Rai Aidilfitri ikut landasan syariat
BERJALAN kaki menuju ke tempat solat sunat Aidilfitri merupakan satu lagi perkara sunat yang menjadi amalan Rasulullah. - Gambar hiasan
ALHAMDULILLAH syukur kepada Allah SWT serta selawat dan salam buat Nabi Muhammad SAW atas kesempatan umur sehingga kita dapat berada pada penghujung Ramadan yang mulia ini.
Terasa pantas Ramadan berlalu meninggalkan kita. Namun realitinya, Ramadan kali ini pantas pergi seolah-olah seorang tetamu yang segera berkemas pulang kerana tuan rumah tidak meraikan kehadirannya.
Dalam kesedihan untuk meninggalkan Ramadan, janganlah kita leka dan lupa tentang ketibaan bulan Syawal yang Allah hadiahkan sebagai tanda kemenangan setelah sebulan berperang melawan nafsu.
Berikut ialah cara meraikan Aidilfitri mengikut syariat dan sunah Rasulullah.
* Bertakbir
Bertakbir pada tarikh 1 Syawal bersempena Aidilfitri merupakan suatu amalan yang disyariatkan. Ia bermula ketika terlihatnya hilal (anak bulan) dan berakhir setelah selesainya kemuncak hari raya, iaitu ketika imam selesai berkhutbah selepas solat sunat Aidilfitri.
* Ucapan Selamat Hari Raya
Menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.
Namun, apa yang lebih bertepatan dengan amalan para salafussoleh dalam meneladani sunah Nabi sebagaimana yang diceritakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani yang dinukilkan daripada Jubair bin Nufair katanya:
"Apabila para sahabat Rasulullah bertemu pada hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain 'taqabbalallahu minna waminka' (semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu). - Fath al-Bari, al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani, Jilid 5, muka surat 270-271. Hadis hasan.
BERTAKBIR pada 1 Syawal ialah amalan yang disyariatkan. - Gambar hiasan
* Meneruskan qiamulail
Jika sepanjang bulan Ramadan kita bersungguh-sungguh menghidupkan malam dengan pelbagai ibadah terutamanya solat tarawih, ia seharusnya diteruskan pada hari-hari berikutnya dengan mengerjakan solat tahajud.
* Mandi sunat hari raya
Disunatkan mandi pada pagi hari raya sebagaimana tatacara mandi wajib, iaitu sebelum berangkat ke masjid.
Ali bin Abi Thalib pernah ditanya mengenai mandi sunat. Adakah boleh mandi sunat setiap hari? Beliau menjawab:
"Tidak harus melakukannya. Namun, mandi yang diharuskan ialah mandi sunat pada hari Jumaat, hari Arafah, Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha." - Imam Syafie dalam Musnad al-Syafi'i, Jilid 1, muka surat 118-119.
* Makan sebelum solat Aidilfitri
Disunatkan kaum Muslimin menjamah makanan sebelum berangkat menunaikan solat Aidilfitri. Perbuatan ini bertujuan menutup segala andaian bahawa dibenarkan berpuasa pada hari raya.
* Memakai pakaian yang indah
Disunatkan kaum Muslimin menghias diri dengan pakaian yang indah-indah pada hari raya.
Imam Syafie berkata: "Aku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik yang dimilikinya pada hari-hari raya, iaitu hari Jumaat, dua hari raya (Aidiladha dan Aidilfitri) dan tempat diadakan majlis (seperti majlis perkahwinan). Dia hendaklah memakai baju yang bersih dan memakai wangi-wangian." - Ringkasan Al-Umm, Jilid 1, muka surat 327.
* Berjalan kaki ke tempat solat
Umat Islam dianjurkan berjalan kaki menuju ke tempat solat Aidilfitri jika tidak keberatan.
Ali Abi Thalib berkata:
"Termasuk sunah, iaitu engkau berjalan kaki menuju ke tempat solat hari raya dan memakan sesuatu sebelum berangkat." - Hadis riwayat Tirmizi.
* Tempat solat hari raya
Sunat mengerjakan solat hari raya di kawasan lapang atau musolla (tempat terbuka seperti padang sehingga khatib dapat melihat semua hadirin) merupakan satu amalan yang jarang dilakukan di Malaysia melainkan beberapa kelompok kecil yang benar-benar kuat berpegang kepada sunah Nabi. Apakah musolla itu berbeza dengan masjid?
Abu Said al-Khudri RA berkata:
"Pada hari Aidilfitri dan Aidiladha, Rasulullah keluar menuju ke musolla. Ketika itu, perkara pertama yang dilakukan oleh baginda ialah mengerjakan solat hari raya (tanpa ada sebarang solat sunat lain)." - Hadis riwayat Bukhari.
TIDAK salah untuk bergembira pada hari raya asalkan tidak keterlaluan dan menyalahi syariat.- Gambar hiasan
* Mengerjakan solat Aidilfitri
Antara syiar yang paling utama dalam menyambut Aidilfitri ialah solat Aidilfitri sebanyak dua rakaat.
Ibn Abbas berkata:
"Rasulullah telah keluar pada Hari Raya Aidilfitri kemudian terus mengerjakan solat hari raya sebanyak dua rakaat. Baginda tidak melakukan sebarang solat sebelumnya dan sesudahnya." - Hadis riwayat Bukhari.
* Bergembira pada hari raya
Islam ialah agama yang begitu praktikal lagi munasabah. Setelah sebulan umat Islam memberi tumpuan sepenuhnya untuk beribadah kepada Allah, maka kini tiba masanya untuk menyambut kejayaan itu dengan kegembiraan dan kemeriahan.
* Mengerjakan puasa sunat enam hari pada bulan Syawal
Sabda Rasulullah:
"Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan lalu diiringi dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun." - Hadis riwayat Muslim.
Demikianlah keutamaan puasa sunat enam hari pada bulan Syawal. Cara yang paling afdal untuk melaksanakannya adalah memulakan berpuasa sesudah hari raya Aidilfitri secara berturut-turut (bermula pada 2 Syawal) sebagaimana yang ditetapkan oleh para ulama.
Dalam pada itu, dalam kemeriahan Syawal, janganlah kita leka bergembira sehingga lupa beramal ibadah dan tidak lagi solat berjemaah di masjid atau surau.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0802&pub=Kosmo&sec=Pesona&pg=ps_03.htm#ixzz2alJwwKCr
Hakcipta terpelihara
----------------------------
Penerangan ini (termasuk lampiran apa sahaja) cuma untuk siapa sahaja yang dimaksudkan. Penerangan ini mungkin mengandung bahan-bahan rahsia dan / atau maklumat perniagaan rahsia kepunyaan Mattel. Kalau anda bukan penerima yang dimaksudkan, anda tidak seharusnya menduplikat, mengirim atau menggunakan maklumat ini untuk maksud apa sahaja, dan anda harus segera menghapuskannya dan memberitahu adanya kepada pengirim.
This message (including any attachments) is only for the use of the person(s) for whom it is intended. It may contain Mattel confidential and/or trade secret information. If you are not the intended recipient, you should not copy, distribute or use this information for any purpose, and you should delete this message and inform the sender immediately.
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment