Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official)
Kita datang ke dunia dengan tangan kosong dan tidak membawa sebarang harta, kita akan pergi juga dengan kosong dengan tidak membawa bekalan harta yang dikumpul. Semua kita ini adalah bakal jenazah.
Ramai yang cuba mendapatkan segalanya untuk membuktikan bahawa mereka mempunyai sesuatu. Akan tetapi, pada hakikatnya, kita tidak mempunyai apa-apa.
Sebenarnya kita tidak pernah memilik apa-apa. Segalanya hanyalah dipinjam daripada Allah - termasuklah jasad badan.
Kita merasakan bahawa sesuatu itu dimiliki kita. Tapi sebenarnya tidak, semuanya hanya pinjaman sementara.Manusia menangis bukan kerana kita hilang sesuatu - Manusia menangis kerana sesuatu yang diharapkan tidak datang.
Kita tidak merindui orang yang telah meninggalkan kita, kita hanya merindui kenangan bersama. Dan kita jugalah yang melabelkan kenangan itu manis ataupun pahit.
Ingatlah sentiasa kita datang ke dunia ini dengan tangan kosong. Tiada siapa yang boleh melukakan hati kita, melainkan diizinkan diri kita sendiri.Tiada siapa yang menyinggung kita, hanya kita yang izinkan diri kita disinggung.
Dua perkara ini akan dapat difahami sekiranya seseorang itu faham bahawa dia datang dangan tangan kosong, segalanya hanyalah pinjaman sementara sebelum dia kembali dengan tangan kosong.
(Quran 82: 17-19)
“Tahukah kamu akan hari Din (hari pembalasan) itu? Sekali lagi tahukah kamu akan hari Din itu? (Iaitu) hari seseorang tidak berdaya untuk menolong orang lain. Dan segala urusan pada hari itu dalam kekuasaan Allah”.
Beringatlah pada Allah selalu. SENYUM :)
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment