Friday, August 2, 2013

RG2011... Fwd: IniKalilah™

 


TERGEMPAR!! Gambar Kubur Sahabat Nabi Digali Pemberontak. [SAKSIKAN...]

Posted: 02 Aug 2013 07:50 AM PDT

Assalamualaikum dan salam Ramadhan.. IniKalilah mendapat berita tergempar yang kubur sahabat nabi digali pemberontak.. 


http://i.imgur.com/gPSrZVC.jpgSekumpulan pemberontak telah bertindak menggali semula kubur sahabat Nabi SAW, Hujr Ibnu Adi di Adra, Damsyik. 
Dilaporkan, kumpulan tersebut bukan setakat menggali, malah membawa jenazah yang masih utuh ke satu tempat yang belum dapat dikesan hingga sekarang.
Perbuatan tersebut menimbulkan kemarahan para ulama dari pelbagai mazhab.
Hujr Ibnu Adi merupakan salah seorang sahabat Nabi SAW, pernah memimpin pasukan Islam dalam satu peperangan penting hingga mencapai kemenangan.
Hujr juga terkenal sebagai seorang yang mengajar anak dan keluarganya agar ikhlas berjuang ke jalan Allah dan Rasulnya.
Sumber: Pengempaq

RAFIZI BONGKAR LAGI!! Pasal Rasuah RM30 Juta Felda Ke? [Saksikan...]

Posted: 02 Aug 2013 02:30 AM PDT

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli (gambar) mahu pemimpin tertinggi negara juga wajar dipersalahkan dalam penyelewengan syarikat usahasama Felda berjumlah RM30 juta, mendakwa kerajaan cuai dan tidak teliti sebagai punca ia berlaku.
 
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mendakwa dua individu, Ketua Pegawai Eksekutif KPFQ  Foods Sdn Bhd, Datuk Sarchu Sawal dikatakan menyalahgunakan RM16.9 juta sementara Pengarah KPFQ, Datuk Tan Han Kook melesapkan RM13.1 juta.
"Saya menggesa supaya siasatan terhadap kes ini tidak dihadkan semata-mata kepada kesalahan dan penyelewengan yang melibatkan kepimpinan KPFQ Sdn Bhd.
KPFQ Foods Sdn Bhd adalah syarikat usahama (joint venture) di antara Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPFMB) dan Silver Bird Group Berhad (SBGB) yang ditubuhkan khusus untuk menjadi ejen pemasaran bagi barang makanan dan pertanian dari rancangan Felda di seluruh negara.

KPFQ diilhamkan melalui projek Gedung Makanan Negara yang dilancarkan oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak oada 3 September 2009.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga mengumumkan projek Gedung Makanan Negara akan membabitkan pelaburan sebanyak RM750 juta oleh Felda dalam tempoh 10 tahun.

"Oleh yang demikian, kes penyelewengan dana melibatkan KPFQ Foods Sdn Bhd perlu diteliti dalam konteks pentadbiran korporat dan tata kelola yang lebih besar.

"Tambahan lagi, akhir-akhir ini banyak dana rakyat digunakan untuk membiayai projek usahasama di antara agensi kerajaan dan swasta," katanya.

Paling membimbangkan Rafizi adalah kes ini mempunyai pertalian dengan Silver Bird Group Berhad (SBGB) iaitu pemegang saham terbesar dalam SBGB adalah Tabung Haji dan Tan Sri Vincent Tan.

"Ini menunjukkan bahawa SBGB adalah sebuah syarikat perniagaan yang ada hubungan yang baik dengan kerajaan," katanya.

Rafizi mendakwa, kes ini adalah salah satu lagi kes wang rakyat disalahguna, mempunyai persamaan dengan skandal penternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

"Adalah amat memalukan apabila penyelewengan terkini  membabitkan dana dan kebajikan peneroka Felda, bila mana penyelewengan NFC sebelum ini  berkaitan kebajikan penternak miskin," katanya.

SPRM memulakan siasatan berikutan projek itu gagal dimulakan di sebalik `10 juta ringgit' dimasukkan oleh bank dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Menurut penyiasat yang hadir di mahkamah semalam, Sarchu dan Tan menandatangani 47 banker's acceptance, kemudahan terpantas menyalurkan wang, ke dalam syarikat.

Kedua-dua tertuduh dikatakan menyewa syarikat untuk membekalkan makanan di bawah Projek Bekalan Makanan Nasional.- 2 Ogos, 2013. - TMI

BERITA TERGEMPAR!!! Benarkah Pas Diambang Perpecahan? [BACALAH...]

Posted: 02 Aug 2013 01:02 AM PDT

RAMAI yang bertanya kepada saya, benarkah Pas sedang menghadapi krisis kepimpinan yang serius?

Ada kelompok kepimpinan, kem-kem tertentu, diresapi fahaman Islam Liberal, menganut ajaran Syiah dan lain-lain.

Saya mula-mula berjinak dengan Pas sejak tahun 1985 dan secara rasmi sebagai ahli tahun 1986.

Bermula sebagai ahli biasa yang menampal poster, pasang bendera, kutip derma masa ceramah, kawal lalu lintas dan berbagai tugasan yang diamanahkan.

Dari ahli biasa, meniti hirarki kepimpinan sampai pada waktu ini dan bergaul dengan macam-macam jenis manusia melalui program pentarbiahan dan dalaman parti; hingga percampuran dengan masyarakat di luar.

Latar belakang ahli tentulah berbeza. Ada yang dulunya Umno, Al-Arqam, Tabligh, Jim, Abim; hingga kepada penganut Tareqat dan sesetengahnya beramal dengan ajaran yang 'pelik-pelik' yang diwarisi sebelum menyertai Pas.

Alhamdulillah, manhaj tarbiah yang dipelolehi dari Pas atas nama Usrah, Tamrin, Kuliah dan lain-lain dapat menyelaraskan Wehdatul Fiqh dan Wehdatul Amal.

Namun, bezanya dalam Pas ialah keterbukaannya. Sama ada pandangan pimpinan sendiri yang dinukilkan dalam buku-buku yang diterbitkan seperti Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Abdul Hadi, Ustaz Fadhil Nor, Yusof Rawa, Ustaz Yahya Osman (sekadar beberapa nama) atau Tokoh Gerakan Islam luar, antaranya Yusof Qardhawi, Syed Qutb, Hassan Al Banna dan lain-lain, ianya dijadikan sandaran ilmu dalam memperkasa jamaah.

Khususnya dasar perjuangan Pas yang bersesuaian dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia.

Dalam tempoh lebih 25 tahun bersama Pas, hari ini, Pas telah berada di landasan yang terbaik.

Berkembang dengan pesat, organisasi yang kian tersusun dan tentunya jumlah ahli dan penyokong jutaan orang.

Saya melaluinya sendiri dari zaman Yusof Rawa hingga ke era Tuan Guru Hadi.

Ahli Pas bebas memberi pandangan dan mengkritik parti menerusi program dalaman, penulisan; hatta mesyuarat parti hingga ke Muktamar Tahunan Pas.

Seperti mana Ketua Cawangan Pas ditegur dalam mesyuarat hinggalah Presiden Pas pun turut di kritik dan di nasihati oleh AJK Pas Pusat dalam mesyuarat bulanannya.

Selain AJK Pas Pusat, saya juga adalah anggota Lajnah Politik Pas Pusat dan berbagai jawatankuasa lain yang ditubuhkan oleh parti.

Ahli mesyuarat bebas memberikan pandangan berasaskan tahap intelektual masing-masing.

Kehebatan berhujah adalah keistimewaan yang dimiliki termasuk Pesuruhjaya negeri-negeri.

Presiden Pas selaku Pengerusi mesyuarat sangat terbuka dalam meraikan semua pandangan.

Presiden parti tidak menggunakan kuasa Veto, akur keputusan bersama.

Saya merasai detik-detik mendebarkan dan perbincangan hangat tatkala memutuskan kedudukan Datuk Dr Hassan Ali, polemik Kedah dan isu kerusi Kota Damansara.

Namun, bagaimana panas sekalipun, ia tetap dalam ruang lingkup akhlak.

Maknanya, tidak benar jika ada yang menuduh sesetengah AJK Pas Pusat bersikap kurang ajar dan tidak wala' dengan keputusan mesyuarat.

Justeru, tidak benar, hanya perbezaan pandangan dan kritikan tajam dianggap berpecah.

Pimpinan Pas kekal mantap dan dihormati kawan dan lawan.

Kebiasaannya mesyuarat dimulakan dengan usrah, selesai mesyuarat yang kadangkala berlarutan lebih lima jam; kami makan bersama dalam suasana santai dan penuh mesra.

Apa yang didebatkan dalam mesyuarat meskipun berbeza pandangannya, menjadi keputusan yang mesti dipatuhi.

Semangat syura yang hidup dan segar, menjadi rahsia kekuatan Pas hari ini.

Adalah tidak benar apabila muncul tuduhan-tuduhan dalam Facebook, blog dan lain-lain, kononnya ada berbagai puak dalam parti, dakwaan tidak wala'; apatah lagi tuduhan sesetengah pimpinan menganut fahaman tertentu.

Jika ada aduan resmi, maka Jawatankuasa Disiplin Pas akan bicarakan dengan adil.

Sejarah pemecatan ahli dalam parti akibat kesalahan tertentu, ada dan jelas.

Saya tegaskan hal ini sebagai gambaran bahwa Pas sebenarnya sebuah parti dan gerakan Islam yg mantap dan tentulah cabaran mengurus organisasinya bukan mudah.

Hakikatnya, Pas lebih mantap dari Umno dan parti-parti lain di Malaysia. Meskipun bersikap terbuka, tapi ada peraturannya; kritiklah, tapi jangan membuat fitnah.

Melabel pemimpin tertentu hingga timbul cakap-cakap untuk jatuhkan seseorang yang tidak sehaluan adalah hak perwakilan.

Tetapi adalah menyedihkan, jika tokoh yang mahu ditolak itu adalah berdasarkan emosi semata-mata, marah atau sebab-sebab yang tidak jelas.

Lebih malang, kalau tokoh itu sangat menyerlah, ada wibawa; tapi tidak disenangi kerana kelantangannya.

Kita sayang pada Pas, jamaah yang kita sertai berasaskan kefahaman dan kesedaran kita, daripada menuding jari dan melabel orang, lebih baik tumpukan pada tanggungjawab yang diamanahkan.

Tidak cukup masa kita untuk cari salah orang lain, kalau kita sibuk dengan urusan perjuangan!

Kita sebuah parti yang kukuh, ada kerajaan yang kita kuasai pemerintahannya, harapan rakyat terlalu tinggi kepada kita.

Jangan buang masa berbalah. Hentikan prasangka sesama kita. Eratkan perpaduan, perkukuh saf disemua peringkat.

Mainkan peranan masing-masing, samada berjawatan atau tidak.

Samada kita Ulama', Profesional, aktivis atau siapa pun kita; semuanya bertanggungjawab kepada parti. Betulkan nawaitu, ikhlaskan diri kerana ALLAH.

Teringat kata-kata Tuan Guru Abdul Hadi, 'maqam taqwa ahli biasa yang kerjanya hanya penampal poster boleh jadi lebih tinggi dari Presiden parti'.

 
Selamat Berpuasa

Mazlan Aliman

KEJAM!!! Gambar Remaja Dibakar Hidup-Hidup [Saksikan...]

Posted: 01 Aug 2013 08:03 PM PDT

IniKalilah berkongsi gambar kekejaman manusia, apakah perasaan anda bila melihat gambar-gambar ini??

Fuh Sadis! Remaja Ini Dibakar Hidup-Hidup Kerana Tidak Membayar Tambang Teksi | Mexico, seorang budak berumur 14 tahun telah ditangkap oleh beberapa pemandu teksi dan membelasah beliau dengan teruk kerana beliau cuba untuk lari dari membayar tambang teksi.

Dan, pemandu-pemandu teksi itu memutuskan untuk membakar budak lalu mereka mencurahkan gas gasolin pada tubuh badan budak tersebut.Dan, budak tersebut tahu apa yang bakal mereka buat, dan dia merayu-rayu untuk hidup dia, tapi mereka terus

Dan kejadian menyayat hati ini berlaku di tempat awam, orang ramai hanya memerhati, termasuk beberapa orang anggota polis, tiada siapa yang cuba untuk tolong. Di Mexico, inilah yang berlaku apabila anda tidak membayar tambang teksi.
Pen Gempaq

GEMPAR!!! Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Letak Jawatan?

Posted: 01 Aug 2013 07:42 PM PDT

Dua minggu lalu, Dr Rani Osman (gambar) menghantar mesej pesanan ringkas (SMS) kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta tempatnya sebagai pesuruhjaya PAS Selangor digantikan orang lain.
 
Namun, pada 31 Julai, beliau menghantar satu lagi SMS memaklumkan beliau bersedia mengekalkan jawatan itu jika diamanahkan oleh pucuk pimpinan PAS.

Ketika SMS pertama dihantar, PAS sedang hangat membincangkan isu Kota Damansara yang menghantui parti itu kerana disalahkan akibatkan kekalahan calon dipersetujui Pakatan Rakyat (PR).
Hasilnya, BN menang dan PR kehilangan kerusi yang dimenanginya pada Pilihan Raya 2008 lalu.

Sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani rasa bertanggungjawab dengan apa yang berlaku. Lebih pun mesyuarat demi mesyuarat, pertemuan demi pertemuan, lobi demi lobi dan sebagainya menjelang pilihan raya ke-13 lalu, amat memenatkannya.

Dr Rani tidak mengejar jawatan. Beliau menerimanya berdasarkan amanah jamaah dan tanggungjawab.

Selepas pilihan raya umum lalu - dalam satu mesyuarat dengan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor – nama Dr. Rani disenarai sebagai exco kerajaan negeri bersama tiga lagi pemimpin PAS.

Nama mereka dikemaskini sebelum dihantar kepada Sultan Selangor untuk pengesahan sebelum dilantik sebagai exco.

"Ketika itu, Dr Yunus Khairi gembira bukan main kerana namanya terkeluar dari senarai. Isteri beliau mengucapkan terima kasih kepada saya kerana 'memberikan' semula suaminya," kata Dr Rani ketika ditemui The Malaysian Insider di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru, pada Rabu.

Keesokannya, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menelefon memaklumkan senarai terkini exco Selangor yang diterima Istana. Nama Dr Rani terkeluar dari senarai itu dan nama Dr Yunus terpilih.

"Betul ke Tok Guru? Confirm ke? Presiden kata ye confirm, baru lepas bercakap dengan Tan Sri Khalid. Kau tahu apa aku buat, aku takbir," kata Dr Rani dengan penuh semangat.

Inilah cerita yang beliau kongsikan ketika ditanya - adakah beliau mahu melepaskan jawatan Pesuruhjaya PAS Selangor selepas tidak terpilih sebagai exco.

Bagi Dr Rani, memegang jawatan exco adalah bebanan dan bakal berhadapan pengiraan yang teruk di akhirat.

Atas sebab itulah, beliau berasa tidak mampu lagi memegang jawatan pesuruhjaya PAS negeri  itu selepas Muktamar Tahunan November ini.

Pihak yang paling marah dengan tindakan Dr Rani itu ialah Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Tuan Ibrahim selalu disebut beliau sebagai Presiden Kelab 52 iaitu kelab orang-orang yang rendah ketinggiannya, bawah lima kaki dua inci, sebagaimana beliau.

"Ingat anta (awak) sorang je ke yang nak letak jawatan kalau boleh. Ana pun nak, tetapi ini amanah," kata Tuan Ibrahim kepadanya.

Selepas dua minggu Dr Rani juga terfikir. Adakah Presiden PAS akan tersalah faham dengan SMS pertamanya dahulu. Beliau bimbang kalau-kalau dituduh mahu lari dari tanggungjawab.

Atas dasar itulah, beliau menghantar satu lagi SMS memaklumkan beliau sedia menerima jawatan itu jika diberikan amanah lagi.

Dr Rani dilantik menjadi Pesuruhjaya kira-kira dua tahun lalu apabila Datuk Dr Hassan Ali dipecat dari PAS awal Januari 2012.

KKetika ura-ura bertiup kencang beliau dipilih memegang jawatan itu bagi menggantikan Dr Hassan, Dr Rani berkata kepada rakannya:
"Jika aku tidak terpilih, aku akan belanja awak dua ekor kambing," katanya sebagai tanda gembira.

"Nasib kurang baik, saya terpilih. Saya pun lepaslah kambing itu," kata Dr Rani.
Dr Rani mencipta rekod tersendiri sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor. Di bawah kepimpinannya, PAS Selangor dilihat paling kuat, paling baik dan paling berjaya.

PAS Selangor mencipta sejarah tersendiri apabila menang 15 kerusi DUN dan empat kerusi Parlimen di negeri itu dalam pilihan raya ke 13 lalu.

Dalam Pilihan Raya 2008, PAS menang lapan kerusi DUN sahaja. Dengan memenangi 15 kerusi Dun, pilihan raya 2013 adalah pencapaian PAS yang terbaik di Selangor sehingga Dr Rani disebut-sebut sebagai bakal MB Selangor selepas pilihan raya umum lalu.

Dr Rani menyertai PAS pada 1999 bersama-sama dengan puluhan ribu rakyat Malaysia yang lain menyertai PAS ketika era reformasi. Dr Hassan Ali menyertai PAS sedikit lebih awal, namun dalam era yang sama.

Beberapa tahun kemudian, Dr Rani, graduan perubatan dari Mesir,  dilantik sebagai Yang Dipertua PAS Kapar. Pada 2004, beliau buat pertama kali bertanding di DUN Meru tetapi kalah dengan undi lebih 5,000.

Dalam percubaan keduanya, PRU 2008, Dr  Rani menang bergaya mengalahkan calon BN dengan majoriti 5,513 undi. Dalam PRU 13, beliau menang dengan majoriti lebih besar iaitu 9,079 undi.

Kini, semua ahli dan pimpinan PAS tertumpu kepada muktamar November ini. Dr Rani bakal menjadi tuan rumah kali ini kerana ia akan dilangsungkan di Shah Alam,  Selangor.

Muktamar ini amat penting untuk PAS kerana, ia berjalan dalam suasana PAS berada di persimpangan.

Kira-kira 31 tahun selepas ditubuhkan pada 1951, kepimpinan Datuk Asri Haji Muda bertukar tangan pada 1982 (1951-1982) . Pada tahun itu konsep kepimpinan ulama diperkenal selepas usul mengenainya diluluskan oleh Muktamar Dewan Pemuda PAS di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Kini, pada 2013, kepimpinan ulama dalam PAS juga berusia 31 tahun (1982-2013). Apakah akan berlaku dalam muktamar yang tuan rumahnya adalah Dr Rani kali ini. Semua sedang memerhatikannya. – 2 Ogos, 2013. - TMI

MENGERIKAN!!! Gambar Sabung Nyawa Seberang Sungai [LIHATLAH...]

Posted: 01 Aug 2013 06:35 PM PDT

BALING - Walaupun struktur titi yang teruk, penduduk di Kampung Cegar, Tok Kaya Pulai dekat sini terpaksa menyabung nyawa setiap hari melalui titi terbabit yang menjadi penghubung utama penduduk untuk ke pekan malah menghantar anak-anak ke sekolah.

Titi berusia lebih 30 tahun itu mula menyenget sejak beberapa minggu lalu sehingga penduduk terpaksa menutup kawasan itu walaupun ianya merupakan penghubung utama penduduk.


Penduduk. Che Ahmad Shafie, 59, berkata, keadaan itu mengakibatkan penduduk terpaksa menggunakan jalan yang lebih jauh untuk ke pekan bagi menyelesaikan urusan seharian.


"Dulu semua orang guna titi ini, nak ke pekan, nak hantar anak sekolah, jaraknya tidak berapa jauh. Tapi, bila dah macam ini, penduduk terpaksa guna jalan besar yang lebih jauh.


"Tapi ada yang tanggung risiko guna titi ini, sebelum ini, ada yang pelajar sekolah yang terjatuh kerana melalui titi ini," katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, masalah titi ini sudah lama berlaku tetapi tidak mendapat perhatian sewajarnya dari pihak bertanggungjawab.


"Aduan banyak kali buat, tetapi semua tak berhasil, sampai titi jadi macam ini. Itu pun tiada lagi tindakan," katanya.


Bagi Hamzah Awang Besar, 68, dia amat berharap masalah titi ini mendapat perhatian sewajarnya.


Menurutnya, ibu bapa juga terpaksa guna jalan yang lebih jauh untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah.


"Terdapat lebih 10 rumah di sini, belum masuk kampung lain, jadi memang ramai yang guna titi ini, apa salahnya kalau titi ini dibaiki.


"Kalau guna titi ini, hanya beberapa minit sahaja, memang dekat, tapi bila guna jalan raya, memang jauh, kena buat pusingan," katanya. - SH.

GEMPAR!!! Kadar Tol Istimewa Sempena Sambutan Hari Raya 2013 [SAKSIKAN...]

Posted: 01 Aug 2013 05:54 PM PDT

KUALA LUMPUR - Sebanyak 17 lebuh raya bersetuju memberi diskaun dan rebat tol antara lima hingga 37.5 peratus sempena sambutan Aidilfitri bermula 7 hingga 9 Ogos ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof berkata, lima lagi lebuh raya akan turut menawarkan rebat tol sebanyak 20 peratus bagi pengguna kenderaan kelas 1 yang membuat bayaran tol secara elektronik pada 5 hingga 6 Ogos dan 14 hingga 15 Ogos ini.

"Diharap ia akan dapat memberi kemudahan kepada orang ramai," katanya pada sidang media selepas melancarkan kempen keselamatan jalan raya peringkat Kementerian Kerja Raya di Persada Plus di sini semalam. - Kosmo

Isu Mesir Terkini: BONGKAR!! Ucapan Ketua Perisikan Israel Jeneral Afif Khufifi [SAKSIKAN>>>]

Posted: 01 Aug 2013 05:34 PM PDT

Satu rakaman video memaparkan ucapan Ketua Perisikan Israel Jeneral Afif Khufifi dimuat naik ke laman youtube mendedahkan sebab kenapa kepimpinan Islam di Mesir yang diterajui Presiden Dr Muhammad Morsi perlu "dihancurkan".
Ucapannya pada satu himpunan besar itu antara lain menyebut Morsi perlu disingkirkan kerana pemikirannya adalah Ikhwanul Muslimin dan cubaan menegakkan syariat dan khilafah Islam di Mesir.

Mesirkini yang membuat terjemahan dan ringkasan dari petikan ucapan itu melaporkan, Afif melahirkan kebimbangan terhadap pemikiran Ikhwanul Muslimin yang hari ini berkembang pesat di Timur Tengah. Ianya termasuk Mesir, Turki, Tunisia, Maghribi, Libya, Gaza, dan lain-lain, malah sudah berupaya membina kekuatan di Syria dan Jordan.Kekuatan Ikhwanul Muslimin katanya ada di pelbagai bidang, tidak hanya sebagai gerakan politik, mereka juga mengisi kehidupan sosial dan berinteraksi dengan manusia.

"Ada dua agenda besar yang kini sedang digencarkan Ikhwan. Pertama, mempromosikan negara khilafah dan penerapan syariat. "Definisinya ada di Mesir, sebagai negara demokrasi yang melaksanakan sistem syura yang merupakan satu konsep permesyuaratan yang diakui dalam Islam. "Kedua adalah strategi lebih luas iaitu memperkuat pertahanan mereka di tengah-tengah pengaruh rejim tidak demokratik, pada masa sama demokrasi tidak boleh memadamnya dengan mudah, sebagaimana terlihat di Turki dan Gaza," tulisnya merujuk ucapan Afif dalam bahasa Hibrew itu.

Afif juga mendakwa, Universiti Al Azhar akan menjadi kekuatan penerapan Syariat tersebut bagi mengukuhkan legitimasi hukum yang sedang diterapkan oleh kerajaan Mesir. Dua misi besar ini menurutnya, akan menguatkan Ikhwanul Muslimin dalam perjuangan mereka.

Maka katanya, parti-parti sealiran Ikhwan yang kini berkembang di Mesir, Gaza dan Tunisia sedang bergerak menuju ke arah kepemimpinan Islam dan mereka akan bertanggungjawab menjadi peneraju utama. Malah kata Afif, tanggungjawab ini tidak lagi diterjemahkan sebagai pucuk-pucuk kecil, tapi sudah menjadi kembang yang utuh dan kuat.

"Jadi rampasan kuasa terhadap Ikhwan adalah bertujuan untuk menghalang tegaknya daulah Islamiyah (kerajaan Islam) di Mesir. "Penggulingan atas Morsi sebenarnya kerana takut pada kejayaannya, bukan kerana kegagalannya," tulis Mesirkini.
Link video : http://bit.ly/14qkgcy

Biskut Raya 2013: Jom Try Resipi Biskut Makmur

Posted: 01 Aug 2013 05:21 PM PDT

Assalamualaikum dan salam Ramadhan... IniKalilah nak berkongsi resipi biskut raya lak pagi ni, iaitu resipi biskut makmur.. Rasanya ramai yang meminati biskut ni.. 

Apa kata kita try buat untuk raya 2013... Selamat mencuba.

 


ResipiMasakanKini menghidangkan Resipi Biskut Makmur, resipi kuih raya yang tradisional boleh menambahkan lagi kepelbagaian di hari raya.

Penyediaan : 15 minit | Memasak: 15 minit
30 Minit Masa keseluruhan Jumlah Hidangan: 50


Bahan-bahan:



Bahan untuk doh:
  • 500g tepung gandum
  • 2/3 cawan gula icing
  • 1 tin kecil minyak sapi
  • Paper cup
Bahan untuk inti:
  • 200g kacang tanah, digoreng tanpa minyak
  • 3/4 cawan gula icing
  • 1 sudu besar mentega kacang, optional
Bahan untuk salut:
  • Sedikit gula icing
Cara menyediakan:


  1. Sangai tepung gandum dalam kuali, kemudian ayak tepung bersama gula icing. Gaul adunan bersama minyak sapi sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan doh yang lembut dan boleh diuli.
  2. Kisar kacang tanah dan campurkan bersama gula icing dan mentega kacang.
  3. Sukat doh menggunakan satu sudu besar untuk pastikan mendapat kuih yang sama besar. Kemudian leperkan dan letakkan inti kacang di tengah. Tutupkan inti dan buat bentuk membujur.
  4. Susun di atas loyang dan bakar selama 10-15 minit, suhu 150-160 darjah celcius. Kuih mungkin agak lembut bila disentuh ketika masih panas.
  5. Sejukkan biskut, salutkan dengan gula icing dan letakkan di dalam paper cup. Dapatkan koleksi resipi di ResipiMasakanKini.


__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (28)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment