As Salam Semua, Pihak Wargakilang menggerakan program khas " Ikhlas Dalam Membantu Wahab ". Sedikit coretan berkenaan Wahab di Wargakilang, sila refer dibawah. Sila contact saya Shukri utk keterangan lanjut. Shukri TYDP NGO Wargakilang Assalamualaikum sahabat2 Wargakilang yang dimuliakan, Saya nak tulis nie pun rasa berat hati, tapi nak kena tulis jugak; tak dak bahasa berbunga-bunga, nak terus direct ke point. Sahabat baik kita sdra Wahab sudah pun saya remove dari FB Wargakilang nie sebentar tadi. Nanti kita akan masukkan nama dia balik. Sebabnya, esok kami nak bawa dia pi ke hospital METRO Sungai Petani, Kedah...selepas puas duk berdolak-dalik, akhirnya dia bersetuju juga nak ikut kami pi jumpa Specialist. Ceritanya, buah pinggang dia....kedua-dua buah pinggang dia makin teruk, dua2 BENGKAK. Bagi saya yang dah ada pengalaman duk pi masuk hospital keluar hospital bawa isteri saya pi jumpa doktor pakar sebab masalah BENGKAK buah pinggang ni, saya tau sangat isunya. Ada serious infection (jangkitan kuman) kat dalam buah pinggang dia tu yg asalnya adalah kerana batu karang yg tersumbat. Hari tu Wahab kena buah pinggang hat belah kanan, dia dah masuk hospital pakar di Penang sana nu, batu tersumbat menyebabkan infection kat dalam buah pinggang dia...sama kes mcm isteri saya, Wahab pun kena treatment yg sama, tembak dengan laser bagi batu karang tu hancur berkecai, kemudian pasang tiub (STAND) antara buah pinggang ke pundi kencing. Kos operate tu beribu....dah langsai duit insuran dia. Dlm keadaan buah pinggang kanan tak berapa ok lagi tu, tiba-tiba dia kena pulak belah kiri, ada batu dlm buah pinggang kiri tu, ON and OFF tersumbat..bengkak buah pinggang belah kiri pula dlm keadaan buah pinggang kanan antara ok tak ok, dan sekarang bengkak pula yg kanan tu pun. Masalahnya Wahab tu mcm Wahab tu lah..dia boleh buat derk ja, bila kami tengok dia mcm x berapa sihat duk ikut JJMK Wargakilang tu, bila kita tanya hang ok ka? macam biasa dia akan kata "Aku ok...tarak pa pa haih", walhalnya dlm keadaan dua-dua pinggang bengkak tu mana nak ok nya. Baru2 nie dlm email sesama kami, saya cerita panjang lebar komplikasi buah pinggang bengkak nie kat dia berdasarkan personal experience saya duk ikut isteri saya jumpa doktor pakar - 9 tahun dah; 6 tahun yg pertama boleh dikatakan tiap2 tahun beraya di hospital, alhamdulillah 3 tahun kebelakangan nie dah pulih hampir sepenuhnya..tkasih di atas doa sahabat2 semua dan juga entah doa sapa-sapa org miskin/susah/fakir/anak yatim/org tua/org alim/org pondok yg saya "mengemiskan" doa mereka tiap kali ikut JJMK Wargakilang nie. Bila saya cerita panjang lebar komplikasi bengkak buah pinggang kalau tak pi operate tu, saya kata silap2 nanti hang kena buat DIALISIS; Wahab reply email kat kami; dia tulis: "Tolong DOA kat aku, jangan bagi aku sampai kena DIALISIS - Bini aku tak kerja, aku ada anak2 dan ayah yg nak kena tanggung!!" Sayu bila saya baca email dia tu. Bila kami tanya awat hang ketegaq (degil) tak mau pi operate, dia reply balik, dia kata: "Insuran aku tinggal RM2000 ja....!!" Rupa2 nya sahabat baik kita nie, yg waktu mlm raya baru ni, waktu kita semua duk seronok main mercun dan beraya dengan kaum keluarga, dia SMS mai kat saya kata dia tengah otw duk pi hantar kain baju terpakai tu (mlm raya pun kerja amal lagi), rupa2 nya sahabat kita nie TAK DAK DUIT nak pi operate buah pinggang dia...tapi segan tak mau habag!! So, Ahad ni lepas puas kami pujuk, dia setuju nak pi, kami kata duit jangan risau, nanti kami usahakan. Buat permulaan sdra Aznee setuju slide kredit kad dia dulu. Saya nak merayu tuan/puan semua, nak minta tolong pakat-pakat huloq mai sorang sikit nak bantu sahabat baik kita nie...saya tak reti dah nak tulis mcm mana; cumanya saya memang mengharap sangat2 kalau boleh kita semua nie dapatlah kot tolong kawan kita ni sorang sikit. Dia dah tolong RAMAI orang dah...mailah kali nie kita pula RAMAI-RAMAI tolong dia pulak..moga2 kerja buat kita nie, macam juga kerja buat amal kita yg lain, akan dicatat dengan balasan pahala yg berlipat kali ganda hendaknya. Sekian Terima Kasih Moniermatdin YDP NGO Wargakilang http://dcckkilang.blogspot.com/2012/02/kisah-wahab-sahabatku.html |
__._,_.___
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment