Monday, June 24, 2013

RG2011... Fw: remaja Islam sertai parti buih

 



 

[PESTA BUIH] 47 remaja Islam ditahan sertai parti buih

malaysiaberih.blogspot
 
SEBAHAGIAN daripada remaja Islam lelaki dan perempuan yang asyik mandi buih di sebuah restoran di Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur, malam semalam.
 
KUALA LUMPUR 22 Jun - Seramai 47 remaja Islam termasuk tiga pelajar tingkatan lima ditahan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) ketika asyik berhibur dalam parti mandi buih di sebuah restoran di Jalan Yap Kwan Seng di sini malam tadi.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Jawi, Wan Jaafar Wan Ahmad berkata, dalam serbuan kira-kira pukul 12.30 tengah malam itu, pihaknya menahan seramai 38 lelaki dan sembilan perempuan yang berusia lingkungan 17 ke 30 tahun.

 

Menurutnya, tiga daripada remaja perempuan terbabit berusia 17 tahun dan masih bersekolah.

"Ketika serbuan dilakukan kesemua mereka sedang menari sambil mandi buih dengan berpakaian seksi," katanya ketika ditemui selepas operasi yang turut disertai oleh anggota Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Menurut Wan Jaafar, setiap pelanggan yang menyertai pesta itu dikenakan bayaran sebanyak RM40 seorang.

Beliau berkata, pihaknya melakukan intipan di restoran berkenaan setelah mendapat maklumat daripada orang awam mengenai kegiatan maksiat itu.

"Hasil siasatan mendapati restoran ini mempunyai lesen perniagaan yang sah dan mengadakan pesta seperti ini pada masa-masa tertentu sahaja," ujarnya.

Menurut beliau, kesemua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 29 dan Seksyen 35 Akta Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan.

"Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Jawi untuk siasatan lanjut," ujarnya.
 
 
  • pelajar sekolah, 
  • pasangan gay dan kekasih 
  • dan beberapa individu dipercayai selebriti beragama Islam.
Pengarah Kanan Penguatkuasa JAWI Wan Jaafar Wan Ahmad berkata, ketika serbuan, mereka asyik berpesta dan menari sambil mandi buih dengan berpakaian menjolok mata.

Menurutnya, hasil pemeriksaan 38 lelaki dan sembilan wanita berusia 17 hingga 30 tahun ditahan.

"Serbuan dengan kerjasama polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu turut menahan dua pemilik premis berkenaan yang bersubahat menggalakkan maksiat bagi membantu siasatan.
"Kami terlebih dulu membuat risikan selama 13 jam sebelum serbuan dijalankan dan mendapati premis terbabit dikunjungi ramai pengunjung beragama Islam," katanya.

Wan Jaafar berkata, pihaknya kecewa sejurus mendapati tiga pelajar sekolah turut terbabit dengan pesta buih yang bercampur lelaki dan perempuan.

"Kebanyakan mereka ditahan mengikut Seksyen 35 kerana menggalakkan maksiat dan ada pengunjung disiasat mengikut Seksyen 29 kerana berkelakuan kurang sopan.
"Mereka yang disabitkan kesalahan berkelakuan kurang sopan boleh didenda RM1,000 manakala Seksyen 35 boleh membawa hukuman denda RM3,000 atau penjara enam bulan," katanya.

Beliau berkata, mandi-manda tidak menjadi masalah, namun pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan dengan berpakaian menjolok mata salah di sisi agama. Difahamkan, ketika serbuan beberapa selebriti dalam perjalanan ke premis terbabit, namun sejurus mengetahui operasi sedang dijalankan mereka berpatah balik.

Menurut sumber, pesta itu dianjurkan secara tertutup kepada kenalan dan pengunjung tetap yang mempunyai tiket khas.

"Pesta ini dianjurkan setahun dua kali iaitu pada Jun dan Disember," katanya.
(myMetro)
Sebahagian daripada pengunjung-pengunjung yang ditahan dalam serbuan terhadap satu pesta buih yang diadakan di Jalan Yap Kuan Seng, Kuala Lumpur

SEBAHAGIAN daripada remaja Islam lelaki dan perempuan yang asyik mandi buih di sebuah restoran di Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment