Tuesday, June 25, 2013

RG2011... Fw: Hujan Rahmat Turun Berkat Doa Alim Ulamak

 



KEADAAN JEREBU DI MALAYSIA KINI MULA REDA | Hujan Rahmat Mula Turun Berkat Doa Minta Hujan Alim Ulamak


Sudah seminggu negara kita dilanda jerebu, kita bimbang dengan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang kian buruk melanda Selatan tanah air kita dan merebak terus ke Ibu Kota sehinggakan semalam sekolah-sekolah di sekitar Ibu Negara, Putrajaya dan Selangor ditutup.

Jerebu di Malaysia bukan perkara yang janggal, boleh dikatakan saban tahun jerebu melanda ,cuma mungkin tahun ini yang terhebat. Dengan udara panas kering dan berangin mencepatkan lagi jerebu ini merebak.

Jerebu yang dikesan bermula daripada pembakaran hutan semulajadi yang berlaku di negara jiran kita, Indonesia, telah mencetuskan fenomena kurang sihat kepada kita.


Sehinggakan Menteri Belia dan Sukan, Saudara Khairi Jamaluddin, melalui sayap pemuda partinya telah menghantar memorandum bantahan ke Kedutaan Indonesia mengenai masalah jerebu ini.

"Antara lain kami telah minta mereka bertindak dengan lebih berkesan menangani masalah ini. Saya rasa amat tidak wajar pihak pemerintah Indonesia hanya menuding jari kepada orang lain. Contoh, mereka menuduh syarikat-syarikat Malaysia yang terlibat sebagai pemilik kepada ladang-ladang yang sedang dibakar. Pertama, tuduhan itu dibuat tanpa bukti. 

Malah ada syarikat-syarikat kita yang telah menafikan tuduhan tersebut. Kedua, kalau pun betul syarikat Malaysia terlibat, DO SOMETHING ABOUT IT. Jangan cakap sahaja. Mereka melakukan kesalahan di Indonesia. Kuatkuasakan undang-undang anda! Kami rakyat Malaysia tidak akan simpati dengan syarikat Malaysia sekiranya mereka salah dan pemerintah Indonesia mengambil tindakan terhadapnya. Yang penting kita mahu semangat kejiranan ASEAN diterjemahkan sekarang dalam bentuk kerjasama dan tindakan yang efektif ".

Hari ini, Presiden Indonesia telah pun memohon maaf kepada Malaysia di atas kenyataan tersebut.

Hari ini, Alhamdulillah, Allah telah menurunkan hujan kepada kita, dengan makbulnya doa-doa ulamak dan saudara-saudara kita yang solat Istisqa (Solat Mohon Hujan), Alhamdulillah semua beroleh rahmat.

Namun sejauh mana dalam seminggu ini kita menghayati fenomena ini dalam kaca mata kita sebagai hamba Allah.

Jerebu ini mungkin dilihat sebagai bala mahupun ujian kepada sesiapa yang berfikir. Ianya ujian Allah untuk hambanya mengingati penciptanya.

Seandainya Allah turunkan hujan tanpa henti selama seminggu ini, apakah ianya lebih baik daripada Allah kurniakan jerebu kepada kita.

Fikirlah apakah ini amaran Allah kepada hambanya, kepada para pemerintah, pimpinlah rakyatmu ke arah taqwa kepada Allah. Kepada ibu bapa, pimpinlah anakmu ke arah taqwa, kepada dirimu sendiri, pimpinlah ke arah taqwa kepada Allah.-TA

(DOA MINTA HUJAN)

- اَللَّهُمَّ أَسْقِنَا غَيْثًا مُغِيْثًا مَرِيْئًا مَرِيْعًا، نَافِعًا غَيْرَ ضَارٍّ، عَاجِلاً غَيْرَ آجِلٍ.

"Ya Allah! Berilah kami hujan yang merata, menyegarkan tubuh dan menyuburkan tanaman, bermanfaat, tidak membahayakan. Kami mohon hujan secepatnya, tidak ditunda-tunda." 

- اَللَّهُمَّ أَغِثْنَا، اَللَّهُمَّ أَغِثْنَا، اَللَّهُمَّ أَغِثْنَا.

"Ya Allah! Berilah kami hujan. Ya Allah, turunkan hujan pada kami. Ya Allah! Hujanilah kami," 

- اَللَّهُمَّ اسْقِ عِبَادَكَ وَبَهَائِمَكَ، وَانْشُرْ رَحْمَتَكَ، وَأَحْيِي بَلَدَكَ الْمَيِّتَ.

"Ya Allah! Berilah hujan kepada hamba-hambaMu, ternak-ternakMu, berilah rahmatMu dengan merata, dan suburkan tanahMu yang tandus."

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment