Wednesday, September 18, 2013

Re: RG2011... DIARY YB - N03 Selangor (BN)

 

Baguslah dapat kupon diskaun minyak..hehehe


2013/9/17 Mas Joko Mas Joko <abang_jo63@yahoo.com>
 

Indah hidup saling memberi. Mari kita kendurkan panas pemilihan di peringkat bahagian dengan tutorial on line saya bahagian pertama- Menggilap pemidato hebat. https://www.youtube.com/watch?v=ml47tr1XkW0&feature=youtube_gdata_player
Sempat ke Pt 14 Seri Gambut, melihat uzurnya jambatan utama yang menghubungkan petani dan dan pesawit ke jalan Bankenal@ Main Channel. Saya akan panjangkan permohonan ke ICU secepat mungkin.























Awal pagi di program gotong royong meruntuhkan dapur rumah sdra Zainal Kahar di pt 14 Serong Simpang 5. Masih ada lagi budaya ini di kampung.























Saya didatangi oleh para pengusaha kecil kedai makan dan dalam masa sama menyediakan sudut tetamu berkaraoke @ RM1 selagu. Baru2 ini mereka di kompaun RM50,000 kerana tiada permit hiburan. Kerajaan negeri jangan bertindak sewenang-wenangnya. Berikan garis panduan supaya para peniaga boleh mencari nafkah menyara kehidupan.



















Awal pagi berada di bagan Sungai Besar menyerahkan bendera dan kuih Bulan, sempena Perayaan Kuih Bulan. Ia disambut pada hari ke 15 pada bulan 8 kalendar Cina iaitu pada akhir Ogos hingga September. Kuih bulan diperbuat dari adunan manis berinti kacang merah atau adunan biji teratai atau kuning telur masin. 1 Malaysia.























Hadir di pengumuman Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera di UiTM Shah Alam. Sasaran usahawan kecil melalui tambahan pinjaman TEKUN dan Amanah Ikhtiar. Berharap perlaksanaan dipermudahkan.























Saat mereka mulai tidur saya mulakan projek memandaikan bangsa. Online sharing video akan berada pada tatapan semua. Apa topik? Tunggulah...























Ketika saya mula aktif beliau masih berusia 3 tahun, berulang saban waktu 260km memenuhi tuntutan aktivis. Sabda Nabi bermaksud- Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan kerenah, kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya Allah akan memasukkan ke dalam syurga dengan kelebihan rahmatNya untuk mereka. - Riwayat Ahmad dan Al Hakim.























Bersama adik-adik Kolej Komuniti dari seluruh negara yang berkampung di Sungai Panjang. Program RAPAT 2013. Nasi ambeng bukan nasi ambong..he..he























Sempat ke pt 16 sg panjang bertemu demgam puan Zakiah Samsi yang menghidap penyakit misteri. Kesihatan merosot dalam tempoh 6 bulan. Hospital gagal mengenalpasti sakit beliau. Beliau pohon pandangan sesiapa yang dapat mengubati beliau. Tq Anas Imran atas info di fb.























Politik baru adalah menghargai penyertaan. Pusat Khidmat saya didatangi oleh Firdaus-Pemuda Pas Sabak, Razali-Pemuda Pas Sungai Besar, Sang-DAPSY, Razak- AMK untuk diberi taklimat berkaitan Parlimen Belia mewakili Negeri Selangor oleh JBS Selangor. Sasaran 25k pemilih.














Salam sahabat di seluruh negara. Saya mengambil inisiatif menubuhkan Jaringan Pemidato Malaysia(JPM), sebagai wadah kita berkongsi pengalaman dan kemahiran dalam bidang pengucapan awam. Tunggu perkembangan lanjut, sahabat -cadangkan aktiviti penambahbaikan. Terima kasih Mohd Zaidi Sabri logo yang cantik
1






















Mencari masa meneliti final editing chapter 2. Ramai yang salah sangka dengan maksud retorik, ia sebenar seni berbahasa untuk memujuk. Buku 'Menggilap Pemidato Hebat' hanya akan berada di pasaran apabila saya berpuashati dari semua aspek.























Kembara Bahasa, DBP akan berkunjung ke Sungai Panjang pada 9 Oktober 13. Kami akan bersama dengan nyanyian puisi, deklamasi sajak, gamelan dan kuda kepang. Apa lagu puisi terbaik? Kekasih - Usman Awang..





















Saya telah melawat ke semua sekolah di dun Sungai Panjang dan bertemu hampir 1,000 orang calon UPSR. Esok sehingga Khamis mereka akan menduduki peperiksaan. Semoga berjaya. Pendidikan akan mengubah nasib keluarga.























Sehingga malam dipenuhi dengan tugasan rasmi cawangan, jamuan raya dan kenduri kahwin. Bertemu dengan lejen pa system - pak harun. Semenjak saya kanak2 lagi beliau sudah bisnes pa system. Tidak hairan perkakasan masih lejen, player kaset masih ada, harga yang paling murah di pasaran.




--
Xstream-BOP

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (2)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment