As Salam Semua,
Latest update on Projek Seven Pound Wargakilang utk tatapan semua seperti dibawah.
Terima kasih atas sumbangan tuan puan sebelum ini dalam menjayakan projek2 wargakilang sebelum ini.
InshaAllah, projek terakhir , projek ke-7 dalam senarai projek Seven-Pound WARGAKILANG ini ialah pembinaan sebuah bilik tidur untuk anak-anak Puan Rahana 8 beradik di Kg Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan.
Anggaran dalam RM20-30K. Sila contact saudara Che Jaafar selaku PIC utk program Wargakilang di Kelantan. Setakat ini sebanyak RM16K berjaya dikumpul dan prosess pembinaan telah bermula. Masih memerlukan bantuan dalam anggaran RM10-15K utk siapkan projek ini .
Che Jaafar - 010-4030401, email: Che Jaafar <chejaafar@yahoo.com>
Nota: Cerita Puan Rahana ada dibawah
Shukri
NGO Wargakilang
http://www.moniermatdin.blogspot.com
http://www.facebook.com/wargakilang
WARGAKILANG: Projek Seven Pound
Terima kasih kepada rakan-rakan sekelian yang tak putus-putus memberikan kerjasama dan sokongan untuk membantu kami merealisasikan projek-projek 7 Pound kami ini. Insyaallah, dengan izinNya, mudah-mudahan banyak sudah PAHALA yang kita semua sama-sama berkongsi di atas kerja buat kita bersama-sama selama ini.
Last sekali projek ke-7 dalam senarai projek Seven-Pound WARGAKILANG ini ialah pembinaan sebuah bilik tidur untuk anak-anak Puan Rahana 8 beradik di Kg Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan.
(Dalam gambar ini adalah 6 drpd 8 org anak-anak Pn Rahana, no satu dan no dua rasanya tiada dlm gambar)
Sebetulnya, dalam ramai2 keluarga miskin yg pernah saya kunjungi dengan team JJMK Wargakilang Kelantan, keluarga Pn Rahana ini meninggalkan kesan yg begitu mendalam dlm diri saya.

(Anak-anak Puan Rahana sewaktu kunjungan skuad riki Wargakilang ke rumahnya - macam tak sabar-sabar nak terkam KFC itu)
Saya selalu teringat kat keluarga ini; bila teringatkan mereka saya jadi helpless tak tau nak tolong keluarga ini mcm mana. Suami beliau dulu kerja guard, tapi kini jatuh nyanyuk dan tidak mampu bekerja; kerana itu Pn Rahana yang hanya mengharapkan simpati jiran-jiran sering keputusan perbelanjaan.
Saya dimaklumkan oleh seorang jiran beliau (Poksu Aziz), pernah sekali Poksu Aziz terdengar Pn Rahana minta nak beli beras dua kilo di kedai runcit berdekatan, tak sampai hati dengar ada org beli beras timbang kilo, Poksu Aziz minta Tuan Kedai itu bagi kat Pn Rahana beras 10kg sekampit dan dia tolong bayarkan.
Yg itu ok lagi, beras sekilo dua bolehlah bertahan seminggu mungkin. Yg saya amat tersentuhnya, walaupun hidup dalam serba keterpayahan, pencapaian anak-anaknya begitu menjadi. Si sulung dapat PMR 8A, dan baru-baru ini adiknya, yg no-2 juga dapat PMR 8A. Yg sedihnya, saya dimaklumkan w/pun dpt 8A, tapi budak-budak itu tak ke mana sangat. Si sulung masih lagi mengayuh basikal pergi pulang ke sekolah lima enam km saban hari. Yg no-2 tak lah pulak berpeluang ke MRSM atau pun Sek Men Sains yg top-top di Malaysia. Memang begitukah takdir org susah ini - seperti anak Abang Jan di Baling Kedah, w/pun score hebat tapi tak boleh melangkah lebih jauh?
Dan, yg membuatkan saya selalu teringat kpd keluarga ini ialah kata-kata sahabat saya, sdra Che Jaafar yg tinggal tak jauh dari situ; Jaafar bagitau kesian sungguh kat mereka ini...rumah pun tak ada bilik yg sempurna. Emak dia nak sangat kalau boleh ada extension/sambungan rumah utk satu bilik tidur khusus utk anak-anaknya. Beliau mengharap sangat-sangat sebab sekarang ini kat ruang yg sempit itulah - ruang makan/ruang tamu/dapur...di situlah nak-anaknya makan, minum, tidur dan ulangkaji pelajaran.
Dalam ketujuh-tujuh kes Seven-Pound ini, kami melihat keluarga Pn Rahana di Kelantan ini adalah yang paling amat berpontensi sekali untuk dibantu, apa tidaknya dua orang anaknya yang pertama dan kedua, walaupun hidup dalam serba kemiskinan namun berjaya menjadi pelajar yang cemerlang; dua-dua dapat PMR 8A. Kami yakin, jika dua orang yang pertama itu boleh berjaya, insyaalah dengan sedikit push saja lagi, yang 6 orang itu pun ada harapan untuk berjaya.
Keluarga ini ada POTENSI besar; janganlah sia-siakan mereka. Mai lah bantu kami untuk membantu anak-anak bangsa kita yang "dilahirkan" cemerlang ini agar tidak terkandas di tengah jalan hanya kerana kemiskinan yang kita semua terlepas pandang. Kepada yang berminat utk membantu anak-anak ini mendapat sebuah bilik tidur yang sempurna, boleh hubungi wakil Wargakilang di Kota Bharu, Kelantan, Sdra Che Jaafar (010-4030401).
Moga kerja buat kita ini ada ganjaranNya buat kita semua di SANA kelak, mudah-mudahan.
moniermatdin@yahoo.com
15.8.13

No comments:
Post a Comment