Bedah siasat dulu, baru kebumi
Oleh AHMAD SYAKIR SAZILI
syakir.sazili@kosmo.com.my
RUMAH yang menjadi tempat Sherul Aizam dikatakan mati tersangkut di tingkap di Taman Saz, Ipoh pada 20 Julai lalu. |
IPOH – Bapa kepada Sherul Aizam, Mohd. Damanhuri Mohd. Fuat tetap mahu pihak berkuasa melakukan siasatan dan bedah siasat kedua ke atas mayat anaknya sebelum jenazah berkenaan dikebumikan.
Menurut Mohd. Damanhuri, 50, sebagai bapa dan waris, dia memahami peranan serta tanggungjawab sebagai umat Islam supaya menyegerakan urusan pengebumian jenazah Allahyarham Sherul Aizam, namun dia hanya mahukan kepastian mengenai punca sebenar kematian anaknya.
Bagaimanapun, dia dan keluarga bersedia duduk semeja dengan pihak Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) sekiranya pihak berkenaan memanggil mereka untuk membincangkan isu tersebut.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Tendang mertua selepas ditegur
Oleh MULLER ASEN
muller.asen@kosmo.com.my
ANGGOTA polis menunjukkan kesan kemek pada bumbung sebuah kereta Proton Waja milik polis yang dirosakkan oleh seorang pemuda amuk.
KUCHING - Seorang lelaki yang dipercayai mengalami masalah kewangan bertindak di luar kawalan apabila memijak bumbung kereta peronda polis (MPV) ketika pasukan keselamatan itu cuba meleraikan kejadian amuk di Lorong Burung Lilin, Jalan Arang di sini.
Kejadian pukul 6 pagi semalam itu menyebabkan bumbung Proton Waja milik polis kemek akibat dihentak dengan kaki oleh suspek yang berusia 29 tahun.
Menurut sumber, sebelum kejadian, suspek yang menganggur mengamuk dengan merosakkan harta benda di rumah bapa mertuanya.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Datuk maut nahas, motosikal berkuasa tinggi terbabas
MAYAT seorang ahli perniagaan yang terbunuh selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditunggung terbabas dekat Genting Sempah semalam.
KUALA LUMPUR - Hasrat seorang ahli perniagaan berkonvoi bersama tiga orang rakannya ke Hutan Lipur Lentang, Pahang tidak kesampaian apabila dia maut dalam kemalangan di Kilometer 35.1, Lebuh Raya Karak dekat Genting Sempah di sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 9 pagi itu, Datuk Majura Muda, 47, yang menunggang motosikal berkuasa tinggi jenis Kawasaki Concours 14 dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas lalu merempuh penghadang besi lebuh raya.
Ekoran kejadian itu, mangsa yang merupakan perunding dan peneraju sebuah syarikat kejuruteraan tercampak daripada motosikal.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Budak 5 tahun mangsa dera meninggal dunia
Oleh AHMAD SYAKIR SAZILI
syakir.sazili@kosmo.com.my
IPOH – Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang koma akibat didera meninggal dunia selepas 11 hari dirawat di Unit Rawatan Rapi, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.
Mangsa, Ho Yan Hui, yang disyaki didera ibu kandungnya sendiri disahkan mati pada pukul 2.40 petang semalam.
Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A. Paramasivam ketika dihubungi mengesahkan kematian kanak-kanak malang itu yang mengalami kecederaan teruk di badan.
Sementara itu, Pengarah HRPB, Dr. Raja Lope Ahmad Raja Ariffin enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Polis rampas senapang, peluru
Oleh ADHAM SHADAN
adham.shadan@kosmo.com.my
MAZLAN (kanan) menunjukkan senapang buatan sendiri yang dirampas dalam Ops Cantas Khas pada sidang akhbar di IPK Kelantan semalam.
KOTA BHARU - Polis menahan enam individu termasuk seorang wanita warga emas dan merampas dua laras senapang buatan sendiri bersama 134 butir peluru hidup dalam serbuan berasingan di tiga buah daerah di negeri ini menerusi Ops Cantas Khas pada 21 Ogos lalu.
Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, dalam tangkapan pertama pada pukul 4.30 pagi di Guchil 2, Kuala Krai, pihaknya menahan dua pemuda berusia 20 dan 27 tahun serta merampas selaras senapang di dalam kereta jenis Proton Iswara yang dinaiki suspek.
"Kita percaya senjata yang disorokkan di bawah tempat letak kaki penumpang itu dibeli di negara jiran dengan harga RM180 hingga RM200.
"Kita turut menjumpai sebanyak 36 butir peluru yang disimpan di dalam sebuah beg kecil," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Penumpang AirAsia kecewa
Oleh MOHD. AFIQ ZULKIFLI
afiq.zulkifli@gmail.com
PARA penumpang pesawat AirAsia tiba di LCCT Sepang selepas mengalami kelewatan selama lima jam semalam.
SEPANG – Beberapa pesawat AirAsia yang sepatutnya mendarat di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di sini semalam terpaksa dilencongkan ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang ekoran kesesakan trafik udara di LCCT.
Ekoran itu, para penumpang penerbangan itu melahirkan rasa kecewa dan tidak puas hati apabila penerbangan mereka tiba lewat daripada jadual.
Satu daripada penerbangan terlibat ialah dari Perth, Australia yang lewat lebih lima jam.
Penerbangan itu yang berlepas pukul 6.20 pagi dari Perth sepatutnya tiba pukul 12 tengah hari tetapi hanya dapat mendarat di LCCT pada pukul 5 petang selepas dilencongkan ke Subang.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Pelajar duduki peperiksaan di Malaysia
IDRIS (dua dari kiri) mengadakan mesyuarat dengan Kementerian Pengajian Tinggi Mesir di Kaherah semalam.
KUALA LUMPUR - Kementerian Pengajian Tinggi Mesir bersetuju membenarkan pelajar Malaysia yang pulang dari negara itu untuk menduduki peperiksaan ulangan di tanah air.
Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh dalam kenyataannya menerusi laman Facebook beliau semalam memberitahu, peperiksaan ulangan itu akan diadakan pada 3, 4 dan 5 September ini.
Idris berkata, Kementerian Pengajian Tinggi Mesir juga bersetuju memberi kelonggaran kepada pelajar Malaysia mendaftar lewat satu semester jika keadaan di Mesir masih belum stabil.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
DUNIA
Keganasan agama kembali tercetus
PENDUDUK Islam Myanmar berkumpul untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri di Yangon pada 9 Ogos lalu.
YANGON - Keganasan agama baharu meletus di barat laut Myanmar lewat kelmarin apabila sekumpulan penganut Buddha bertindak membakar berpuluh-puluh kediaman dan kedai susulan khabar angin bahawa seorang gadis telah dicabul oleh lelaki Islam.
Setakat ini masih belum ada laporan berhubung angka kecederaan dalam serangan tersebut.
Sami Buddha radikal Myanmar, Wirathu memberitahu di laman Facebooknya bahawa beratus-ratus orang terlibat dalam kekacauan itu di pinggir bandar Kantbalu.
Wirathu yang kerap mengecam agama Islam dilihat sebagai antara penyumbang kepada peningkatan keganasan agama di Myanmar.
Kekacauan bermula apabila sekumpulan penduduk mengepung sebuah balai polis untuk menuntut agar suspek kes cabul itu diserahkan kepada mereka.
Apabila polis enggan berbuat demikian, mereka mula membakar beberapa bangunan di sekitarnya.
Seorang pegawai polis berkata, sekitar 35 buah rumah dan 12 kedai dengan kebanyakannya milik orang Islam musnah sebelum ketenteraman dapat dipulihkan.
Myanmar yang dihuni oleh 60 juta penduduk dengan majoritinya beragama Buddha dilanda keganasan agama sejak junta tentera menyerahkan kuasa kepada kerajaan awam pada 2011.
Lebih 250 orang terbunuh setakat ini dengan sebahagian besar adalah orang Islam manakala 140,000 lagi terpaksa meninggalkan kampung halaman mereka.
Kekacauan agama itu bermula tahun lalu di negeri Rakhine, barat Myanmar. Penduduk beragama Buddha di negeri itu menuduh etnik Islam Rohingya memasuki Myanmar secara haram dan menceroboh tanah milik mereka.
Keganasan agama itu kemudian merebak ke beberapa negeri lain di Myanmar pada awal tahun ini. - AP
30 orang cedera dilanda bena
FENOMENA bena di Sungai Qiantang dipercayai didorong Taufan Trami yang melanda tenggara China baru-baru ini.
HAINING - Lebih 30 orang cedera dilanda ombak sungai atau bena yang melimpahi tebing Sungai Qiantang di sini, dalam Wilayah Zhejiang di tenggara China baru-baru ini.
Fenomena itu dipercayai berlaku akibat momentum daripada taufan Trami yang melanda bahagian tenggara China pada minggu lalu.
Sungai tersebut mengalir melalui bandar raya ini.
Hujan lebat dan angin kuat menyebabkan Sungai Qiantang kelihatan seperti laut bergelora.
Ketika kejadian, beratus-ratus orang tersungkur dilanda ombak sungai tersebut yang melimpah melepasi tembok yang dibina di sepanjang sungai itu.
Ombak berkenaan turut melimpah ke kawasan berhampiran dan menghanyutkan sejumlah kenderaan selain membanjiri sebuah loji rawatan air.
Cuaca buruk itu menyebabkan Sungai Qiantang yang sebelum ini melepasi paras bahaya 6.6 meter telah meningkat sebanyak 1.3 meter. - Agensi
Polis cekup semua suspek rogol jurugambar
ANGGOTA polis membawa seorang suspek kes rogol jurugambar wanita ke sebuah mahkamah di Mumbai, India semalam. |
MUMBAI - Polis semalam menangkap suspek kelima dan terakhir berhubung kejadian rogol beramai-ramai terhadap seorang jurugambar wanita di bandar raya ini.
Serangan itu membangkitkan kembali kemarahan tentang layanan buruk terhadap wanita di India.
Lima lelaki itu didakwa memperkosa mangsa yang berusia awal 20-an di pusat bandar ini semasa dia dan rakan sekerjanya membuat liputan majalah pada Khamis lalu.
Mereka didatangi kumpulan berkenaan yang mengikat rakan sekerja wanita itu menggunakan tali pinggang sebelum merogol mangsa di kawasan berdekatan.
Kejadian rogol beramai-ramai itu berlaku di pekarangan sebuah kilang terbiar bersebelahan dengan kawasan apartmen dan blok pejabat, kedai dan restoran di sini.
Serangan itu mengembalikan ingatan tentang kes rogol beramai-ramai seorang pelajar di New Delhi pada Disember tahun lalu yang mencetuskan protes besar-besaran.
Jurucakap polis, Satyanarayan Choudhary berkata, anggota-anggotanya menangkap suspek pertama pada Jumaat lalu dengan tangkapan kedua dibuat keesokan harinya.
Lewat kelmarin pula, katanya, mereka menangkap dua lagi suspek selepas menyoal siasat kedua-dua suspek yang ditahan.
Menurut polis, suspek kelima ditahan di ibu kota India, New Delhi.
"Pihak polis mempunyai bukti kukuh terhadap kesemua suspek dan satu pendakwaan lengkap akan difailkan terhadap mereka," tambahnya.
Jenayah itu berlaku lapan bulan selepas seorang wanita berusia 23 tahun dirogol lima lelaki di dalam sebuah bas bergerak di New Delhi dengan rakan lelakinya dibelasah.
Mangsa yang cedera parah meninggal dunia dua minggu kemudian. - AFP
RM180j bidaan terakhir
LONDON - Chelsea akan melancarkan bidaan terakhir bernilai £35 juta (RM180 juta) ke atas penyerang Manchester United, Wayne Rooney selepas pertembungan antara kedua-dua pasukan itu pada aksi Liga Perdana England awal pagi esok.
The Blues telah 'menandatangani' pembelian terbesar pada musim panas ini selepas berjaya mengikat bekas pemain tengah Anzhi Makhachkala, Willian, 25, bernilai £30 juta (RM154.2 juta) minggu lalu.
Bagaimanapun, pengurus Chelsea, Jose Mourinho pasti menjadi individu paling kecewa jika hasratnya membawa masuk Rooney ke Stamford Bridge musim ini tidak menjadi kenyataan.
Menurut Mourinho, beliau akan menyelesaikan isu Rooney sebaik sahaja selesai pertemuan antara kedua-dua pasukan di Old Trafford nanti.
Sebelum ini, pihak pengurusan United telah dua kali menolak permintaan Chelsea untuk membeli Rooney.
Dalam masa sama, United menegaskan bahawa mereka tidak akan menjual penyerang antarabangsa England itu pada sebarang harga.
"Kami akan berusaha untuk melancarkan bidaan maksimum sebelum jendela perpindahan pemain ditutup pada 2 September depan.
"Untuk peluang terakhir ini, kami akan berusaha habis-habisan," kata Mourinho.
Pengurus berasal dari Portugal itu juga menegaskan bahawa skuad The Blues tidak akan menjual Juan Mata.
Namun, Mourinho tidak menolak kemungkinan akan melepaskan Mata andai United membuat permintaan untuk mendapatkan perancang Sepanyol itu sebagai pertukaran dengan Rooney.
"Sehingga kini, tiada apa lagi perkembangan positif dan kami sangat menghormati keputusan mereka serta undang-undang dalam bola sepak," kata Mourinho lagi. - Agensi
Bale menanti detik bersejarah
BALE dilapor hampir pasti menjadi milik Real musim ini.
MADRID - Bintang Tottenham Hotspur (Spurs), Gareth Bale telah bersetuju dengan tawaran kontrak bernilai £97 juta (RM498.7 juta) untuk menyertai Real Madrid.
Kelab gergasi Sepanyol itu dilapor telah bersedia membuat pengumuman rasmi untuk mengikat Bale dengan nilai perpindahan sebanyak £86 juta (RM442.1 juta).
Jumlah itu sekali gus menyaksikan nilai keseluruhan Bale menyertai Real ialah £183 juta (941 juta).
Real juga bersedia membayar gaji sebanyak £310,000 (RM1.59 juta) seminggu buat Bale bagi melengkapkan perpindahannya dari White Hart Lane dan dia akan menyarung jersi No. 11.
Dengan cukai pendapatan sekitar 52 peratus di Sepanyol, Bale bakal mendapat gaji bersih berjumlah £150,000 (RM771,330) seminggu.
Dengan jumlah itu, Bale bakal menerima gaji kedua tertinggi di Santiago Bernabeu setakat ini di belakang kapten Portugal, Cristiano Ronaldo yang masih lagi berusaha meminta pihak pengurusan Real menaikkan lagi gajinya.
Dalam pada itu, pentas juga sudah disiapkan di Santiago Bernabeu bagi memperkenalkan Bale kepada para peminat kelab gergasi Sepanyol tersebut sedikit masa lagi.
Ketika ini, Spurs berusaha keras bagi mendapatkan pengganti Bale selepas mereka terlepas peluang mendapatkan pemain tengah Brazil, Willian apabila pemain itu memilih menyertai Chelsea.
Spurs kemudiannya beralih tumpuan kepada penyerang AS Roma, Erik Lamela dan mereka bersedia mengeluarkan belanja bernilai £25.8 juta (RM132.6 juta).
Spurs juga berhasrat mendapatkan pemain pertahanan Romania dan Steaua Bucharest, Vlad Chiriches dengan nilai £8 juta (RM41.1 juta). - Agensi
Vettel unggul tawan GP Belgium
VETTEL (tengah) menjulang trofi sambil diperhatikan Alonso (kiri) dan Hamilton pada perlumbaan GP Belgium di Litar Spa Francorchamps semalam.
SPA FRANCORCHAMPS, Belgium - Pemandu sensasi Red Bull, Sebastian Vettel semakin hampir mendakap gelaran Formula Satu (F1) keempat berturut-turut selepas mengungguli Grand Prix (GP) Belgium di Litar Spa Francorchamps semalam.
Pelumba muda Jerman itu berjaya menamatkan 44 pusingan dengan catatan masa 1:23.42.196 saat (s) - 16.869s lebih pantas daripada pemandu Ferrari, Fernando Alonso yang terpaksa berpuas hati di tempat kedua.
Pemilik petak pertama perlumbaan, Lewis Hamilton dari Mercedes pula sekadar di tempat ketiga sementara Nico Rosberg (keempat), Mark Webber (kelima) dan pelumba McLaren, Jenson Button menamatkan saingan di tempat keenam.
Ia merupakan kejuaraan GP kelima buat Vettel musim ini selain mengungguli 31 perlumbaan sepanjang kariernya.
Dengan kejayaan itu, Vettel kini menerajui kedudukan keseluruhan bagi kategori pemandu dengan 197 mata - 46 mata di depan Alonso yang kembali melonjak naik di tempat kedua.
Hamilton pula mengekori rapat di tempat ketiga keseluruhan dengan mengumpul 139 mata.
"Ia satu perlumbaan yang cukup mengujakan sejak mula, selepas memotong Hamilton pada pusingan pertama, saya tidak lagi menoleh ke belakang.
"Prestasi jentera saya juga benar-benar menakjubkan, jadi saya mengucapkan terima kasih kepada kru pasukan yang bertungkus-lumus memastikan kejayaan ini," kata Vettel.
Ia merupakan kemenangan kedua Vettel pada GP Belgium dan kejayaannya turut mendapat pujian ketua pasukan Red Bull, Christian Horner.
"Ia satu persembahan yang menakjubkan kerana Vettel berjaya mempamerkan pemanduan yang hebat," katanya.
Di sebalik kemenangan Vettel, Alonso pula menyifatkan perlumbaan itu cukup membosankan.
"Biarpun mendapat tempat kedua, saya cukup bosan apabila menamatkan saingan seperti ini.
"Saya gagal mengejar Vettel namun pada masa sama tiada sebarang ancaman yang mengejar kedudukan saya.
"Namun, saya harap dapat kembali bangkit menjelang GP Itali di Monza selepas ini sekali gus menggembirakan peminat pasukan kami," kata Alonso.
Perlumbaan itu juga menyaksikan pelumba Lotus, Kimi Raikikonen terpaksa menarik diri selepas pusingan ke-19 gara-gara jenteranya mengalami masalah brek. - AFP
Malaysia gagal sekat Pakistan
RAZIE (dua dari kiri) menerima ucapan tahniah daripada rakan-rakan sepasukannya selepas menjaringkan gol ketika menentang Pakistan di Stadium Sultan Azlan Shah malam tadi.
KEGAGALAN menangani corak permainan pantas Pakistan menjadi antara punca skuad hoki negara kecundang 1-4 pada aksi kedua Kumpulan A Piala Asia 2013 di Stadium Sultan Azlan Shah, Ipoh malam tadi.
Pakistan yang masih memburu tempat ke saingan Piala Dunia 2014 mempamerkan permainan pantas dan mengelirukan sejak awal permainan.
Pakistan yang pernah muncul juara pada edisi 1982, 1985 dan 1989 menggunakan strategi bertahan di pintu gol sendiri sebelum melakukan serangan kilat jika mempunyai peluang terbuka.
Strategi tersebut membuatkan skuad kendalian Paul Revington gagal menembusi benteng pertahanan Pakistan bagi mendapatkan gol.
Serangan kilat Pakistan nyaris membuahkan hasil
pada minit ke-20 tetapi rembatan kencang Muhammad Dilber yang berdepan dengan penjaga gol, S. Kumar gagal menepati sasaran.
Bagaimanapun, skuad negara terlebih dahulu memecah kebuntuan gol hasil jaringan Muhammad Razie Abd. Rahim pada minit ke-27.
Begitupun, kegembiraan lebih 6,000 penyokong tempatan terencat apabila Pakistan berjaya menyamakan kedudukan melalui Muhammad Zubair pada minit ke-33.
Pada babak kedua, kedua-dua pasukan mempamerkan permainan lebih terbuka dan melakukan lebih banyak serangan.
Pakistan kembali ke depan melalui tolakan deras oleh Muhammad Dilber pada minit ke-46 .
Kedudukan Pakistan semakin kukuh apabila Muhammad Waqas menjaringkan gol ketiga pada minit ke-60 sebelum Shafqat Rasool menambah gol keempat berselang lapan minit kemudian.
Sementara itu, Korea Selatan membuka tirai saingan Kumpulan B dengan membelasah Bangladesh 9-0.
----------------------------
Penerangan ini (termasuk lampiran apa sahaja) cuma untuk siapa sahaja yang dimaksudkan. Penerangan ini mungkin mengandung bahan-bahan rahsia dan / atau maklumat perniagaan rahsia kepunyaan Mattel. Kalau anda bukan penerima yang dimaksudkan, anda tidak seharusnya menduplikat, mengirim atau menggunakan maklumat ini untuk maksud apa sahaja, dan anda harus segera menghapuskannya dan memberitahu adanya kepada pengirim.
This message (including any attachments) is only for the use of the person(s) for whom it is intended. It may contain Mattel confidential and/or trade secret information. If you are not the intended recipient, you should not copy, distribute or use this information for any purpose, and you should delete this message and inform the sender immediately.
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment