Chong Wei muncul juara Terbuka Jepun buat kali keempat
22/09/2013 3:57pm
Pemain berusia 31 tahun itu mempamerkan aksi bertenaga menumpaskan pemain tuan rumah Kenichi Tago 23-21 dan 21-17 dalam masa 55 minit, demikian menurut laman web kejohanan; www.yonexopenjp.com.
Untuk rekod, Chong Wei memenangi Terbuka Jepun sebanyak tiga kali iaitu pada 2007, 2010 dan 2012.
Beberapa wakil negara sebelum ini terkandas seawal pusingan pertama dan kedua kejohanan sekali gus menyaksikan Chong Wei menjadi pemain tunggal yang terus mengibarkan cabaran negara pada kejohanan itu.
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tidak menghantar wakil dalam acara beregu lelaki serta perseorangan dan beregu wanita pada kejohanan itu. - Bernama
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0922&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_07.htm#ixzz2fdNF2TfQ
Hakcipta terpelihara
Mayat seorang pelajar lemas di Sungai Bidor ditemui
22/09/2013 9:14pm
Abdul Rahman Abdul Aziz, 13, yang berasal dari Kampung Ayer Hitam dikatakan tergelincir dari tebing sungai itu ketika melihat rakan-rakannya mandi pada pukul 12.15 tengah hari.
Ketua Pasukan Bomba dan Penyelamat Zon Perak Selatan, Abdul Samad Hashim berkata, mayat remaja itu ditemui pada pukul 4.27 petang tidak jauh dari tempat dia dilapor tergelincir.
"Mangsa dipercayai hanya melihat rakan-rakannya mandi dari tebing sungai kerana tidak tahu berenang tetapi dia dilapor tergelincir ke dalam sungai," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata usaha mencari dan menyelamat dijalankan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tapah serta empat anggota Rela.
Difahamkan, Abdul Rahman
Mayat remaja itu dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat. - Bernama
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0922&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_19.htm#ixzz2fdLn6JKD
Hakcipta terpelihara
TH tawar kuota haji kepada balu jemaah haji meninggal di Tanah Suci
22/09/2013 7:44pm
Beliau berkata, pendekatan baharu itu adalah usaha TH untuk menambahbaik khidmat kebajikan kepada jemaah haji negara ini.
"Selain menyediakan kuota, jika berlaku sebarang kematian melibatkan jemaah haji, saya sendiri atau ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji akan turun untuk menziarahi waris jemaah untuk menyampaikan bantuan.
"Kita juga akan pastikan barang jemaah haji yang meninggal itu dihantar pulang kepada keluarga atau warisnya," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menziarahi keluarga Allahyarham Daud Kamsani, 64, di sini hari ini yang merupakan jemaah haji pertama negara ini yang meninggal dunia di tanah suci pada musim haji ini.
Allahyarham Daud dilaporkan meninggal dunia di Madinah pada 15 September lepas akibat masalah jantung dan telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Baqi Madinah pada hari yang sama.
Setakat ini dua kematian jemaah haji dilaporkan dengan seorang lagi ialah Hashim Abdul Latif, 60, dari Kampung Rapat Jaya, Ipoh Perak, yang meninggal dunia di Makkah awal pagi semalam.
Dalam pertemuan itu, Abdul Azeez turut mengumumkan TH akan memberikan kuota untuk mengerjakan haji pada tahun depan kepada balu Allahyarham Daud, Saniah Sanusi, 56, dan anaknya Muhamad Hanafe, 30.
Selain itu turut disampaikan bantuan khairat kematian sumbangan TH berjumlah RM1,500. - Bernama
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0922&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_17.htm#ixzz2fdM2KFVe
Hakcipta terpelihara
Seorang jemaah haji Malaysia meninggal dunia
22/09/2013 7:41pm
MEKAH - Seorang lagi jemaah haji
Hashim Abdul Latif, 60, meninggal dunia akibat serangan jantung semasa menerima rawatan di klinik Maktab Rehab Al Janadriyah di Al Bisyarah Mawaddah di sini pada pukul 12.01 pagi waktu tempatan.
Ketua Rombongan Haji Malaysia Tabung Haji (TH), Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, jenazah Hashim telah diurus oleh TH dan dikebumikan di tanah perkuburan Ma'la selepas solat Zohor.
Hashim yang berasal dari Kampung Rapat Jaya,
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0922&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_16.htm#ixzz2fdME0wam
Hakcipta terpelihara
Graduan kini berdepan saingan sengit sektor pekerjaan - Raja Muda Perlis
22/09/2013 7:22pm
KANGAR - Graduan perlu meningkatkan kemahiran dan keupayaan mereka untuk bersaing dalam pasaran kerja yang kian sengit, demikian titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.
Menurut baginda, kecemerlangan akademik yang dipaparkan melalui Ijazah dan Diploma akan lebih bermakna jika setiap graduan bekerja keras untuk menyakini majikan, bahawa mereka benar-benar layak dan terlatih dalam bidang pekerjaan yang dipilih.
Bertitah pada sidang ketiga konvokesyen ke-8 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Dewan 2020 di sini hari ini, baginda mengingatkan graduan bahawa persaingan untuk mendapat pekerjaan menjadi lebih mudah jika mereka memiliki kemahiran luar biasa.
"Pihak majikan amnya mengenakan kriteria ketat untuk memilih calon dan biasanya akan memberi tumpuan kepada mereka yang mempunyai kelebihan bersaing termasuk memiliki kemahiran luar biasa," titah baginda yang juga Canselor UniMAP.
Sebanyak 537 graduan menerima ijazah yang disampaikan Tuanku Syed Faizuddin pada sidang ketiga konvokesyen itu hari ini. - Bernama
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0922&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_14.htm#ixzz2fdMRv36k
Hakcipta terpelihara
Malaysia terlepas satu emas, atlet karate cedera
22/09/2013 5:13pm
PALEMBANG - Malaysia terlepas satu pingat emas pada hari pertama temasya Sukan Perpaduan Islam di sini, apabila sandaran pingat emas negara bagi acara karate, Ricky Leong Tze Wai tidak dapat diturunkan esok, setelah mengalami kecederaan serius pada tangan kiri, ketika menjalani latihan pagi tadi.
Ketua kontinjen negara, Datuk Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin berkata, beliau terkilan setelah menerima berita tersebut namun tetap optimis sasaran negara untuk memperoleh lebih satu pingat dari sukan karate masih cerah.
"Saya tidak benarkan Ricky turun beraksi esok kerana beliau telah menerima sembilan jahitan akibat daripada luka tersebut dan beliau kini berehat di bilik," katanya kepada Bernama hari ini.
Megat Zulkarnain berkata, tempat Ricky akan diganti Lim Chee Wei yang akan turun beraksi dalam kategori individu lelaki dan berpasukan lelaki, esok.
"Saya percaya dengan kemampuan Lim dan berharap beliau akan berusaha bersungguh-sungguh bagi menyumbang pingat emas pertama negara sebagai hadiah kepada Ricky," katanya.
Justeru beliau meminta semua atlet agar lebih berhati-hati ketika menjalani latihan agar perkara sama tidak berulang.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0922&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_12.htm#ixzz2fdMhkWq9
Hakcipta terpelihara
Empat penyamun larikan kabel elektrik bernilai RM250,000 di kilang Bayan Lepas
22/09/2013 4:31pm
GEORGE TOWN - Seorang pengawal keselamatan sebuah kilang di Bayan Lepas mengalami detik cemas apabila dikejar empat penyamun bersenjata pisau sebelum diikat dan mulutnya disumbat kain selama tiga jam pada tiang pagar berdekatan premis berkenaan awal hari ini.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Mohd. Hatta Mohd. Zain berkata, dalam kejadian 3 pagi itu, suspek kemudiannya melarikan enam gulung kabel elektrik bernilai RM250,000 yang terdapat dalam kontena simpanan barang di belakang kilang itu.
"Pengawal keselamatan berusia 47 tahun itu hanya ditemui pada pukul 6 pagi oleh rakannya yang bertukar giliran bertugas. Walaupun keempat-empat suspek terbabit tidak memakai penutup muka, pengawal keselamatan itu gagal mengecam wajah mereka kerana keadaan terlalu gelap dan kejadian itu berlaku begitu pantas," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata, suspek dipercayai memasuki kawasan kilang berkenaan dengan memanjat pagar dan gerakan mengesan mereka menjadi sukar berikutan kawasan terlibat tidak dilengkapi kamera litar tertutp (CCTV).
Mohd. Hatta meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian supaya menghubungi balai polis berdekatan. - Bernama
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0922&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_08.htm#ixzz2fdMwyma0
Hakcipta terpelihara
Banjir, tanah runtuh ragut lebih 100 nyawa di
PEMANDANGAN dari udara menunjukkan sebuah jambatan di |
Menteri Dalam Negeri, Miguel Angel Osorio Chong berkata, angka korban bencana tersebut setakat ini seramai 101 orang.
Sejumlah 68 lagi mangsa hilang selepas banjir lumpur melanda kampung La Pintada, dekat sini, dalam negeri Guerrero.
Presiden
Negara Amerika Tengah itu dibadai ribut tropika Ingrid dan Manuel yang merosakkan berpuluh-puluh ribu kediaman dan menyebabkan banjir di sejumlah buah bandar.
Lebih 40,000 pelancong dengan kebanyakannya rakyat
Dalam pada itu, ribut tropika Manuel bertukar menjadi taufan dan membadai negeri Sinaloa, barat laut
Sebanyak tiga orang terbunuh dalam bencana itu.
Negeri Guerrero paling teruk terjejas dengan sekurang-kurangnya 65 kematian dicatatkan.
Dalam perkembangan berkaitan, banjir lumpur melanda kampung La Pintada yang dihuni 400 orang semasa penduduk menyambut hari kemerdekaan pada Isnin lalu.
Bencana itu menenggelamkan sebahagian rumah, sebuah sekolah dan gereja sebelum aliran lumpur itu mengalir ke sungai. - AFP
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0922&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2fdNiZfxS
Hakcipta terpelihara
Kecoh orang ramai berebut iPhone
SEORANG anggota polis berkawal di hadapan sebuah kedai Apple
Orang ramai berkhemah di luar Kedai Apple sejak malam kelmarin sementara menunggu premis berkenaan dibuka pada keesokan harinya,
Seorang pegawai polis tempatan, Leftenan Jason Clawson berkata, berpuluh-puluh penghuni sebuah rumah amal yang diupah untuk membeli iPhone tidak dibayar oleh seorang lelaki yang mengupah mereka.
"Mereka kemudian mengasak lelaki berkenaan," kata
Seorang lelaki gelandangan berkenaan ditahan selama 72 jam selepas dia berlari ke jalan raya dalam keadaan marah, kata
Rakaman berita televisyen menunjukkan polis meleraikan beberapa pergaduhan kecil dan
Dominoe Moody, 43, memberitahu akhbar Los Angeles Times bahawa dia dibawa menaiki sebuah van sejauh 10 kilometer dari
Mereka diminta beratur selama semalaman untuk menunggu kedai itu dibuka.
Moody dijanjikan upah AS$40 (RM131) tetapi menyatakan, dia tidak dibayar kerana lelaki itu ditahan polis selepas dia menyerahkan iPhone yang dibelinya kepada individu tersebut.
Kekecohan itu berlaku selepas orang ramai membuat aduan kerana berang melihat taktik lelaki itu.
"Ini tidak adil. Saya berdiri di luar kedai ini sepanjang malam," kata Moody kepada akhbar itu sambil menambah, dia tiada pengangkutan untuk kembali ke
Lelaki berkenaan yang memegang sebuah beg sarat berisi iPhone baharu versi 5S dan 5C, diusir oleh polis pada pukul 9.30 pagi kelmarin.
"Kami tidak menahannya kerana dia tidak melakukan sebarang jenayah," kata
Dalam kejadian berasingan beberapa jam lebih awal di kedai sama , dua lelaki ditahan kerana bertumbuk ketika beratur untuk membeli iPhone.
Tidak ada kecederaan serius dilaporkan. Polis menganggarkan sekurang-kurangnya 200 orang berada di kaki
Menurut Clawson, pihak pengurusan kedai itu mengupah dua anggota polis bandar ini untuk mengawal orang ramai.
Model iPhone baharu 5S dan 5C berada dalam pasaran seluruh dunia sejak kelmarin. - AP
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0922&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2fdO4QsNt
Hakcipta terpelihara
Bom atom nyaris meletup di AS
BOM Mark 39 adalah 260 kali ganda lebih kuat berbanding bom atom yang digugurkan di
Bom tersebut adalah 260 kali ganda lebih kuat daripada bom atom yang memusnahkan bandar
Akhbar Guardian melaporkan laporan itu yang ditulis lapan tahun lalu, diperoleh wartawan siasatan, Eric Schlosser di bawah Akta Kebebasan Maklumat.
Laporan itu mengandungi bukti bahawa AS hampir ditimpa bencana nuklear pada Januari 1961.
Insiden berkenaan berlaku apabila dua butir bom Mark 39 terjatuh di sebuah
Namun, dokumen itu menyebut, mekanisme sebutir bom atom berkenaan aktif tetapi peledak nuklear pada kepala bom itu gagal dihidupkan.
Sebutir bom itu boleh mengancam nyawa berjuta-juta penduduk dari
- Reuters
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0922&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2fdOI5rw7
Hakcipta terpelihara
Tentera Syria bunuh 15 pengikut Sunnah
DUA pejuang FSA mengambil kedudukan dalam pertempuran dekat
BEIRUT - Tentera rejim Presiden Bashar Al-Assad membunuh sekurang-kurangnya 15 orang di sebuah kampung pengikut Sunnah di bandar Hama, barat laut Syria, kata sebuah kumpulan aktivis semalam.
Kumpulan Pemerhati
Serangan oleh tentera yang setia kepada Bashar dan militan yang menyokong keluarga Assad itu berlaku di kampung Sheikh Hadid.
Menurut kumpulan aktivis berkenaan, pembunuhan tersebut bagi membalas dendam tindakan pihak penentang menyerang beberapa pos keselamatan tentera di kawasan itu sejak dua hari lalu.
Serangan oleh kumpulan penentang yang dikenali sebagai Tentera Pembebasan Syria (FSA) pada Khamis lalu meragut 26 nyawa, masing-masing 16 anggota tentera dan 10 militia pro-Bashar.
Pertempuran turut berlaku di perkampungan Jalma yang terletak berdekatan kampung Sheikh Hadid.
Lebih 100,000 orang terkorban dalam perang saudara di
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0922&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2fdOVlq23
Hakcipta terpelihara
BlackBerry mahu buang 4,500 pekerja
Ketua Pegawai Eksekutif BlackBerry, Thorsten Heins memperkenalkan telefon pintar BlackBerry Z10 di
BlackBerry memberitahu, ia menjangka kerugian antara AS$950 juta (RM3.1 bilion) hingga AS$995 juta (RM3.2 bilion) pada suku kedua tahun ini yang berpunca daripada kelemahan jualan model Z10 keluarannya.
Gajet itu merupakan senjata BlackBerry untuk mengembalikan keuntungan di pasaran yang dikuasai telefon sistem perisian Android dan Apple.
Publisiti meluas pelancaran BlacBerry Z10 awal tahun ini gagal merancakkan jualan.
Pihak atasan BlackBerry memberitahu, mereka masih mengkaji beberapa strategi alternatif termasuk kemungkinan menjual syarikat berkenaan.
Pembuangan pekerja itu melibatkan 40 peratus tenaga kerja BlacBerry dengan bilangan kakitangan dijangka berkurangan kepada 7,000 orang. - Agensi
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0922&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm#ixzz2fdOisWiu
Hakcipta terpelihara
Puteri Arab Saudi bebas tuduhan menyeludup manusia
Pengumuman mengejutkan itu dibuat kelmarin selepas Puteri Meshael Alayban, 42, berdepan tuduhan yang boleh membawa kepada hukuman penjara 12 tahun.
Pertuduhan itu difailkan selepas seorang pembantu rumah dari
Pendakwa raya AS memberitahu, siasatan lanjut tidak menyokong dakwaan tersebut.
Pembantu rumah itu melarikan diri dari kondo Meshael pada Julai lalu dengan menaiki sebuah bas.
Menurut pihak berkuasa, dia memberitahu kisahnya kepada beberapa penumpang bas berkenaan yang kemudian menghubungi polis.
Meshael dan beberapa peguamnya menganggap isu tersebut sebagai pertikaian kontrak. Mereka memberitahu bahawa pembantu rumah tersebut dan beberapa rakan sekerjanya dilayan dengan baik.
Namun, Pendakwa Raya Daerah, Tony Rackauckas berkata, wanita itu telah dilayan seperti seorang hamba abdi.
Meshael sebelum ini telah dibebaskan dengan ikat jamin AS$5 juta (RM16 juta) yang dibayar oleh konsulat Arab Saudi. - AP
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0922&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm#ixzz2fdOzzDzV
Hakcipta terpelihara
Marshal maut di Litar Sepang
Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH
IMBAS KEMBALI... Pelumba MotoGP, Marco Simoncelli (gambar kecil) maut selepas terbabit dalam satu kemalangan di Litar Sepang pada tahun 2011.
PERLUMBAAN pusingan ketiga Kejuaraan Motosikal Super Siri Malaysia (MSS) 2013 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) terpaksa dibatalkan semalam.
Ia gara-gara satu kemalangan yang berlaku di litar tersebut sehingga meragut nyawa seorang marshal perlumbaan dan mencederakan seorang pelumba pada sesi latihan.
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 12.30 tengahari itu, mangsa, Satish Suppiah dilaporkan meninggal dunia di Hospital Putrajaya selepas mengalami kecederaan serius di kepala.
Insiden tersebut berlaku apabila seorang pelumba, Mohd. Izzat Mohd. Abdul Hakin, 17, yang beraksi dalam kelas 250cc dipercayai gagal mengawal jenteranya di laluan lurus sebelum terbabas dan melanggar Satish yang berada di tepi litar tersebut.
Mangsa kemudian dirawat oleh pasukan perubatan di litar tersebut sebelum dikejarkan ke Hospital Putrajaya.
Izzat turut dilaporkan cedera parah di kepala dan sedang menerima rawatan di hospital yang sama.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SIC, Datuk Ahmad Razlan Ahmad Razali menjelaskan insiden maut yang kali kedua berlaku dalam masa tiga tahun di litar tersebut adalah sesuatu yang amat menyedihkan bagi arena sukan permotoran negara.
"Ini adalah satu berita yang amat menyedihkan dan mendukacitakan.
"Malah, ia juga kali kedua berlaku selepas insiden yang menimpa pelumba MotoGP, Marco Simoncelli pada tahun 2011.
"Saya difahamkan insiden ini terjadi di laluan yang lurus dan bukan di selekoh tajam atau sebagainya serta turut mencederakan seorang pelumba muda kita yang ketika ini saya dengar agak parah juga keadaannya.
"Bagaimanapun, saya rasa ia adalah satu peringatan kepada kita bahawa sukan permotoran adalah satu sukan yang berbahaya dan tidak boleh dipandang mudah.
"Saya bersimpati terhadap semua keluarga mangsa dan berharap pelumba muda kita yang cedera itu dapat diselamatkan," ujar beliau lagi.
Sementara itu, dalam satu kenyataannya, SIC menjelaskan bahawa susulan daripada insiden tersebut, pegawai perlumbaan dan pihak penganjur memutuskan untuk membatalkan terus saingan yang sepatutnya berlangsung pada hari ini dan esok.
Insiden itu juga masih lagi dalam siasatan polis dan Persatuan Automobil Malaysia (AAM) manakala tarikh baharu bagi perlubaan pusingan keempat MSS 2013 akan diumumkan tidak lama lagi.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0922&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz2fdPgmm7X
Hakcipta terpelihara
----------------------------
Penerangan ini (termasuk lampiran apa sahaja) cuma untuk siapa sahaja yang dimaksudkan. Penerangan ini mungkin mengandung bahan-bahan rahsia dan / atau maklumat perniagaan rahsia kepunyaan Mattel. Kalau anda bukan penerima yang dimaksudkan, anda tidak seharusnya menduplikat, mengirim atau menggunakan maklumat ini untuk maksud apa sahaja, dan anda harus segera menghapuskannya dan memberitahu adanya kepada pengirim.
This message (including any attachments) is only for the use of the person(s) for whom it is intended. It may contain Mattel confidential and/or trade secret information. If you are not the intended recipient, you should not copy, distribute or use this information for any purpose, and you should delete this message and inform the sender immediately.
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment