Sunday, September 1, 2013

RG2011... TEKNIK PENYUSUAN SUSU IBU YG BETUL

 

 

Ibu-ibu perlu tahu teknik penyusuan dengan betul bagi memastikan si manja anda mendapat susu yang secukupnya sekaligus menghindari puting ibu daripada melecet dan luka. Ramai di kalangan ibu lebih-lebih lagi untuk anak pertama kurang berpengetahuan cara dan teknik penyusuan dengan betul. Malah ada yang memilih jalan pintas untuk memberikan si manja dengan susu formula sahaja. Berikut adalah cara dan teknik lekapan bayi bermula daripada ransangan untuk penyusuan.

 

Cara Merangsang Bayi Memulakan Penyusuan:

1.     Dukung bayi dalam posisi yang selesa

2.     Sentuh pipi bayi agar dia berpaling pada payudara ibu

3.     Sentuh bibir bayi dengan puting payudara agar dia mula membuka mulutnya dengan luas

4.     Gerakkan badan bayi ke arah payudara ibu

5.     Pastikan mulut bayi merangkum sebahagian besar kawasan areola payudara

6.     Pastikan bayi melekap dengan betul dan ampu sedikit bahagian bawah payudara ibu

 

Teknik Lekapan Bayi:

1.     Mulut bayi terbuka luas

2.     Dagu bayi memcecah payudara

3.     Bibir atas dan bawah melengkup keluar

4.     Mulut bayi merangkum sebahagian besar kawasan areola

5.     Pipi bayi menggelembung

6.     Ada nada hisapan glup..glup..hisap-telan-hisap-telan

 

Teknik lekapan dan penyusuan yang betul adalah penting kerana:

1.     Untuk mengelak kesakitan, luka atau melecet pada puting payudara ibu

2.     Memastikan bayi mendapat susu secukupnya dalam keadaan tenang

3.     Mengelakkan bayi meragam, putus asa dan keletihan 4.Mengelakkan bengkak payudara ibu

 

 

# Adaptasi daripada Booklet Penyusuan Susu Ibu, PPUM

# Sumber gambar: Le Leche League International

 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment