 5744

Lepas beli dan beramah mesra dengan pakcik rendang, kami pun sampai lah di pintu gerbang Memory Lane. Nama glamour Pasar Loken adalah Memory Lane (Loke Kin). Malang sekali sebab terlalu excited lupa nak tangkap gambar Memory Lane.

THE OLDIES OF PASAR LOKEN

Apa sahaja yang kita cari semua ada.

Pasar Loken

Pasar Loken_7

Pasar Loken_9

Pasar Loken_8

Pasar Loken_5

Pasar Loken_4

Pasar Loken_3

Pasar Loken_2

Termasuk pakcik-pakcik yang luar biasa mesra di Ipoh. Siap posing lagi.

Pasar Loken_1

Pasar Loken Uncle

Look, a walkman. The exact same one bought by my father when I was in primary school. Those days, mana ada MP3 or Ipod.

Pasar Loken_6

Orang-orang Ipoh pun mmg best. Tengok kami berkamera, ramai yang minta gambarnya ditangkap.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment