Solat sunat dua rakaat sebelum solat fardhu Subuh dikenali sebagai Solat Fajar atau Solat Qabliyah Subuh atau Solat Sunat Subuh.
Ia dikerjakan selepas azan Subuh dan sebelum solat fardhu Subuh.
Nabi SAW bersabda, "Solat fajar 2 rakaat lebih baik dari dunia dan segala isinya." (HR. Muslim)
Nabi SAW bersabda, "Dua rakaat solat fajar lebih aku cintai daripada dunia seluruhnya." (HR. Muslim)
Dari Aisyah ra. bahawa beliau berkata, "Tiada solat sunat yang paling Rasulullah SAW menjaganya melebihi dua rakaat solat fajar." (HR. Muslim)
"Sesungguhnya Rasulullah SAW membaca ketika solat fajar, surah Al-Kafirun dan surah Al-Ikhlas." (HR. Muslim)
Nota tambahan:
1. Lafaz & Niat (antaranya) : Usolli sunnatan-Fajri rok'ataini lillahi Ta'ala
Maksud: Sahaja aku solat sunat fajar dua raka`at kerana Allah Ta`ala
2. Doa khusus utk solat ini: "Wahai yg hidup selama-lamanya, Wahai yg mempunyai kebesaran dan kemuliaan, aku memohon kepada Mu supaya mghidupkan hatiku dgn nur ma'arifatMu, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah yg menghidupkan yg mati, Wahai Yg Maha Pemurah dan Maha Penyayang."
Moga ada manfaat.
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (2) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment