Thursday, August 1, 2013

RG2011... Ditipu Penganjur, Peserta World Art Games Tuntut RM3K!

 

Ditipu Penganjur, Peserta World Art Games Tuntut RM3K!

Tweet


KUALA LUMPUR, 31 JULAI 2013: Pada awal bulan ini di ruangan gosip murai.com.my ada menyiarkan kisah lebih 100 individu ditipu penganjur World Art Games Malaysia Association yang juga merupakan satu pertubuhan yang diwujudkan untuk membawa para peserta ke festival seni World Art Games yang kali ini berlangsung di Croatia bermula 29 Jun hingga 10 Julai lalu.

Individu yang terdiri daripada pemuzik jalanan, penyanyi, penari dan ramai penggiat seni telah bersetuju untuk menyertai festival seni tersebut dan telah dijanjikan imbuhan RM 5,000 setiap seorang. Sehingga ke hari ini, imbuhan yang dijanjikan tidak ada, penyertaan mereka dibatalkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan masa selama dua bulan yang digunakan untuk membuat persiapan terbuang begitu sahaja.

Menamakan wakil daripada penganjur, Wady Hamdan yang turut didakwa 'kaki kencing' oleh para peserta, sebilangan daripada mereka telah membuat laporan polis mengenai perkara ini dan Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) bertindak memainkan peranannya membela nasib golongan ini.

"Apa yang kami mahu sekarang adalah pihak penganjur harus tampil dan bertanggungjawab atas perkara yang telah berlaku. Selama dua bulan kami berlatih, tanpa sebarang imbuhan seperti mana yang ditawarkan dan pada hari sepatutnya berlepas ke Croatia, kami tidak dibenarkan menaiki pesawat kerana tiada pembayaran penuh dibuat keatas tiket semua peserta.

"Hanya 6 orang sahaja wakil yang pergi kesana (Croatia) tetapi Wady Hamdan tidak termasuk di dalam rombongan tersebut. Pihak World Art Games di sana juga khabarnya terpaksa membuat pelbagai pertukaran dan mengalami masalah apabila rombongan yang sepatutnya 165 orang telah bertukar kepada 6 orang sahaja.

"Berbalik kepada tujuan kami pada hari ini mengadakan sidang akhbar adalah untuk menuntut hak kami dengan membayar gantirugi setelah 2 bulan berlatih dan berhempas pulas untuk mewakili negara. Tuntutan yang dirasakan munasabah iaitu sebanyak RM 3,000 untuk dua bulan yang sia-sia,"ujar Mahathir Abdul Rahim, bekas setiausaha Malaysian Youth Buskers Club (MYBC) yang mewakili para peserta World Art Games yang terkandas dan kesal setelah ditipu.

Sidang media khas anjuran Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) Turut hadir Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez yang cuba memainkan peranan membela nasib pemuzik-pemuzik tersebut yang telah diadakan di Plaza Damansara, di sini, Selasa.

 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment