Friday, September 20, 2013

RG2011... Fwd: IniKalilah™

 



IniKalilah?????? | Blog Isu Hangat, Semasa dan Terkini.

IniKalilah??????

Link to IniKalilah?????? | Blog Isu Hangat, Semasa                      dan Terkini.

BERITA TERKINI!!! Bas Terbabas Ke Gaung [BACALAH...]

Posted: 20 Sep 2013 08:19 AM PDT

BERITA TERKINI!!! Bas Terbabas Ke Gaung [BACALAH...]

SLIM RIVER: Seramai 12 daripada 17 penumpang cedera apabila bas ekspres dari Kuala Lumpur ke Taiping melanggar kereta yang berpusing selepas terbabas di tengah Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di kilometer 380.2 petang tadi.

Dalam kejadian 5.30 petang itu, sebuah kereta Mazda dikatakan hilang kawalan secara tiba-tiba sebelum melanggar besi pembahagi di tengah lebuh raya dan berpusing di hadapan bas.????

Pemandu cuba mengelak ke kiri lebuh raya tetapi gagal menyebabkan kenderaan itu merempuh kereta berkenaan sebelum kedua-duanya terbabas ke gaung sedalam hampir enam meter.

Selain 12 penumpang bas yang cedera ringan, pemandu dan seorang penumpang kereta itu turut parah dan mereka dihantar ke Hospital Slim River. - Metro.

GEMPAR!!! Wanita Ditembak Ketika Sedang Tidur [SAKSIKAN...]

Posted: 20 Sep 2013 02:29 AM PDT

GEMPAR!!! Wanita Ditembak Ketika Sedang Tidur [SAKSIKAN...]

KUANTAN - Seorang wanita cedera di tapak kaki kiri dipercayai ditembak dengan senjata api di rumahnya di Sungai Ular, Balok dekat sini awal pagi semalam.
????
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Supt Aziz Ahmad berkata kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 12 tengah malam semasa mangsa yang berumur 37 tahun sedang nyenyak tidur bersama anak lelakinya berusia sembilan tahun manakala tiga lagi anaknya tidur di bilik berasingan.
????
Katanya mangsa yang hamil empat bulan dan bekerja sebagai tukang cuci itu hanya tersedar daripada tidur selepas berasa sakit di tapak kaki kirinya.
????
"Mangsa yang mendapati kakinya berdarah itu segera menghubungi suaminya berusia 47 tahun yang bekerja sendiri dan kebetulan tiada di rumah semasa kejadian untuk ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.
????
"Susulan rawatan kira-kira jam 2 pagi semalam, pegawai perubatan mengesahkan tapak kaki mangsa cedera akibat ditembak dengan senjata api. Mangsa hanya membuat laporan polis di Balai Polis Kuantan pagi tadi," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata polis bergegas ke rumah mangsa pagi tadi dan siasatan awal mendapati percikan serbuk belerang timah dipercayai kesan tembakan itu juga ditemui.
????
"Selain itu satu lubang dipercayai bekas tembakan turut ditemui menembusi dinding papan bawah tingkap di bilik mangsa," katanya.
????
Kata Aziz polis masih lagi menyiasat motif kejadian terbabit sama ada cubaan membunuh atau menyamun mangsa.
????
"Mangsa kini dalam keadaan stabil namun masih trauma dengan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,' katanya.
????
Sementara itu adik lelaki mangsa berkata kakaknya berada dalam keadaan stabil dan kini masih dirawat di HTAA.???? - Bernama

GEMPAR!!! Gambar Ngeri Mangsa Tetak [SAKSIKAN...]

Posted: 19 Sep 2013 11:37 PM PDT

GEMPAR!!! Gambar Ngeri Mangsa Tetak [SAKSIKAN...]
Siri syukur... negaraku aman damai... boleh main layang layang..
Butir mangsa:-
Nama: Pragash a/l Govindran
Kpt: 900117-06-5195
Kerja: meniaga restoran makan di city one plaza masjid india kl

Mangsa menyatakan telah diserang 2(l)(i) tidak dikenali (1 pakai topi dan 1 tidak memakai apa2) mangsa tidak dapat disoal secara detail. Motif kejadian tidak diketahui.

Siasatan tempat kejadian:-
1. Rumah mangsa merupakan rumah flat 11 tingkat rumah mangsa tingkat 5. Pintu grill dan daun pintu tiada kesan pecah / umpilan.
2. Mangsa putus pergelangan tangan kanan akibat ditetak dipercayai menggunakan parang
3. Kejadian rumah tiada saksi bebas setakat ini
4. Mangsa masih gagal ditemubual
5. Isteri mangsa masih ditemubual dan dlm keadaan trauma
6. Pasukan siasatan masih ditempat kejadian
via King Jason.

MESIR TERKINI!! Mursi Ikrar Berjuang Hingga ??????Nafas Terakhir?????? [SAKSIKAN...]

Posted: 19 Sep 2013 11:22 PM PDT

KAHERAH - MESIR. Presiden Mesir digulingkan Mohamed Mursi, berikrar berdiri teguh hingga ??????nafas terakhir?????? untuk menentang rampasan kuasa tentera yang membawa kepada pemecatannya.

Sejak ditahan 80 hari lalu, beliau dibawa ke lokasi rahsia yang terus menjadi persoalan kepada jutaan penyokong dan keluarganya termasuk masyarakat dunia.


Difahamkan melalui laporan Press TV, Rabu lalu, peguam Mursi Mostafa Atteyah berkata, Mursi diberi kebenaran menghubungi keluarganya buat kali pertama sejak ditahan tentera 3 Julai lalu.


Dalam perbualan itu, Mursi memberitahu, beliau tetap dengan pendirian untuk tidak meletak jawatan dan akan berjuang habis-habisan.


Sementara itu, agensi media Anadolu Turkey memetik dari satu sumber rapat keluarga itu sebagai berkata, Mursi masih menganggap dirinya sebagai pemimpin sah di negara Afrika Utara.


Sejak penggulingannya, ratusan rakyat terus melakukan demonstrasi sebagai mendesak pembebasan pemimpin itu dan menolak pemerintahan tentera. - SH.

BONGKAR!!! Agihan Bantuan Berasas Kaum Tidak Akan Berjaya [BACALAH...]

Posted: 19 Sep 2013 06:38 PM PDT

BONGKAR!!! Agihan Bantuan Berasas Kaum Tidak Akan Berjaya [BACALAH...]

Bantuan kewangan berasaskan kaum dan rancangan memperkasa Bumiputera akan tersasar matlamatnya seperti polisi terdahulu???? dan kaum Melayu akan lebih mendapat manfaat jika Perdana Menteri memberinya kepada kumpulan miskin, kata Professor Emeritus???? Datuk Dr Mohamed Ariff.

Beliau berkata, kaum Melayu membentuk 80 peratus isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan.

Maka, katanya, cadangan seperti meningkatkan saham unit amanah Bumiputera di bawah program???? Amanah Saham Bumiputera???? tidak akan membantu kaum Melayu miskin, kerana mereka tidak mampu membeli unit amanah.

Merujuk kepada usaha jangka masa panjang berasaskan kaum, beliau berkata: "Polisi Ekonomi Baru mempunyai matlamat???? jujur tetapi kekayaan yang diagihkan menerusinya tidak melepasi kepada kaum Melayu yang kurang bernasib baik. Kekayaan kekal???? dalam kumpulan kecil."

Katanya, perkara sama akan berlaku lagi dan pendapat beliau senada dengan pandangan yang dikeluarkan oleh bekas menteri Zaid Ibrahim???? semalam kepada The Malaysia Insider.

Zaid berkata, "Saya tidak melihat keperluan polisi khusus kepada satu-satu kaum. Itu semua mengarut dan idea membantu???? kumpulan tertentu dengan polisi tidak lagi diperlukan.

"Jika Melayu masih ramai yang miskin. Ada sesutu yang tidak kena dengan polisi."

Sabtu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak melancarkan program Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang???? menggariskan lima teras iaitu meningkatkan daya modal insan, memantapkan ekuiti Bumiputera dalam sektor korporat,???? mengukuhkan aset bukan kewangan, memperhebat keusahawanan dan memantapkan ekosistem penyampaian kerajaan terhadap???? golongan Bumiputera.

Beberapa usaha itu termasuk beberapa bahagian program ekonomi termasuk bantuan kewangan, yang menurut???? Putrajaya adalah bertujuan membantu Bumiputera.

Penganalisis sebaliknya melihat langkah itu sebagai usaha untuk meraih sokongan menjelang pemilihan parti Umno bulan depan,???? malah pakar perlembagaan, Dr Azmi Sharom berkata ia pencabulan Perlembagaan Persekutuan yang menjanjikan???? kesaksamaan.

Kenyataan Dr Ariff bagaimanapun hanyalah pandangan sekumpulan kecil daripada pemimpin Melayu berpengaruh yang menolak polisi???? berasaskan kaum tersebut, serta mempertahankan perkara sedemikian tidak akan berjaya.

"DEB (Dasar Ekonomi Baru) telah lama digunakan dan kerajaan sewajarnya bergerak dengan dasar yang lebih berkesan daripada???? berasaskan kaum kepada yang lebih memerlukan.

"Peralihan dasar akhirnya akan memberi manfaat kepada orang Melayu kerana ia membentuk sebahagian besar 40 peratus daripada???? isi rumah golongan berpendapatan rendah," katanya.

DEB yang diperkenalkan pada 1971 oleh Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein bertujuan mencapai perpaduan???? negara dan integrasi nasional, kemudiaan digantikan dengan Model Ekonomi Baru (MEB) yang lebih ke arah meritokrasi di samping???? mengekalkan keistimewaan ekonomi kepada Melayu yang menjadi asas utama dalam dasar DEB.

Dr Ariff berkata, dasar kerajaan kelihatan bersifat populis dan tidak memberi tumpuan.

Katanya, pemberian hanya perlu diberikan dalam keadaan krisis, seperti kebuluran, kerana mereka mengeluarkan insentif untuk???? bekerja keras.

??????Orang Melayu tidak akan mampu untuk bersaing dalam persekitaran global jika mereka terus bergantung kepada bantuan,?????? katanya.

Menurut Zaid, kerajaan seharusnya memberi bantuan kepada setiap kaum berdasarkan keperluan mereka, termasuk mereka yang???? bukan Bumiputera mahupun Melayu.

"Agenda Bumiputera itu adalah satu bentuk diskriminasi dan tidak adil kepada kaum lain," katanya.

Zaid berkata,persepsi Bumiputera tidak mampu bersaing secara efektif dengan kaum lain juga tidak tepat, kerana polisi yang???? kononnya ingin membantu mereka itu akan membuatkan mereka menjadi malas. - 20 September, 2013.
- TMI

TERKINI!!! BlackBerry Baru Direka Untuk Penuhi Pasaran Semasa [SAKSIKAN...]

Posted: 19 Sep 2013 06:17 PM PDT

TERKINI!!! BlackBerry Baru Direka Untuk Penuhi Pasaran Semasa [SAKSIKAN...]

BLACKBERRY melancarkan telefon pintar terbarunya BlackBerry Z30 yang merupakan BlackBerry bersaiz paling besar, terpantas dan lebih maju berbanding model sebelum ini.

Pengarah Urusan BlackBerry Malaysia Annamalai Muthu berkata, sepanjang tahun lalu, jumlah pelanggan BlackBerry bertambah sehingga 300 peratus.

??????Pasaran Malaysia sangat penting kepada kami dan kerana itulah kami ingin menunjukan penghargaan kepada pasaran BlackBerry di Malaysia.


??????Di Malaysia, terdapat 140 peratus peluang penembusan telefon bimbit dengan jualan telefon pintar meningkat 12 peratus dari tahun ke tahun,?????? katanya.

Malaysia adalah antara dua negara Asia Pasifik yang akan melancarkan Blackberry Z30 pada 5 Oktober 2013.


Menurut beliau, saiz skrin lima inci merupakan pilihan pengguna masa kini, menyebabkan BlackBerry membuat lebih banyak pelaburan baru bagi telefon pintar bersaiz lima inci.


BlackBerry Z30 boleh didapati di pasaran pada harga RM1,998. - SH.

[GAMBAR] Bayi Maut Di Pusat Asuhan [SAKSIKAN...]

Posted: 19 Sep 2013 05:10 PM PDT

[GAMBAR] Bayi Maut Di Pusat Asuhan [SAKSIKAN...]

KUALA LUMPUR: "Saya lihat kepalanya sudah terkulai ketika meletakkannya di kerusi bayi di dalam kereta malah muka dan bibir sudah kebiruan malah ketika menjerit memanggil namanya pun anak saya tidak membalasnya," kata Muhamad Norman Rosman, 26. bapa kepada bayi lelaki berusia tujuh bulan yang maut di pusat asuhan kanak-kanak di Wangsa Maju, di sini, semalam.

Bayi malang itu, Muhamad Qhaliff Muhamad Norman disahkan oleh doktor meninggal dunia dua jam sebelum bapanya menjemput anaknya itu kira-kira jam 5.30 petang semalam.

Menceritakan kejadian itu, Norman berkata, dia menjemput anaknya itu seperti biasa di pusat asuhan terbabit dan menyangka anaknya sedang tidur.

Menurutnya, bagaimanapun sebaik masuk ke dalam kereta dia terkejut apabila kepala anaknya terkulai sementara muka dan bibir kebiruan.




"Saya kemudian meminta penjelasan pekerja di situ namun jawapan diberikan mengecewakan kerana mereka memberitahu tidak mengetahui apa yang berlaku kepada anak saya.
????

"Bimbang dengan keadaan Qhaliff saya terus menghantarnya ke sebuah klinik swasta berhampiran sebelum doktor mengesahkan anak saya sudah meninggal dunia lebih kurang dua jam," katanya ketika ditemui di perkarangan bilik mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, malam tadi.

Norman berkata, dia sekali lagi mendapatkan penjelasan daripada pekerja pusat asuhan itu dan memaklumkan kejadian menimpa anaknya.

"Ketika itu baru mereka memberitahu anak saya sebelum itu ada mengalami muntah darah namun mereka menyangka tidak serius dan tidak memaklumkan kejadian itu kepada saya dan isteri.

"Tindakan mereka tidak memaklumkan kejadian itu mengecewakan saya kerana sejak lahir anak saya tidak mempunyai masalah sebaliknya hanya sukar minum susu," katanya.

Beliau berkata, dia menghantar anaknya itu bersama seorang lagi anak perempuan berusia dua tahun kira-kira jam 11.30 pagi.

"Ketika itu anak saya ceria dan bermain dengan kakaknya seperti biasa. Namun tidak menyangka perkara ini terjadi dan saya juga sudah membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju untuk tindakan selanjutnya,?????? katanya. - Metro.


__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (41)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment