Sunday, September 22, 2013

RG2011... Fw: Kemalangan Di Perlumbaan Motosikal di Sepang.

 



Kemalangan Di Perlumbaan Motosikal di Sepang.[SIC] . 1 Maut 1 Kritikal..

telokbakong.blogspot
kachipemas.blogspot
 



Info: Perlumbaan Motosikal Malaysian Super Series yang berlangsung pada hari ini di Sepang dan esok telah dibatalkan kerana 1 kematian iaitu seorang pelumba 250cc (Melayu) 17 tahun Kritikal dan Marsyal SIC (India).Flag Man ..maut...Kejadian berlaku di trek masuk ke paddock,,Punca kejadian masih di siasat...

PERLUMBAAN pusingan ketiga Kejuaraan Motosikal Super Siri Malaysia (MSS) 2013 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) terpaksa dibatalkan semalam.
Ia gara-gara satu kemalangan yang berlaku di litar tersebut sehingga meragut nyawa seorang marshal perlumbaan dan mencederakan seorang pelumba pada sesi latihan.
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 12.30 tengahari itu, mangsa, Satish Suppiah dilaporkan meninggal dunia di Hospital Putrajaya selepas mengalami kecederaan serius di kepala.
Insiden tersebut berlaku apabila seorang pelumba, Mohd. Izzat Mohd. Abdul Hakin, 17, yang beraksi dalam kelas 250cc dipercayai gagal mengawal jenteranya di laluan lurus sebelum terbabas dan melanggar Satish yang berada di tepi litar tersebut.
Mangsa kemudian dirawat oleh pasukan perubatan di litar tersebut sebelum dikejarkan ke Hospital Putrajaya.
Izzat turut dilaporkan cedera parah di kepala dan sedang menerima rawatan di hospital yang sama.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SIC, Datuk Ahmad Razlan Ahmad Razali menjelaskan insiden maut yang kali kedua berlaku dalam masa tiga tahun di litar tersebut adalah sesuatu yang amat menyedihkan bagi arena sukan permotoran negara.
"Ini adalah satu berita yang amat menyedihkan dan mendukacitakan.
"Malah, ia juga kali kedua berlaku selepas insiden yang menimpa pelumba MotoGP, Marco Simoncelli pada tahun 2011.
"Saya difahamkan insiden ini terjadi di laluan yang lurus dan bukan di selekoh tajam atau sebagainya serta turut mencederakan seorang pelumba muda kita yang ketika ini saya dengar agak parah juga keadaannya.
"Bagaimanapun, saya rasa ia adalah satu peringatan kepada kita bahawa sukan permotoran adalah satu sukan yang berbahaya dan tidak boleh dipandang mudah.
"Saya bersimpati terhadap semua keluarga mangsa dan berharap pelumba muda kita yang cedera itu dapat diselamatkan," ujar beliau lagi.
Sementara itu, dalam satu kenyataannya, SIC menjelaskan bahawa susulan daripada insiden tersebut, pegawai perlumbaan dan pihak penganjur memutuskan untuk membatalkan terus saingan yang sepatutnya berlangsung pada hari ini dan esok.
Insiden itu juga masih lagi dalam siasatan polis dan Persatuan Automobil Malaysia (AAM) manakala tarikh baharu bagi perlubaan pusingan keempat MSS 2013 akan diumumkan tidak lama lagi.
 
Marshal tu saudara saya. Besok pengembumian. RIP Uncle Satesh. Flow Masta mark boy's father incident...
ape la korg nihhh.... dh nama ny lumba... msti la bhya, beza lumba litar n jlnan insurance bro... more safety... x melibatkn org awam... nk cakap pasal marshall tu, mbe ada silap kot, ajal kat mana2 boleh dtg bro.. aku 2 kli kna langgar kat dada, syukur alhamdulillah mseh hdup.. tau x sbab ape? ajal aku blom lgi...
 
 
Yg 17 tahun itu tidak meninggal still kritikal d hkl..mohon admin betulkn statement..tq Badrul Akmal B. Mohamad
aku pernah kerja sebagai recovery marshall kat sepang dr1999 sampai 2008.. satu kejadian yg melibatkan kawan aku dgn sebuah van RTM pada 2008(GT Japan) telah menginsafkan aku dr terus bekerja di sana. nasib baik kawan aku ada insuran sendiri. kalau tak ..haram.. sorang wakil SIC takde pun yg melawat beliau di hospital mahupun di rumah. patah tulang peha,retak tengkorak kepala. so pada yg masih kerja kat trek tu rentikan lah kerja kat sana dgn gaji 60 ringgit sehari subuh ke petang kekadang smpi senja. berpanas berhujan..korang tak dihargai ..
Abu Luqman said...

berlumba memang ..sign mati la..

bik mama said...

60 sehari je..lol bek jadi buruh binaan camtu..pakistan aku pun ade yg dibayar sehingga 70 sehari kerja dr 8pg sampai 5ptg..blum masuk ot lagi..

Anonymous said...

hentikan sja sukan jenis yg bahaya mcm nih sehingga aspek keselamatan gelanggang dipatuhi sepenuhnya. bayangkan siapa nak tanggung makan, pakai dan pendidikan keluarga mangsa?

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment