Saturday, September 21, 2013

RG2011... Fw: Pakai Baju Kurung Mudah Dirogol?

 




Baju kurung ketat nampakkan bonjolan buah dada tingkatkan risiko dirogol.

malaysiaberih.blogspot.
utaranews.com
 
Pegawai Perhubungan Awam AMANITA PDRM, Inspektor Q Sheila berkata, berdasarkan trend kes rogol terkini, kebanyakan mangsa yang memakai baju kurung mudah menjadi mangsa disebabkan pakaian itu.Menurutnya, pakaian itu juga boleh dijadikan peralatan untuk memudahkan suspek melakukan perbuatan terkutuk itu.

"Saya tidak cakap tidak boleh pakai baju kurung, tetapi wanita harus berhati-hati kerana pelaku ini berada di mana sahaja. Jadi sebagai wanita tidak seharusnya kita memberi peluang kepada mereka," katanya ketika memberi ceramah pada Kempen Pencegahan Jenayah & Keganasan Terhadap Wanita dengan kerjasama KRT Taman gasing Indah, di Dewan Sivik MBPJ, semalam.

Menurutnya, aksesori lain yang sering dipakai oleh wanita pada tubuh badan tanpa disedari juga berisiko menjadi senjata kepada penjenayah.

"Klip rambut, beg tangan, kerongsang boleh digunakan penjenayah sebagai senjata kerana ada kes barang ini digunakan untuk mencederakan mangsa. Jadi kena kurangkan pemakaian aksesori pada tubuh," katanya.

Selain itu, wanita juga perlu bijak sekiranya berada berseorangan terutama di dalam lif dan kawasan tempat letak kereta.

"Berdiri dalam posisi yang rapat dengan dinding lif juga membantu agar penjenayah tidak boleh mengambil kesempatan, begitu juga ketika meletakkan kenderaan di parkir yang sunyi, sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling sebelum masuk dan keluar dari kenderaan," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menyarankan agar wanita mempunyai peralatan bagi menangkis serangan penjenayah.

"Peralatan ini banyak di pasaran, boleh beli mana yang sesuai dan lazimnya pilihlah peralatan yang mudah dibawa dan digunakan," katanya.

 

Pakai Baju Kurung Mudah Dirogol?

greenboc.blogspot.


Wanita yang memakai baju kurung berisiko menjadi mangsa rogol.

ULASAN GB

Menarik. Samada benar atau tidak, samada ada kajian atau pun tidak, kenyataan daripada AMANITA PDRM itu perlu diberikan perhatian.

Baju kurung berkemungkinan boleh mengakibatkan kejadian rogol jika:

baju kurung itu terlalu nipis atau ketat sehingga menampakkan tubuh badan
baju kurung itu tidak lengkap dengan pemakaian tudung (hijab) sehingga menampakkan rambut dan buah dada
baju kurung itu disertakan dengan aksesori seperti kerongsang dan sebagainya
baju kurung itu terlalu berwarna warni dan dari kain terlalu licin
berbaju kurung tetapi berperangai gedik dan berakhlak rendah

Namun, yang penting sebenarnya ialah undang-undang. Kes rogol yang menjadi-jadi adalah kerana undang-undang yang ada kini kondusif terhadap kejadian rogol.

Kebenarannya: hukum Islam tidak dilaksanakan, menyebabkan denda kesalahan rogol tidak menakutkan si perogol!

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment