Sunday, August 25, 2013

RG2011... Waytha Moorthy Fight Back

 

Waytha Moorthy pertahan pendirian bantah polis, mahu Zahid bekerjasama dengannya

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
August 26, 2013

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy kekal dengan pendiriannya membangkang tindakan polis menembak mati lima pemuda di Pulau Pinang baru-baru ini meskipun dikecam dua anggota Kabinet, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar) dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Beliau menegaskan pelantikannya ke dalam kerajaan adalah untuk menangani masalah kaum India kerana perbincangan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum dan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) menjelaskan tugasnya adalah bagi mencari penyelesaian dan pembangunan kepada masalah sosio-ekonomi masyarakat India.

"Bilangan mereka semakin bertambah dan membimbangkan. Adakah pihak yang pasti dengan menembak suspek ini dapat membasmi kadar jenayah negara?

"Saya menggesa Ahmad Zahid bekerjasama dengan saya bagi menangani isu ini supaya langkah pencegahan dapat diambil dengan sewajarnya," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Katanya, pembabitan belia India dalam jenayah adalah disebabkan lemahnya pembangunan sosio-ekonomi masyarakat India dan menjadi tugasnya membantu kerajaan dan kaum India bagi menangani isu ini.

"Berhubung kenyataan saya membabitkan insiden tembakan lima pemuda India baru-baru ini di Pulau Pinang, adakah dengan terbunuhnya lima pemuda itu dapat menyelesaikan masalah jenayah negara? Kejadian itu memberi lebih publisiti kepada masyarakat namun tidak mendatangkan penyelesaian.

"Semalam, Pengarah Cawangan Siasatan Jenayah (CID) Bukit Aman, (Datuk) Hadi Ho Abdullah mendedahkan rekod polis mendapati 71 peratus kumpulan kongsi gelap adalah dari kaum India. Banyak bandar utama di Malaysia terdedah kepada ancaman kumpulan ini begitu juga di Pulau Pinang," katanya.

Media melaporkan sebelum ini Ahmad Zahid menggesa Waytha Moorthy melepaskan jawatannya jika masih berfikiran umpama badan bukan kerajaan (NGO) apabila mempertikaikan tindakan polis menembak mati lima suspek penjenayah di Pulau Pinang baru-baru ini.

Menteri Dalam Negeri itu menegaskan dalam usaha memerangi jenayah, penjenayah seharusnya tidak menerima simpati umum.

Katanya, jika ada seorang tokoh yang pernah mengetuai NGO, dan menjadi anggota pentadbiran memberi komen negatif, maka individu berkenaan wajar berundur dari kerajaan dan kembali ke dalam NGO semula.

Ahmad Zahid juga sebelum ini dilaporkan pernah menasihati Waythamoorthy supaya tidak mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan dasar yang ditentukan kerajaan.

Hishammuddin turut menyokong kenyataan keras rakan Kabinetnya, Ahmad Zahid bahawa Waytha Moorthy perlu meletak jawatan sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sekiranya berfikir seperti pemimpin NGO.

Menteri Pertahanan itu berkata, Waytha Moorthy perlu berfikir secara rasional dan mengetepikan emosi kerana berfikir menggunakan emosi bukanlah kaedah kepimpinan yang waras. – 26 Ogos, 2013.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment