Wednesday, September 25, 2013

RG2011... Fw: Mahkamah Mesir Haramkan Ikhwanul Muslimin

 



 

Ini Kenyataan Ikhwanul Muslimin Berhubung Keputusan Mahkamah Membubarkannya

greenboc.blogspot.


Ikhwanul Muslimin mengeluarkan kenyataannya, Isnin (23/9/2013), berkaitan dengan keputusan mahkamah rejim kudeta yang membubarkan orrganisasi terbesar di Mesir itu. Berikut kenyataan tersebut yang diterjemahkan dari Dakwatuna, Selasa (24/9/2013):

"Hari ini, mahkamah Kaherah yang dipimpin oleh hakim Muhammad Sayid menjatuhkan hukuman yang melarang semua aktiviti gerakan Ikhwanul Muslimin, jemaah Ikhwanul Muslimin, semua yayasan cabang, atau yang ada kaitan, atau didirikan dengan dana dari Ikhwan, atau mendapatkan bantuan kewangan dan bantuan lainnya, dan lembaga-lembaga yang menerima bantuan dari Ikhwan atau anggota Ikhwan.

Selain itu, mahkamah juga membuat keputusan membekukan semua aset jemaah, baik yang berbentuk bangunan, aset bergerak, dana cair, yang dimiliki atau disewakan, maupun semua aset yang dimiliki oleh orang-orang yang ada kaitan dengan gerakan Ikhwan, untuk kemudian dimanfaatkan negara sesuai dengan undang-undang Mesir sebagaimana mestinya.

Ikhwanul Muslimin menegaskan bahwa keputusan mahkamah ini bersifat diskriminatif, balas dendam, politik, dan berusaha untuk menghancurkan pihak tertentu. Keputusan ini tidak mengejutkan, kerana tujuannya hanya untuk dijadikan untuk menutup semua kejahatan yang telah dilakukan tentera mulai dari 3 Julai lalu. Pihak tentera telah menangkap lebih dari 15 ribu orang Ikhwan, termasuk di dalamnya Mursyid 'Am, Muhammad Badi' dan dua orang wakilnya. Mereka juga telah membakar pejabat-pejabat Ikhwan, membunuh anggota Ikhwan, dan menuduh para peserta demonstrasi a man dengan tuduhan yang sengaja diada-adakan.

Ikhwanul Muslimin ingin mengingatkan tentera tentang para pendahulu mereka yang pernah melakukan hal yang sama. Dulu mereka mengira dapat menghilangkan Ikhwan dan anggotanya dari masyarakat Mesir.

Padahal Ikhwan adalah bahagian yang sangat penting dalam masyarakat; memberikan denyut kehidupan, membimbing, memberi dan merangkul semua lapisan masyarakat. Penerimaan masyarakat terhadap Ikhwan terbukti dengan lima kemenangannya dalam proses demokrasi. Ketika ini, demonstrasi yang terus saja terjadi di Mesir juga membuktikan bahwa masyarakat akan terus bersama Ikhwan mendukung demokrasi, menentang kudeta tentera, membela kebebasan rakyat dalam berjuang, mengembalikan kemerdekaan bangsa dan masa depan generasinya.

Keputusan yang bersifat diskriminatif, balas dendam, politik, dan berusaha menghancurkan pihak tertentu ini, dikeluarkan oleh mahkamah yang tidak memiliki kuasa untuk mengeluarkannya. Selain itu, isi keputusannya juga melebihi tuntutan yang diajukan oleh pihak penuntut.

Sebenarnya, tuntutan hanya diajukan untuk lembaga swasta yang diatur oleh undang-undang lembaga swasta. Oleh kerana itu, keputusan seperti ini belum pernah dikeluarkan oleh rejim sekejam apapun, dan di manapun. Pengeluaran keputusan ini hanyalah rentetan baru kejahatan pemerintah kudeta.

Ikhwanul Muslimin adalah fikrah, manhaj, dan jamaah. Ikhwan telah ada, dan akan selalu ada. Ikhwan akan terus berjalan menyeru semua orang kepada Allah swt., setia dengan janji kepada-Nya, dan berbakti kepada negara dan rakyatnya. Ikhwan akan terus memegang prinsip dakwahnya yang penuh hikmah, mau'izah hasanah, dilakukan dengan cara-cara yang aman dan menghormati undang-undang yang adil.

Ikhwanul Muslimin adalah dakwah yang mengajak kepada kebenaran, kekuatan dan kebebasan. Dia melintasi semua batas geografi dan politik, untuk memelihara umat dan bangsanya agar tetap berjuang demi negara, dengan tetap memegang prinsip dan menjaga manhajnya. Tujuannya adalah agar seluruh bangsa dapat hidup mulia dan merdeka dengan cahaya Islam yang diridhai Allah swt. Kejahatan penguasa tidak akan pernah melemahkan perjuangan kami."

Niscaya orang-orang yang zalim akan segera mengetahui akhir kezalimannya. Allahu Akbar Wa Lillahil Hamdu.

Ikhwanul Muslimin, 23 September 2013


ULASAN GB

GB tertarik dengan perenggan terakhir kenyataan di atas iaitu:

Niscaya orang-orang yang zalim akan segera mengetahui akhir kezalimannya.

GB sentiasa, di dalam blog ini mengingatkan pihak tertentu tak kira siapa dan dimana termasuk di Malaysia ini bahawa rancangan jahat dan zalim itu tidak akan menimpa orang lain, sebaliknya akan menimpa mereka yang merancangnya.

Itu adalah hukum kebenaran dan keadilan. Itu adalah hukum Allah dan tercatat jelas d dalam Al-Quran:


Sambil bersikap sombong di bumi dan berusaha merancangkan rencana jahat, dan tidak ditimpakan dengan rancangan yang jahat itu melainkan orang yang merancangkannya sendiri. Maka tiada yang mereka tunggu melainkan seperti berlakunya kebinasaan ke atas orang yang telah lalu. Kerana engkau tidak akan mendapati perubahan bagi Sunnatullah, dan engkau tidak akan mendapati Sunnatullah itu menyimpang.[Fatir: 43]

comments:

Anonymous said...

Allah sentiasa bersama pejuang kebenaran yang tak disangka oleh manusia sepanjang zaman.konon nak lemahkan Islam dimesir oleh agen yahudi tapi manusia jahat selalu lupa selagi belum kiamat akan ada pejuang yang akan bangun menentang musuh Islam dimana saja dalam dunya milik Allah.

Anonymous said...

Kemenangan silih berganti. Namun demikian Islam akan tetap memegang kebenaran dalam masa kalah atau menang.Allah bersama perjuangan Islam.

Anonymous said...

Puak-puak na'uzubillah ini lupa sebenarnya siapa yang mahaberkuasa di dunia ini. Semakin dihimpit dan diasak, pertolongan Allah semakin hampir. Hanya kesabaran sahaja yang akan mencapai matlamat ini. Takbiiirr.

Anonymous said...

ulasan2 yg baik belaka.....
allahuakbar.....

Anonymous said...

Syurga yg kekal abadi bagi mereka yg berusaha menegakkan agama Allah, wlu diperlakukan dgn kejam di dunia.

Allah kan dah sebut dlm quran, antaranya dlm surah Yasin yg org kita baca tiap2 malam Jumaat tu.

Anonymous said...

Sudah i cakap dahulu. Kalau kau buburkan 1 ikhwanul muslimin akan muncul 10 lagi ikhwanul muslimin. Kalau bubarkan lagi 10 ikhwanul muslimin akan muncul lagi 100 ikhwanul muslimin dan tidak akan kehabisan sampai bila - bila. Ikhwanul Muslimin tak akan lenyap sehingga ia jadi mimpi ngeri kepada USA, Isreal dan semua munafik.

 

Mahkamah Mesir Haramkan Aktiviti Ikhwanul Muslimin

greenboc.blogspot.


Mahkamah di Kaherah telah mengharamkan "semua aktiviti-aktiviti" yang dijalankan oleh Ikhwanul Muslimin, demikian lapor Ahram Online

Keputusan yang diputuskan semalam terpakai kepada pertubuhan tersebut, NGO dan "mana-mana organisasi yang dibentuk olehnya," kata hakim.

Mahkamah juga mengarahkan kerajaan sementara Mesir untuk merampas dana pertubuhan itu dan membentuk sebuah panel untuk mentadbir aset yang dibekukan sehingga apa-apa rayuan telah didengar.

Satu sumber Ikhwanul Muslimin memberitahu Ahram Online, mereka akan membuat rayuan dalam masa sepuluh hari.

Pertubuhan Islam itu telah wujud di luar undang-undang Mesir selama beberapa dekad dan hanya secara rasmi didaftarkan sebagai NGO pada Mac 2013.

Tuntutan itu difailkan oleh parti berhaluan kiri, Tagammu.

Keputusan yang diputuskan itu bukanlah satu-satunya cabaran kepada kewujudan kumpulan Islam yang berusia 85 tahun itu.

Pada 2 September lalu, Lembaga Pesuruhjaya Negeri Mesir, sebuah badan yang menasihatkan kerajaan mengenai isu-isu undang-undang, mengesyorkan pembubaran Ikhwan selepas dakwaan mereka terlibat dengan pengganas bersenjata.

Cadangan pihak berkuasa itu - yang tidak terikat - telah dibuat selaras dengan Undang-undang 84 tahun 2002, yang melarang organisasi dan institusi bukan kerajaan daripada membentuk kumpulan separa tentera.

Pihak berkuasa Mesir telah melancarkan tindakan keras terhadap kumpulan berikutan penyingkiran Presiden Mohamed Mursi - yang berasal dari Ikhwanul Muslimin - oleh pihak tentera pada 3 Julai.

Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin, Mohamed Badie, dan ramai pemimpin tertinggi dan peringkat pertengahan telah ditahan dan berhadapan dengan tuduhan termasuk hasutan keganasan terhadap lawan mereka.

Pada 17 September, pendakwa raya Mesir membekukan aset beberapa pemimpin kanan Ikhwan dan Islamis lain yang terkenal sebagai sebahagian daripada siasatan hasutan keganasan semasa demonstrasi.

Mohamed Badie, timbalan mursyidul am Khairat El-Shater, setiausaha agung Ezzat Ibrahim dan pemimpin kanan Mohamed El-Beltagy adalah antara berpuluh-puluh pemimpin Islam terkemuka disasarkan oleh pihak berkuasa.

Langkah mengharamkan aktiviti Ikhwanul Muslimin dan cabang politiknya, Parti Kebebasan & Keadilan dilihat oleh ramai permerhati politik sebagai usaha kerajaan Mesir untuk menghalang Dr.Mursi kembali sebagai Presiden dan menafikan penyertaan Ikhwanul Muslimin di dalam pilihanraya yang bakal diadakan.

comments:

 

mama said...

dunia akhir zaman..
semoga Allah melindungi kita semua

Anonymous said...

Selagi tentera mesir yg di sokong amerika tidak d lupuskan dari bumi mesir dan d bentuk tentera mesir baru dari golongan yg pro islam, maka selagi itu kedamaian d mesir tidak akn tercapai... Biarpun presiden yg sekular d gulingkan namun candu dan penyakit yg sbenar yg akn melemahkan kmpulan islam yg btul2 berjuang atas prinsip al quran dan al sunnah yg berakar dlm tentera mesir tidak d hapuskan maka jgn harap rakyat mesir buleh mmbentuk k'jaan islam yg sebenar...Ibu segala penyakit yg mndera setiap rakyat mesir yg lkhlas mahu mndaulatkan islam adalah amerika laknatullah... mari kita semua perangi amerika.. Allahu Akbar...

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment