Bil TNB Anda Mahal Atau Naik Mendadak? Baca Ini Dulu.
telokbakong.blogspot.
amenoworld.blogspot.
Bill rumah aku pun naik mendadak. Baru2 neh aku ada tambah 2 buah kipas. Tapi pertambahan bill kat rumah aku tue takde kaitan dengan penambahan kipas sebab kipas tue aku baru tambah dalam masa seminggu lebih neh jek. Time raya. Tapi peningkatan bill kat rumah aku dah berlaku hampir 5 bulan dengan ada bayaran tunggakan tiap2 bulan.
Aku terkejut.
Aku bayar bill tiap2 bulan dalam sepanjang 5 bulan tersebut melainkan satu bulan je aku skip sebab tatau berapa aku kena bayar masa tue.
Aku bayar guna online jek.
So aku nak kan jumlah bayaran yang tepat untuk memasukkan bayaran. Sebelum neh aku beberapa kali bayar lebih tapi aneh dia tak tolak pula macam aku buat kat astro atau bill internet.
So sejak2 itu aku berkira dengan TNB. Aku akan bayar tepat2.
Aku, masuk bulan neh dah 3 kali aku terima notis tunggakan. Mula2 aku syak sebab aku skip satu bulan tue. So aku bayar bagi habis. Then aku terima lagi notis tunggakan. Aku syak mungkin bill tunggakan pertama tak termasuk dengan bill terkini aku. So aku bayar juga bagi habis. Dan kali neh aku terima lagi tunggakan.
Ini bisa membuatkan aku maki hamun neh. Semua tunggakan aku dah bayar pun ada tunggakan lagi? Aku buat kira2. Perbandingan kenaikan. Mula2 aku kena bayar rm30 ke bawah. Then RM40 ke bawah. Then terkini RM50 ke bawah. Rumah aku takde aircond. So jimat la sikit. Esok lusa nak pasang aircond mao aku panas ahti tengok bill. Padahal sendiri gak mengatal nak pasang aircond kan. Aircond nak, bayar bill taknak. Perangai haramjadah apekah itu?
KAH KAH KAH
Yang sebenarnya sepanjang bill elektrik aku naik, aku dah check. Takde apa sangat la berubah kat rumah aku neh. So mustahil la penggunaan dia boleh naik sampai rm20 sebulan.
rm20 tue pun banyak juga sebenarnya.
Dan baru2 neh aku dapat tahu satu benda. Ada sedara aku citer gini. Pekerja TNB yang datang check meter tue sebenarnya adalah kunci kepada penipuan jika mereka benar2 mahu melakukan penipuan.
Apa maksudnya tue?
Begini geng.
Katakanla tarikh bacaan meter kita 1 - 30 hb setiap bulan / 30 hari setiap bulan / pusingan bacaan. So pekerja tnb akan datang rumah kita baca meter pada hari ke 30. Kalau ikut pusingan hari.
Sekarang bayangkan. Jika dia datang lewat. Tiba2 jek dia datang pada 5 hb bulan seterusnya.
So kita yang akan dikenakan kadar lewat. Tanpa kita sendiri sedari.
Dari 1 - 30 hb = bill akan di charge ikut kadar domestik yang pertama.
Dari 1 - 5 hb = bill akan di charge ikut kadar domestik yang kedua [versi lewat].
Kadar yang kedua tue, dia mahal sikit dari kadar pertama. Dan kadar yang kedua itu akan di anggap kadar lewat meskipun yang lewat tue dorang, bukan nya kita. Dan kalau nak tahu, kadar lewat tue semestinya akan kekal dari dorang, tak mungkin dari kita. Apa jadahnya kita nak baca meter kita sendiri kan?
Oleh kerana kita tidak tahu, kita pun bayar tiap2 bulan.
Sama macam aku. Memang aku ada dapat bill macam tue. Aku nak check bill terkini aku dah hilang pula. Hilang lepas aku nekad nak g serang TNB sebelum raya hari tue. Hehe. Nak cari bill2 yang lepas pun takde guna nya. Kat mana2 hala tah aku campak. Yang ada notis tunggakan celaka ke. Takde banyak mana pun. RM40 pun tak sampai. Tapi disebabkan ia notis tunggakan dan kaler kuning pula tue, tetiba aku rasa wajib untuk aku marah.
KAH KAH KAH
Berbalik pasal dua kadar domestik yang berbeza tue.
Ini isu yang kita kena clearkan dengan tnb beb. Aku kurang kesedaran. AKu dah salah faham. Itu berlaku disebabkan aku kurang memberikan perhatian terhadap caj2 yang dipaparkan di bill aku. Tapi takpe. Sekarang aku dah disedarkan. So aku takan biarkan diri aku ditindas lagi. RM20 pun duit wo. Bukan turun dari langit. Kalau nak di ikutkan, inilah ajaran bersyukur yang sebenar. Jangan ingat rm20 tue bukan duit. Time sesak2 ko tahu la betapa besarnya rm20 tue. Siyes.
Dan kepada sesiapa yang rasa2 bill dia tetiba naik macam aku, boleh juga baca ini. PKR baru2 ini telah melancarkan satu laman web. Laman web ini dikhususnya untuk memunggut aduan berkaitan bill elektrik yang naik mendadak. Bukan sikit2 orang yang rasa beb. Ramai orang luahkan perkara yang sama. Kiranya neh bukan kes terpencil ah. Dah ramai orang alami benda sama, so something memang fishy gak la benda neh. Sebab tue kena selidik dan tanya TNB betul2. Nak pastikan benda neh sedetail detailnya.
Dan ingatlah. Jangan sesekali tiru stail aku. Main bayar je bill tanpa amek tahu maksud di sebalik caj2 yang ada atas bill tue. Mulai sekarang setiap bill elektrik yang korang terima, pastikan korang check betul2 sebelum bayar. Daripada bayar lebih kat TNB yang dah tentu kaya raya tue baikla korang belanja diri sendiri makan takpun derma kat tabung masjid. Dah tentu2 lebih berfaedah beb.
Fikir2kan la oke.
Hehe.
Comment
C++ ·
DeeDee AmenoWorld...
Aiyark... gua pon sudah kena... normal bill sekiatr RM140 sebulan... skrang sudah jadi RM200 sebulan wei... giler babat...
Aiyark... gua pon sudah kena... normal bill sekiatr RM140 sebulan... skrang sudah jadi RM200 sebulan wei... giler babat...
__._,_.___
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment