Thursday, October 17, 2013

RG2011... Fw: Amaran JPA - Biasiswa akan ditarik jika .....

 



 

Amaran JPA: Biasiswa akan ditarik semula jika hadiri ceramah Anwar Ibrahim

telokbakong.blogspot
kerajaanrakyat.blogspot.
 
Anwar Ibrahim tetap menjadi igauan menakutkan buat kerajaan Umno BN, sekalipun mereka telah menang dalam pilihan raya umum ke13. Apakah kerna kemenangan hasil penipuan itu, menyebabkan Umno BN terus berdepan dengan kengerian bayangan sendiri?
 
 
ADELAIDE, AUSTRALIA 15 OKT: Kerajaan memberi amaran kepada pelajar Malaysia di Australia agar 'menjauhkan diri' dari menghadiri sesi awam bersama Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim di 'Festival of Ideas, Dissent and Democracy'.
 
Surat amaran tersebut dikeluarkan pegawai penasihat pelajar, Sharezan Md Sheriff dari Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) dipercayai kepada semua penerima biasiswa JPA.
 
"Jauhkan diri anda dari menyertai aktiviti ini. Saya tidak ragu-ragu untuk mengambil tindakan keras ke atas penerima biasiswa JPA yang terlibat.
 
"Anda bijak untuk berfikir daripada melakukan aktiviti yang boleh menyulitkan anda mengekalkan gred yang menyebabkan biasiswa daripada ditarik semula.
 
"Anda cukup tahu apa yang ditandatangani," kandungan surat amaran dipetik dan dikirmkan kepada Keadilandaily.
 
Amaran yang dikeluarkan kerajaan Malaysia itu turut dilapor media Australia, Australian Broadcasting Corporation (ABC).
 
Anwar dijangkakan menyampaikan pidato dan berdialog di 'Festival of Ideas, Dissent and Democracy', di Adelaide University pada hari Sabtu, 19 Oktober 2013.
 
Penganjur 'Festival of Ideas, Dissent and Democracy' menyatakan, acara tahun ini fokus kepada insttusi politik dan idea-idea demokrasi.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment