Thursday, September 19, 2013

RG2011... Masjid Sanki Yedim Camii - Masjid “Anggap Saja Sudah Makan”

 

Masjid Yang Jarang Kita Lihat – Masjid "Anggap Saja Sudah Makan"

 

 

Mungkin kita tak percaya jika tidak melihat faktanya. Seorang yang tidak kaya, bahkan tergolong miskin, namun mampu membina sebuah Masjid di Turki. Nama masjidnya pun paling aneh di dunia, iaitu "Sanki Yedim Camii" (Masjid Anggap Saja Sudah Makan). Sangat aneh kan? Di sebalik Masjid yang namanya paling aneh tersebut ada cerita yang sangat menarik dan memberi pengajaran yang sangat berharga bagi kita.

 

Masjid Sanki Yedim Camii berada di pinggir bandar Istanbul Turki

 

Ceritanya begini, di sebuah kawasan Al-Fateh, di pinggir bandar Istanbul ada seorang yang wara' dan sangat sederhana, namanya sakir efendi' (Khairuddin Afandi). Setiap kali ke pasar ia tidak membeli apa-apa. Saat merasa lapar dan ingin makan atau membeli sesuatu, seperti, daging atau manisan, ia berkata pada dirinya: Anggap saja sudah makan yang dalam bahasa Turkinya "Sanki Yedim".

 

Apa yang dia lakukan selepas itu? Wang yang seharusnya digunakan untuk membeli keperluan makanannya itu dimasukkan ke dalan kotak (tromol) … Begitulah yang dia lakukan setiap bulan dan sepanjang tahun. Ia mampu menahan dirinya untuk tidak makan dan belanja kecuali sebatas menjaga kelangsungan hidupnya saja.

 

Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun Khairuddin Afandi konsisten dengan amal dan niatnya yang kuat untuk mewujudkan impiannya membina sebuah masjid.Tanpa terasa, akhirnya Khairuddin Afandi mampu mengumpulkan dana untuk membina sebuah masjid kecil di daerah tempat tinggalnya. Bentuknya pun sangat sederhana, sebuah pagar persegi empat, ditandakan dengan dua menara di sebelah kiri dan kanannya, sedangkan di sebelah arah kiblat ditengahnya dibuat seperti mihrab.

 

Masjid Sanki Yedim dibina di pinggiran bandar Istanbul Turki

 

Akhirnya, Khairuddin berjaya mewujudkan cita-citanya yang amat mulia itu dan masyarakat di sekitarnya pun kehairanan, Khairuddin yang miskin itu di dalam dirinya tertanam sebuah cita-cita mulia, yakni membina sebuah masjid dan berjaya dia wujudkan. Tidak bayak orang yang menyangka bahawa Khairuddin ternyata orang yang sangat luar biasa dan banyak orang yang kaya yang tidak boleh berbuat kebaikan seperti Khairuddin Afandi.

 

Setelah masjid tersebut berdiri,mereka bertanya bagaimana ceritana soerang yang miskin boleh membangunkan masjid. Setelah mereka mendengar cerita yang sangat menakjubkan itu, mereka pun sepakat memberi namanya dengan: "Shanke yadem" (Angap Saja Saya Sudah Makan)..

 

 

ps: Subhanallah, kuatnya dia istiqomah..

 

 

 

 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment