DUA SKUAD KHAS DITUBUH BANTERAS JENAYAH BERAT, DADAH - ZAHID HAMIDI
Petaling Jaya, Dua skuad khas ditubuhkan polis Bukit
Aman masing-masing untuk memerangi masalah jenayah berat dan dadah di negara ini, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini.
Beliau berkata skuad yang masing-masing berkekuatan 200 pegawai dan anggota polis terlatih diketuai Komisioner Polis, mula beroperasi sejak dua bulan lalu. Skuad itu yang ditubuhkan secara tetap, terlibat dalam kes terbaharu membabitkan lima penjenayah yang ditembak mati di Pulau Pinang, baru-baru ini.
Katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi kelulusan segera bagi penubuhan dua skuad khas itu.
"Skuad khas ini hanya akan beroperasi dari Bukit Aman untuk terus membanteras kumpulan sasaran, dan tidak melalui Ibu Pejabat Kontinjen, Ibu Pejabat Polis Daerah dan Negeri," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Forum Pencegahan Jenayah di sebuah hotel di Bandar Sunway di sini hari ini.
"Pemilihan pegawai dan anggota skuad tertakluk kepada kuasa penuh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar," katanya.
Forum sehari bertajuk 'Undang-undang Semasa dan Langkah-langkah Untuk Mencegah Jenayah Kekerasan Secara Berkesan' dianjurkan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) dan Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (Asli).
Turut hadir Naib Presiden MCPF Tan Sri Lee Lam Thye dan Pengerusi Asli Tan Sri Dr Jeffrey Cheah.

OPS CANTAS - 176 TANGKAPAN DI JOHOR: Polis Johor menahan 176 individu sepanjang Ops Cantas Khas yang dilancarkan di seluruh negara termasuk negeri ini sejak Sabtu lalu. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Azizan Anan berkata, pihaknya turut memeriksa lebih 2,000 di seluruh Johor dalam ops berkenaan.
159 DITAHAN DALAM OPS CANTAS DI KELANTAN
Kota Baharu, Seramai 159 orang ditahan atas pelbagai
kesalahan jenayah di Kelantan sejak Ops Cantas dilancarkan Sabtu lepas, kata Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk Mazlan Lazim.
Beliau berkata daripada jumlah itu, 28 individu ditahan kerana terbabit dalam kes jenayah berat seperti memiliki senjata api dan peluru manakala selebihnya membabitkan kes dadah.
Katanya setakat hari ini, seramai 798 individu dan 635 kenderaan diperiksa dengan lapan kenderaan disita dan 152 saman trafik dikeluarkan.
Polis turut merampas 182 bijil pil kuda dalam pemeriksaan dan serbuan yang dijalankan di seluruh negeri, katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.
Mazlan berkata dalam tiga kes terbaru, Rabu lepas, polis menahan lima lelaki dan seorang wanita berusia antara 20 dan 55 tahun berkaitan kesalahan memiliki senjata api dan peluru.
Beliau berkata dalam pemeriksaan pertama pada 4.30 pagi, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai menahan dua lelaki berusia 20 dan 27 tahun ketika memeriksa sebuah kereta di Guchil 2.
"Dalam pemeriksaan itu, kita menemui selaras senapang buatan sendiri sepanjang 95 cm dan 36 butir peluru," kata Mazlan sambil menambah suspek ditahan reman dari 21 hingga 26 Ogos untuk membantu siasatan.
Dalam serbuan kedua pada 9.30 pagi hari yang sama di Kampung Air Dingin, Tumpat, seorang wanita berusia 55 tahun dan anak lelakinya, 22, serta seorang lelaki berusia 41 tahun, ditahan berikutan penemuan 276 peluru pelbagai jenis.
"Berhubung kes itu, kita sedang mengesan seorang kontraktor berusia 55 tahun bagi membantu siasatan," kata Mazlan.
Dalam serbuan ketiga pada 9 malam di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Salor, Batu Melintang, Jeli, seorang lelaki berusia 40 tahun ditahan kerana disyaki memiliki selaras senapang buatan sendiri serta 18 butir peluru timah yang dikatakan diperoleh dari negara jiran.
"Suspek yang bekerja sendiri ditahan reman bermula Rabu lepas hingga 28 Ogos ini bagi membantu siasatan," kata Mazlan.
Dalam pada itu, polis sedang memburu dua lelaki berusia dalam lingkungan umur 20 dan 30-an untuk membantu siasatan kes samun menggunakan senjata api di sebuah stesen minyak di Kampung Kasar, Pasir Mas, Khamis lepas.
"Kedua-dua suspek telah dikenal pasti dan fotofit mereka telah diedarkan. Orang ramai diminta menghubungi balai polis berdekatan jika mempunyai maklumat berkaitan suspek," katanya.

OPS CANTAS 7 DITAHAN BERSAMA SEJUMLAH SENJATA
SHAH ALAM Polis menahan tujuh orang termasuk tiga wanita bersama sejumlah senjata termasuk selaras pump gun dalam serbuan Ops Cantas di sebuah rumah di Kampung Labohan Dagang, Banting, Kuala Langat dekat sini semalam.
Dalam serbuan pukul 12.30 tengah malam itu, selain pump gun, senjata lain yang ditemukan ialah pedang samurai, parang dan empat bilah pisau termasuk pisau rambo.
Turut dijumpai ialah sejumlah pasport, radio dan pemain cakera padat digital (DVD) kereta, walkie-talkie, wang tunai lebih RM1,000 dan telefon bimbit.
Difahamkan, kesemua suspek ditahan bagi membantu siasatan kes pemalsuan pasport, membawa masuk pendatang asing tanpa izin serta memiliki senjata secara haram dikhuatiri untuk tujuan jenayah termasuk pecah kereta dan samun.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah berkata, operasi dilakukan Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Selangor dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat diketuai Deputi Supritendan Rohan Shah Ahmad.
Beliau berkata, tujuh suspek yang ditahan ialah dua lelaki tempatan, dua lelaki dan tiga wanita warga Indonesia berusia antara 20 dan 45 tahun yang masih belum diketahui kaitan antara mereka.
"Kita juga menahan seorang lagi lelaki tempatan yang mengaku pemilik pump gun semasa dia datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat pada pukul 4.40 petang semalam," kata beliau kepada pemberita di Pusat Media Polis Selangor di sini hari ini.
Mohd. Adnan memberitahu, pihaknya sedang menyiasat dokumen perjalanan dua lelaki dan tiga wanita warga Indonesia yang ditahan.
Menurut beliau, kesemua suspek kini ditahan reman sehingga 9 Mac ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api; Seksyen 7 (1) Akta Bahan Kakisan, Bahan letupan dan Senjata Merbahaya 1958 serta Akta Imigresen.
ENAM DITAHAN, POLIS RAMPAS BOM DAN PELURU DI PULAU PINANG
Bukit Mertajam, Enam orang termasuk dua wanita ditahan
dan polis merampas sebutir bom, sejumlah peluru dan sebilah pedang samurai selepas menyerbu sebuah rumah flat di Machang Bubuk di sini awal pagi ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata kesemua mereka berusia 21 hingga 48 tahun itu ditahan dalam Ops Cantas Khas pada pukul 1.30 pagi ini.
"Berdasarkan maklumat dan intipan yang diperoleh, sepasukan pegawai dan anggota polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) menyerbu rumah berkenaan. Terdapat empat lelaki dan dua wanita dalam rumah itu," katanya katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata hasil pemeriksaan dalam rumah itu, polis menemui sebutir bom, masing-masing 10 butir peluru berwarna perak bertulis NCCR .38 SPL dan berwarna kuning bertulis THAI ARMS .38 SPL serta sebilah parang samurai dengan ukiran naga.
"Dua lelaki yang ditahan dalam operasi itu memang dikehendaki polis manakala yang lain mempunyai beberapa rekod jenayah lampau," katanya sambil memberitahu polis akan menyiasat sama ada mereka adalah anggota kumpulan kongsi gelap.
Bernama difahamkan mereka yang ditahan itu merupakan anggota sindiket pengedaran dadah dan menjadikan rumah berkenaan sebagai tempat berkumpul serta menjalankan aktiviti haram kumpulan itu.
Sementara itu, polis akan mengambil keterangan enam lelaki yang cedera selepas terkena tembakan dan serpihan peluru ketika sedang minum di sebuah gerai di Taman Kasawari, Simpang Ampat, di sini Sabtu malam.
Mazlan berkata polis juga akan mengambil keterangan pemilik kedai tempat kejadian itu.
Tiga daripada enam yang cedera itu telah dibenarkan keluar daripada Hospital Sungai Bakap, katanya.
Mazlan berkata siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti motif kejadian dan polis tidak menolak kemungkinan ia mempunyai kaitan dengan perniagaan.
Dalam kejadian pada pukul 10.45 malam itu, enam lelaki yang sedang minum di sebuah kedai cedera selepas terkena tembakan dan serpihan peluru yang dilepaskan dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal.

POLIS TAHAN EMPAT LELAKI TERBABIT KES TEMBAK DI IPOH
Ipoh, Polis Perak memberkas empat lelaki yang
dipercayai terbabit dalam kejadian tembak di Kampung Simee di sini bulan lepas, menerusi serbuan di sebuah rumah teres dua tingkat di Medan Bercham 4, di sini malam tadi.
Timbalan Ketua Polis Perak Datuk A. Paramasivam berkata serbuan pukul 9.30 malam oleh sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Khas Jenayah Berat (D9) itu susulan penangkapan tiga suspek minggu lepas.
"Dengan tangkapan empat suspek berusia dalam lingkungan 30-an ini, kes di Kampung Simee dianggap selesai," katanya pada sidang media, di sini.
Mengulas serbuan itu, Paramasivam berkata dua daripada suspek diberkas di tingkat bawah rumah berkenaan manakala dua lagi yang meloloskan diri menerusi bumbung, ditangkap di rumah bersebelahan.
Dalam serbuan itu polis turut merampas sepucuk pistol jenis Baretta 9mm dan dua butir peluru, katanya.
Menurutnya ketika serbuan polis terpaksa melepaskan tembakan mempertahankan diri setelah suspek keempat yang lolos ke rumah bersebelahan bertindak menembak ke arah pasukan keselamatan dalam cubaannya melarikan diri.
"Tidak ada kecederaan dilaporkan akibat kejadiaan tembak-menembak itu," katanya.
Menurut Paramasivam, pemeriksaan lanjut ke atas rumah yang didiami suspek menemukan beberapa bungkusan mengandungi pil dipercayai dadah jenis eramin 5 dan polis percaya rumah itu turut dijadikan makmal memproses dadah.
Pada 28 Julai lepas, seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera parah selepas mereka ditembak oleh suspek yang menaiki sebuah kereta dalam kejadian di hadapan sebuah restoran di Kampung Simee.

ENAM WANITA RAKYAT ASING DITAHAN DALAM OPERASI DI KUANTAN
Kuantan, Enam wanita rakyat asing ditahan dalam
operasi bersepadu pusat hiburan untuk membanteras kegiatan tidak bermoral di bandar ini malam tadi.
Mereka yang ditahan terdiri tiga wanita rakyat Thailand, dua Indonesia dan seorang Filipina yang bekerja di pusat hiburan dan rumah urut tanpa dokumen perjalanan dan permit kerja yang sah.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC Mohd Zakaria Ahmad berkata turut ditahan dalam operasi lima jam bermula 11 malam tadi itu ialah seorang wanita dan lelaki rakyat tempatan kerana premis hiburan mereka tidak mempunyai lesen yang sah.
"Lapan rumah urut dan 15 pusat hiburan diperiksa, operasi itu turut disertai Jabatan Agama Islam Pahang dan Majlis Perbandaran Kuantan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Mohd Zakaria berkata dalam operasi itu juga seramai 57 orang diarah
menjalani ujian air kencing dan enam daripadanya didapati positif dadah, manakala lima pasangan berusia 20-an ditahan di sebuah hotel di sini kerana didapati berkhalwat dalam bilik hotel itu. - BERNAMA

POLIS PULAU PINANG TAHAN 16 LELAKI DALAM OPS CANTAS
George Town, Polis menahan 16 lelaki dipercayai aktif
melakukan jenayah kekerasan seperti, peras ugut, samun bersenjata dan merusuh, dalam serbuan berasingan Ops Cantas di lapan buah rumah sekitar negeri ini, awal hari ini.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP Mohd Nasir Salleh berkata dalam operasi lapan jam berakhir pukul 4 pagi itu suspek berusia 20-an hingga 40-an ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Akta Pencegahan Jenayah.
"Kita telah membuat serbuan di 44 buah rumah kesemuanya dan mereka yang ditahan adalah suspek dikehendaki bagi pelbagai kes," katanya kepada pemberita di sini.
Dalam operasi yang sama beliau berkata polis turut menyerbu dua kelab malam di Komtar dan Jalan Penang serta menahan tiga lelaki warga asing yang bekerja tanpa permit selain membuat pemeriksaan air kencing terhadap 51 pengunjung pusat hiburan berkenaan.
Warga asing yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959 dan Peraturan 11(7) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahguna pas lawatan sosial, katanya.
Mohd Nasir berkata polis turut menjumpai dua bilah parang panjang dalam salah sebuah pusat hiburan itu dipercayai digunakan untuk pergaduhan dan jenayah lain.
"Sekitar enam bulan kebelakangan ini beberapa peristiwa pergaduhan
melibatkan senjata tajam berlaku di lokasi itu dan kita percaya parang itu sengaja disorokkan penjenayah untuk kegiatan samun dan peras ugut," katanya.

POLIS TAHAN TIGA LELAKI BANTU SIASATAN KES BUNUH GANGSTER
Melaka, Polis Melaka menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan berhubung pembunuhan seorang anggota gangster yang juga bekas tahanan Ordinan Darurat, dalam pergaduhan di sebuah bank di Cheng, dekat sini, pada 4 Mei lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Raja Shahrom Raja Abdullah berkata kesemua suspek merupakan antara lapan anggota gangster yang diburu berhubung kes pembunuhan itu.
"Dua daripada lelaki terbabit yang kedua-duanya berusia 19 tahun ditahan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka selepas mereka menyerah diri Khamis lepas pada kira-kira 9.30 malam.
"Seorang lagi remaja berusia 18 tahun ditahan kira-kira 9 pagi semalam di Kompleks Mahkamah Melaka sebaik sahaja dia tiba untuk menghadiri perbicaraan berkaitan kes samun," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau berkata ketiga-tiga mereka yang juga anggota gangster itu kini ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Raja Shahrom berkata pihaknya kini sedang giat memburu lima lagi lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes pergaduhan melibatkan dua kumpulan gangster itu.
Beliau berkata kelima-lima mereka adalah A. Givanatan, 24; M.P Namasivayam, 23; Aiman, 20-an; P. Sethupathi, 25; dan P. Narendranpathi, 26.
"Motif pembunuhan itu masih dalam siasatan. Mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung kes ini diminta menghubungi balai polis berdekatan," katanya.
Sementara itu, mengenai Ops Cantas Khas beliau berkata Polis Melaka telah memeriksa seramai 25 orang, sejak dilancarkan baru-baru ini.
Katanya, operasi akan dijalankan berterusan dan dipergiatkan bagi memastikan mereka yang diburu berjaya diberkas. -

TIGA SUSPEK PECAH RUMAH, EDAR DADAH DITAHAN
Perak, Kegiatan tiga lelaki yang menyalahgunakan kemahiran sebagai kontraktor dan juruteknik untuk melakukan sekurang-kurangnya 10 jenayah pecah rumah selain menjadi pengedar dadah di Teluk Intan berjaya ditumpaskan polis.
Aktiviti lelaki berusia 35 dan 40 tahun itu berjaya dipatahkan selepas polis menyerbu sebuah rumah selepas melakukan intipan di kediaman berkenaan.
Polis turut merampas dua buah kereta yang disorokkan di sebuah tokong kira-kira 50 meter dari rumah suspek yang dipercayai digunakan untuk kegiatan pecah rumah.

__._,_.___
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment